Cantik, dikenali ramai dan punya aura tersendiri. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing namun siapa sangka, selebriti terkenal pun rajin masuk dapur. Malah ada diantara mereka yang suka berkongsi idea masakan serta resipi dengan para peminat di laman sosial.
Jom tengok apa menu yang geng-geng artis ni suka masak. Bolehlah cuba nanti!
1. Jozlynn Hanania
Isteri kepada Johan dan ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq ni memang handal memasak. Boleh dikatakan setiap hari pasti beliau kongsikan menu yang dimasak untuk suami dan anak-anak. Powerlah supermum ni!
Terkenal dengan air tangannya yang popular. Tak lain dan tak bukan semestinya sajian pulut kuning dan rendang! Kalau bulan puasa ni, memang tak menang tangan handle order.
Selaku penyanyi, pelakon dan pencara TV, pastinya Farahdhiya sangat sibuk dengan kerjayanya. Namun jangan tak tahu, beliau ni handal masak. Lauk moden boleh, lauk kampung boleh, kuih pun tahu buat. Memang sempoi habis!
Selebriti berbakat besar yang terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’. Jangan tak tahu, Zulin pun handal dekat dapur. Lihatlah menu-menu yang dimasak. Bikin terliur!
Kurang aktif di kaca televisyen namun selebriti ini rupanya aktif di dapur. Ibu kepada Imran Iskandar ni sibuk menguruskan perniagaan kek dan pastri rupanya. Tengoklah macaron tu…Nampak sedap!
Demi mengawal dan meminimumkan pergerakan rakyat seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diambil oleh kerajaan , satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Korang penggemar makanan segera dan jenis orang yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun lepas.
Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi, terletak bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.
Kalau korang nak santai sambil rehat seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah, boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.
Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.
Jika sebelum ini, RASA pernah memaparkan kisah suami Chef Suhaili yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL disebabkan jangkitan virus Covid-19. Kondisi Encik Herwin pada ketika itu sangat kritikal dan bergantung pada bantuan mesin pernafasan. Malah buah pinggangnya juga mengalami kerosakan serta terpaksa menjalani rawatan dialisis. Cerita ini juga pernah dikongsi oleh selebriti Datuk Aznil Hj Nawawi (Paknil) yang menitip rasa hiba di laman sosial miliknya.
Alhamdulillah, puji kehadrat Ilahi dengan berkat doa yang tidak putus dari seluruh rakyat Malaysia, sehingga kisah ini ditulis (1 April) kondisi beliau semakin pulih dan tidak lagi bernafas menggunakan alat bantuan.
Malah beliau juga telah dipindahkan dari unit ICU ke wad pengasingan biasa. Ujian yang dijalankan juga menunjukkan Encik Herwin telah negatif dari Covid-19. Berita ini tentunya sangat melegakan terutamnya bagi isteri beliau; Chef Suhaili dan anak-anak.
Namun, disebalik rasa syukur dengan berita suami dan anak-anak, Chef Suhaili pula disahkan positif Covid-19. Luluh rasa hati namun ada hikmah disebaliknya.
Menerusi hantaran di laman sosial FB beliau hari ini, Chef Suhaili menceritakan serba sedikit kisah beliau semalam sewaktu diambil ambulan ke hospital. Malah turut menitipkan pesanan buat rakyat Malaysia supaya positif dalam menghadapi musibah ini.
Pasti hiba hati seorang ibu untuk meninggalkan anak-anak di rumah terutamanya jika si bongsu masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Tiada siapa yang mahukan diri mereka diuji sebegini. Bagi yang tepilih, ia adalah ujian yang harus dihadapi dengan tenang. Bagi yang terkecuali, bantulah kerajaan dan para petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini dari terus merebak.
PANDUAN YANG PERLU DIAMALKAN DEMI MENGHAPUSKAN COVID-19
Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai langkah pencegah lain juga dilakukan. Antaranya ialah:
1. Kenal pasti simptom-simptom Covid-19 & amalkan langkah-langkah pencegahan. Cegahan di peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa insan tersayang.
2. Ikuti panduan tindakan perlu buat selepas pulang dari membeli makanan & barangan terutamanya di tempat-tempat tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasaraya dan sebagainya.
3. Lindungi golongan berisiko tinggi. Bukan hanya pada ahli keluarga kita sahaja tetapi pada semua masyarakat Malaysia.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!