Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.
Ads
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
Semalam buat julung kalinya telah berlangsung Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pamerah dan Perdagangan Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Pasti ada yang tertanya-tanya, apa angerah TikTok ni sebenarnya. Untuk makluman semua, Anugerah TikTok Malaysia 2023 adalah acara bagi mengangkat personaliti media sosial di aplikasi TikTok yang tampil dengan kandungan mereka yang tersendiri. Salah seorang personaliti yang berjaya membawa pulang trofi adalah Shifa Jamil yang dipilih sebagai pemenang bagi kategori Best Of Foodie.
Wow… Pastinya rasa puas, berbaloi dan tidak sia-sia segala penat lelah dalam menghasilkan ‘content’ apabila usaha tersebut diangkat dan dihargai sebegini. Sejujurnya dalam menghasilkan satu-satu karya, ia tidak semudah yang disangka.
Bermula dari sesi merangka idea, pengumpulan material & prop, ‘shooting’ hinggalah editing, semuanya memenatkan. Sebuah karya berdurasi 2-3 minit yang kita tonton di media sosial sebenarnya mengambil masa seharian untuk disempurnakan. Itu baru dari segi rakaman sahaja. ‘Editing’ lain pula penat jerihnya.
Berbalik kepada kejayaan Shifa Jamil, usaha graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang terkenal dengan tagline Cifa Masak Kalut Kalut ini tentunya harus dipuji. Konten yang dihasilnya banyak memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya dari segi idea memasak. Sempoi dan bersahaja. Malah senang untuk diikuti.
Berikut adalah video-video terbaik dari si cantik manis ini.
Semuanya sedap-sedap belaka kan? Nanti jangan lupa cuba tau.
Berbalik pada Anugerah TikTok Malaysia 2023, sebanyak 13 kategori dipertandingan dan ianya terbahagi kepada dua iaitu Pilihan Juri (Judge Pick) dimana keputusan ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh panel penilai dan Pilihan Peminat / Popular (People’s Choice) iaitu pemenang ditentukan menerusi undi yang diberi oleh para peminat.
Berikut adalah senarai pemenang. Tahniah diucapkan!
ANUGERAH TIKTOK MALAYSIA 2023
PILIHAN PEMINAT/POPULAR (PEOPLE’S CHOICE)
1.Creator of the Year : Khairul Aming @khairulaming
2. Rising Star of the Year: Ikhmal Nour @ikhmaln0ur
3. Popular Creator of the Year : Ryan Bakery @ryanbakery
4.Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin @upinipin.official
5. Celebrity of the Year: Aeril Zafrel @aerilzafrel8
6. Live Creator of the Year : Tiger Labu @tigerlabu
7. TikTop Shop Creator of the Year : Anas Zahrin @anaszahrin
PILIHAN JURI (JUDGE PICK)
1.Best of Beauty & Fashion : Shahira Azlan @shahirazlan
2. Best of Education : Sir Asai @sir_asai
3. Best of Entertainment : Eiq Maleq @eiqamaleq
4. Best of Foodie : Syifa Jamil @syifajamill
5. Best of Gaming : Sultan Riq @sultan_riq
6. Best of Sports : Khalish @kkhalishh
Kari dan masyarakat Malaysia memang cukup sinonim. Hidangan yang pastinya menjadi pilihan ramai ini sememangnya mampu menyatukan semua. Lihat sajalah kalau di kedai mamak. Pelbagai kaum boleh duduk semeja sambil menikmati hidangan kari yang enak. Cukup harmoni!
Sempena Hari Kari Malaysia BABA’S, BABA’S ingin menambahkan keceriaan anda dengan berkongsi rezeki serta mengangkat masakan dan hidangan Kari Malaysia sebagai makanan ikonik bagi seluruh rakyat Malaysia. Makanan menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang masih membara, majalah RASA bersama BABA’S mengambil peluang ini untuk menganjurkan peraduan Masak, Cerita & Menang dalam Video Pendek #kisahkariku.
Menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000, inilah masanya untuk anda menonjolkan bakat memasak dan berkongsi kisah istimewa di sebalik hidangan kari kegemaran anda.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
RAKAM video memasak menggunakan Serbuk Kari BABA’S berdurasi minimum 1 minit atau GAMBAR MASAKAN bersama dengan paket Serbuk Kari BABA’S
Pilih mana-mana Serbuk Kari BABA’S kegemaran anda dan memasak hidangan kari yang paling anda sukai. Anda boleh menggunakan salah satu dari Serbuk Kari BABA’S seperti di bawah:
i. Serbuk Kari Daging BABA’S
ii. Serbuk Kari Daging Pedas BABA’S
iii. Serbuk Kari Ikan BABA’S
iv. Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S
v. Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S
Pastikan video atau gambar anda mempunyai pencahayaan yang baik serta mempunyai kualiti video yang jelas untuk pengalaman menonton yang lebih baik.
Kongsikan Video atau Gambar Anda Di Media Sosial
Setelah video atau gambar siap diedit, muat naik ke akaun Instagram atau TikTok anda. Pastikan akaun anda disetkan kepada ‘public’ agar penyertaan anda boleh dilihat dan diniai.
Inilah peluang untuk anda menunjukkan bakat memasak dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan kari yang lazat dan cukup menyelerakan.
3. Cerita Di Sebalik Kari Anda
Setiap hidangan kari pasti mempunyai cerita tersendiri. Kongsikan kisah unik di sebalik hidangan anda menerusi penceritaan di dalam video atau kapsyen pendek yang menarik dan cerita yang menyentuh hati.
Gunakan hashtag #KisahKariKu dan pastikan anda tag akaun rasmi RASA dan BABA’S di Instagram (@majalahrasa @babasandu) atau TikTok (@rasa.my @babasofficial_)
Kisah yang menyentuh hati atau unik mungkin memberikan anda kelebihan di dalam peraduan ini.
Hadiah Wang Tunai Keseluruhan: RM15,000!
Ya, anda tidak salah baca! Majalah RASA dan BABA’S menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 untuk pemenang-pemenang bertuah. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi bakat memasak anda dan menang besar. Mana tahu ada rezeki anda!
Apa Yang Bakal Anda Menangi?
Hadiah Utama x 1: RM5,000
Hadiah Kedua: x 1 RM3,000
Hadiah Ketiga x 1: RM1,500
Hadiah Keempat – Keenam: RM500
Hadiah Saguhati: 20 x RM200
Enam finalis bertuah akan terpilih ke peringkat akhir untuk bertanding memasak secara bersemuka pada 16 November 2024.
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Oktober 2024
Pastikan anda menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup ini. Inilah peluang untuk anda memenangi hadiah wang tunai disamping berkongsi kecintaan anda terhadap masakan kari kepada seluruh rakyat Malaysia.
Jadi, apa tunggu lagi? Beli Serbuk Kari BABA’S pilihan anda, mula merakam dan kongsikan kisah kari anda kepada dunia. Siapa tahu, mungkin kisah dan hidangan kari anda akan membawa pulang hadiah utama. Jangan lepaskan peluang ini!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!