Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium. Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan kudapan untuk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya, berikut RASA kongsi 4 resipi yang sungguh sedap.
NUGGET KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang berangan
100gm tepung gandum
2 sudu makan gula perang
1 biji telur
3 sudu makan susu pekat manis
150gm keju parut
Secubit garam
Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
3 sudu makan tepungi jagung
3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Ads
Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
Tambahkan keju dan kacau rata.
Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
Bancuh tepung jagung sedikit cair.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celupkan nugget dalam bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Goreng atas api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan sedia dihidangkan
MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang | lenyek hingga halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1/2 cawan choklat chip
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Secubit garam halus
1 biji telur
1/2 cawan susu penuh krim
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
Kacau hingga semuanya sebati.
Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yang dileceh dan esen vanilla. Kacau rata hingga sebati.
Masukkan bahan tepung dalam mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
Campurkan coklat cip, kaup balik.
Susun cawan kertas, dan suduk adunan dalamnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
Bakar lebih kurang 15-18 minit.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
KEK PISANG BADAM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang berangan | lecek
1 cawan gula perang
150gm badam cincang | goreng sangai
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN AYAK BERSAMA:
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN COKLAT:
Ads
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu makan mentega
1/2 cawan air suam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhara pada suhu 18oC api atas bawah.
Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dengan mentega dan alas kertas minyak.
Kisar gula, telur, minyak di dalam ‘blender’ hingga putih(3-5 minit).
Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Setelah kek masak, sejukkan.
Sediakan sos coklat. Masukkan dalam periuk semua bahan sos.
Kacau rata, hingga sebati dan berwap. Tutup api.
Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yang telah disangai.
Sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan pisang | lenyek
2 cawan tepung gandum
3/4 minyak jagung
1 cawan gula perang
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 biji pisang | hiris bulat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
Sudukan adunan dalam acuan. Hias di atasnya dengan hirisan pisang.
Kukus selama 15 minit dalam kukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Yong Tau Foo. Hidangan ini sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan ia mudah didapati di pasar-pasar malam. Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada sosnya. Jika sedap rasa sos, makan enaklah sajian Yong Tau Foo yang disediakan. Bagi anda yang nak sediakan sendiri hidangan Yong Tau Foo untuk ahli keluarga, resipi kuah hitam dan kuah merah perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang boleh dicuba.
BAHAN KUAH HITAM
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan taucu
2 sudu makan sos masam manis
3 sudu makan kicap pekat manis
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sos masam manis
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Pulut Bakarmerupakan salah satu kuih tradisional yang digemari oleh orang-orang Kelantan. Ia merupakan pulut yang dimasak, kemudian dibungkus dengan daun pisang seterusnya dibakar. Rasanya pula manis-manis dan ada bau bunga cengkih. Sedap! Tapi agak sukar untuk mendapatkan juadah ini. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Rohayah Mohd Noorada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras pulut kemudian rendam salaam 2-3 jam. Kemudian toskan. 2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut tadi selama 30 minit. Angkat dan masukkan pulut ke dalam kuali besar. 3. Masukkan gula, sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak dan bunga cengkih. Arun (kacau) pulut menggunakan sudip kayu sehingga gula dan garam bergaul rata. Bunga cengkih jumlahnya ikut cita rasa. Jika suka bau yang kuat, lebihkan. Jika tidak suka, kurangkan tetapi harus letak kerana ia adalah ‘trademark’ Pulut Bakar. 4. Masukkan santan pekat. Arun (kacau) lagi sampai nampak sekata. 5. Masa katas dapur dengan api perlahan dan terus arun sampai nampak pulut, santan dan gula menyerap elok (sering). Padamkan api. 6. Sejukkan pulut terlebih dahulu. Kemudian bolehlah buat bulat-bulat dan bungkus dengan daun pisang.
7. Bakar seperti dalam gambar sehingga sedikit hangus.
Sering memuat naik menu masakan di ruangan media sosial facebook mendorong Faezah Binti Sufian lebih serius berkongsi menu yang dimasaknya untuk tatapan rakan-rakan dan juga follower di Instagram pula.
“Akaun instagram dibuka pada tahun 2016 oleh anak. Hanya pos satu dua gambar sahaja. Kemudian saya telah berjumpa dengan seorang sahabat baik, Aimi Masdiana untuk bertanya khabar sambil makan-makan. Dialah yang mencadangkan saya pos resipi-resipi masakan memandangkan saya sering berkongsi gambar-gambar masakan di facebook.
Saya sahut cadangannya dan mengaktifkan akaun instagram yang dibuka oleh anak. Namun saya inginkan kelainan di dalam perkongsian di instagram. Saya ingin berkongsi resipi masakan yang mempunyai kenangan sepanjang kehidupan saya dan adik-beradik semasa kecil bersama-sama arwah mak yang meninggal semasa saya masih berumur 11 tahun.
Maka saya tukar nama instagram kepada “AdikFoods” kerana “Adik” adalah panggilan untuk saya di kalangan keluarga. Manakala “Foods”adalah setiap makanan pasti ada memori di sebaliknya kerana kehidupan kita setiap hari mesti makan dan kenangan juga setiap hari akan berlaku
Dengan hanya menggunakan iPhone menu ini dirakam. Saya pos video berlatarkan muzik nostalgia lagu dari tahun 40an hingga 70an kerana lagu-lagu itulah lagu yang saya dengar ketika mak masih ada. Setiap cerita dan perkataan yang saya lontarkan walaupun secara berjenaka ia ada maksud tersirat serta kenangan ketika dulu. Saya tidak sangka cara begitu menarik perhatian orang-orang yang seangkatan dengan saya malahan orang-orang muda juga kerana mereka mengatakan ia membuatkan mereka teringat memori ibu, bapa serta datuk nenek,”cerita Faezah.
Bekerja di sebuah syarikat swasta tidak menghalang ibu kepada seorang anak muda ini untuk menyediakan makanan kegemaran keluarga. Keluarga terutama suami dan anak-anak sentiasa memberi sokongan terhadap minatnya. Akui Faezah, suaminya rajin ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan. Anak pula sentiasa membantu dari segi shooting dan memantau akaun instagram AdikFoods. Adik beradik serta kawan-kawan juga memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
Minat memasak
Akui Faezah, semasa kecil dia tidak minat memasak dan apabila mak tiada, kakak yang dipanggil Nyah, berumur 12 tahun ketika itu mengambil alih tugas mak untuk memasak dan dirinya pula mengemas rumah. Namun Faezah juga tidak terkecuali memasak untuk adik-adik yang masih kecil ketika kakak tiada di rumah.
“ Masakan pertama saya ilah sambal tumis ikan bilis dan ia telah menjadi kegemaran adik beradik serta keluarga dari dulu hingga kini. Minat memasak timbul apabila berkahwin. Saya memasak untuk suami dan dia tidak pernah memberi komen yang negatif malahan memberi komen yang positif setiap masakan saya. Dari situ, saya punyai semangat untuk memperbaiki cara masakan serta mencuba pelbagai resipi.
Nyah adalah orang utama yang menjadi rujukan, dia bagaikan buku resipi buat saya. Selain itu saya juga belajar daripada sahabat baik Yang Fairuz yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu kerana dia memang pakar dalam pelbagai jenis masakan. Buku-buku resipi oleh chef profesional juga menjadi rujukan.
Saya juga suka mencuba pelbagai jenis masakan yang pernah dirasai semasa melancong. Apabila ada masa terluang saya akan cuba mencipta pelbagai resipi baru untuk keluarga, malah ada yang menjadi kegemaran sehingga kini dan ada juga yang masuk ke tong sampah. Yalah tidak cuba , kita tidak tahu,”akuinya.
Kekuatan masakannya lebih kepada masakan kampung memandangkan menu yang dimakan dan dimasak setiap hari. Dia juga suka memasak makanan barat yang diberi sentuhan orang Malaysia, fusion. Banyak resipi yang diolah dan disimpan untuk anak menantu dan cucu sebagai rujukan mereka apabila dirinya telah tiada kelak.
Memasak sudah menjadi rutin harian, namun ada juga masanya makan di luar untuk mencuba masakan orang lain. Cara begini secara tidak langsung berinya pengalaman dan satu proses pembelajaran. Sebenarnya apabila sentiasa kreatif di dalam masakan, kita tidak akan ketandusan idea. Memasak memerlukan kreativiti. Sambal tumis menjadi kemestian yang diminta keluarga sama ada sambal tumis ikan bilis, udang, sotong atau ayam.
Faezah percaya “air tangan” mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana bau masakan serta menu yang terhidang sentiasa akan mengimbau memori. Seperti mana dirinya rupa masakan sahaja boleh membawa dia kembali ke zaman bersama-sama dengan mak, inikan pula jika ada baunya, lagilah buat diri terus tersenyum.
Tambah Faezah lagi air tangan ibu atau bapa adalah makanan pertama dan selalu masuk ke mulut anak-anak kita, jadi apa yang pertama dan selalu masuk ia akan lekat dan kasih sayang itu akan terpahat di jiwa.
Dikongsikan resipi air tangan Faezah untuk dicuba.
SPAGETI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN
1 paket spageti
7 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar daun parsli -segar atau kering
2 sudu besar empingan cili
1 kiub pati ayam
5 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong
7 biji kupang
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air rebusan pasta
CARA MEMASAK
Rebus spageti dengan sedikit garam dan minyak
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan ½ sudu daun parsli hingga wangi
Masukkan empingan cili, tambah ½ cawan air rebusan pasta dan goreng hingga naik minyak
Masukkan kiub ayam
Masukkan udang, sotong dan kupang
Masukkan spageti dan tambah air rebusan pasta jika ia terlalu kering
Gaul hingga rata dan perasakan dengan sedikit garam, gula perang dan serbuk lada hitam
Taburkan 1 ½ sudu daun parsli dan sedikit empingan cili
PUMPKIN BUA LOY
BAHAN-BAHAN
BUAH LOY
2 cawan labu yang telah dikukus dan dilenyekkan
4 cawan tepung pulut
Sedikit pewarna oren
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
KUAH SANTAN
1 cawan gula
2 cawan air
500 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
SAGO
1 cawan sago
10 cawan air
CARA MEMASAK
Campurkan labu lenyek, tepung pulut dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.
Gaul dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
Asingkan dua sudu dan masukkan pewarna hijau untuk dibuat tangkai,selebihnya masukkan pewarna oren
Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan lidi (pencungkil gigi) untuk membuat alur seperti buah labu di sekeliling bulatan. Buatkan lubang di tengah-tengah menggunakan lidi (pencungkil lidi), ambil sedikit doh berwarna hijau dan masukkan untuk dibuat tangkai
Rebus air hingga mendidih dan masukkan bua loy. Angkat apabila ia timbul dan rendamkan di dalam air sejuk.
Masukkan gula, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan santan dan buah loy.
Rebus air hingga mendidih dan masukkan sago yang telah dibasuh. Masak hingga sago menjadi jernih. Bilas dengan air untuk membuang kanji dan rendam di dalam air sejuk.
Semasa hendak dimakan baru dimasukkan sago ke dalam pumkin bua loy
PULUT JAGUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN
PULUT JAGUNG
3 cawan pulut
2 keping asam keping
3 tongkol jagung – dihiris
300 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
5 helai daun pandan
Daun pisang
Lidi pencungkil gigi
Sambal tumis ikan bilis
CARA MEMASAK
Rendam pulut dengan asam keping semalaman.
Masukkan pulut dan jagung kedalam satu bekas, gaul hingga rata. Kukus selama 50 minit bersama-sama daun pandan
Masakkan santan dan garam sehingga naik wap. Rawakan dengan pulut semasa masih panas.
Layurkan daun pisang.
Letakkan pulut jagung di atas daun pisang, leperkan dan letakkan inti sambal tumis ikan bilis.
Bungkus dengan kemas dan padat, sematkan hujung bungkusan dengan lidi pencungkil gigi.
Bakar di atas kuali sehingga garing.
Boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging
TELUR KUKUS (STEAM EGGS CHINESE STYLE)
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
2 cawan air suam
Daun bawang – dihiris halus
Cili merah-dibuang biji dan dihiris halus
4 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
Minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Sedikit serbuk pati ayam
CARA MEMASAK
Pukul telur dengan garfu. Telur mesti dibuang tali pusatnya untuk mengelakkan daripada berbau hanyir.
Perasakan dengan garam, lada putih dan serbuk pati ayam
Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil tangan terus memukul telur dengan garfu.
Tapis dan tuangkan ke dalam sebuah mangkuk. Tutupkan mangkuk dengan plastik khas untuk masakan.
Kukus selama 15 sehingga 20 minit
Tumis bawang putih sehingga kekuningan, padamkan api, masukkan minyak bijan dan kicap cair.
Tuangkan ke atas telur kukus, taburkan daun bawang dan cili merah.
Hidangkan semasa masih panas
CUCUR BIHUN
BAHAN-BAHAN
2 keping bihun
1 cawan tepung gandum
1 biji lobak merah – dihiris halus
1 labu bawang besar – dihiris halus
2 biji cili merah – dihiris halus
1 cawan daun bawang – dihiris halus
2 biji telur
1 cawan isi udang
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
Rendam bihun dengan air panas hingga lembut, toskan dan potong pendek-pendek
Masukkan tepung gandum, lobak merah, bawang, cili merah, daun bawang, telur, ikan bilis dan garam.
Tuangkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat tekstur doh boleh dicucurkan
Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng. Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup.