Acar Nenas dan Acar Buah keduanya memiliki keunikan dan kesedapannya yang tersendiri. Dua sajian ini adalah padanan padu dan sedap dimakan bersama Nasi Minyak, Nasi Kurma dan Beriyani ataupun nasi tumis yang lain.
Acar ni panjang jangka hayat dan biasanya lagi lama lagi sedap rasanya berbanding dengan hari pertama acar siap dimasak. Berempah dengan rasa masam manis menambahkan selera bila menikmati hidangan nasi tumis yang lain.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris 2cm halia muda | hiris memanjang 1 sudu besar udang kering 1 sudu teh biji sawi 1 sudu makan serbuk kari 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan cuka makan Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
- Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
- Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
- Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
- Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis)
3 sudu makan rempah kari
8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan Putih biji
1 camca teh Jintan Manis biji Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan) :
- 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji. - 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
- 12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
- Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumiskan bahan A sehingga garing.
- Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
- Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
- Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
- Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
- Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :