Mudah sungguh nak buat Agar-agar Permata. Bahan pun tidak banyak. Hanya perlu lima bahan sahaja untuk membuat Agar-agar Permata. Resipi ini adalah daripada bondanya, Nurul Amalina Anati Abdullah. Warna yang menarik pada Agar-agar Permata tentunya membuatkan Agar-agar Permata ini disukai anak-anak. Laju sahaja makan.
RESIPI AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
Agar-agar tali 1 paket 25g – BELI ONLINE 6 cawan air 6 sudu besar gula pasir (boleh tambah kalau nak lagi manis) – BELI ONLINE 1/2 tin susu cair – BELI ONLINE Pewarna merah, hijau, kuning
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan air, gula dan agar-agar tali. Masak di atas api yang sederhana sehingga betul-betul larut. Tutup api.
2. Ambil 3 senduk kecil agar-agar yang telah larut tadi. Masukkan dalam 3 bekas berasingan. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
Ads
3. Baki agar-agar dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair.
4. Tuang agar-agar susu tadi ke dalam loyang.
5. Potong dadu agar-agar warna-warni.
6. Masukkan agar-agar warna-warni dalam agar-agar susu.
Ads
7. Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan dalam peti sejuk.
8. Apabila telah sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Sumber kredit: Nurul Amalina Anati Abdullah
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih sagu atau lopes sagu ini antara boleh dikatakan antara kuih tradisi yang mudah disediakan.
Cuma masalah bila buat kuih ini adakalanya sagu tak jernih atau masak tak sekata. Masih ada yang berbiji putih. Bila jadi begini, kuih sagu jadi tak cantik.
Bagi menghasilkan kuih sagu yang jernih, masak sekata tanpa biji putih, Mas Cotek menurunkan caranya.
Cara buat kuih sagu dan tip dapatkan sagu jernih sekata
Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit pes minuman berperisa ros
2 helai pandan disimpul
Kelapa parut digaul dengan garam
Cara membuat
Dalam periuk panaskan air, pandan dan perisa ros hingga mendidih
2. Keluarkan pandan kemudian masukkan sagu. Kacau sebati.
3. Masukkan gula dan kacau rata.
4. Perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan bertutup dalam 15 minit. Kacau sesekali saja. Ini cara untuk jadikan sagunya jernih sekata.
5. Apabila sudah agak pekat dan kesemua sagu jernih, tuang dalam loyang.
6. Biarkan sejuk dan barulah dipotong.
7. Gaul dengan kelapa parut tadi, sedia untuk dihidangkan.
Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.
RESIPI DOH PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan minyak masak
½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.
3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.
4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.
5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.
INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Ada macam-macam jenis rempeyek. Kali ni RASA nak tunjukkan resipi rempeyek mini. Bulat-bulat comel je. Rasanya sama sahaja cuma saiznya yang berbeza. Tapi sedap jugak makan rempeyek mini ni sebab macam jajan. Jom cuba!
REMPEYEK KACANG TANAH MINI
BAHAN-BAHAN
2 labu bawang putih
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
Sedikit ketumbar
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
1 kg tepung gandum
200 gram tepung beras
1 bekas air
4 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kapur
Kacang tanah secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus bawang putih, udang kering, cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan telur ayam.
5. Masukkan bahan-bahan kisar, garam, gula sedikit dan air kapur.
6. Kacau sehingga dapat bancuhan sederhana. Tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.
7. Letakkan bancuhan pada acuan sudip bulat leper (masukkan kacang tanah) dan goreng dengan minyak panas. Api perlahan.
8. Goreng sampai garing, toskan, biarkan sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.