
Sedapnya minum air jagung puaka dengan rasa lemak manis jagung yang terbaik. Ditambah pula ais ketul atau aiskrim pilihan menambahkan lagi kesegaran.
AIR JAGUNG PUAKA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu besar perisa jagung
- 5 sudu besar jagung tin
- 2 cawan besar air masak
- Setengah tin susu cair
- 6 sudu susu pekat
Tambahan:
- Ais Ketul
- Beledor hitam ( Agar-agar )
CARA MEMBUAT:
- Masukkan perisa jagung dalam jug.
- Selepas itu masukkan air dan susu cair.
- Kemudian masuk susu manis
- Tambahkan jagung kacau
Kredit: Rusmida Rusdi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air Rebusan Daun Pudina Dengan Gula batu & Madu, Legakan Batuk

Dah makan ubat batuk tapi tapi tak baik baik lagi. Apakata anda cuba membuat penawarnya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu daun pudian dengan gabungan dua bahan utama yang dipercayai boleh meredakan batuk.
Menurut perkongsian empunya resipi Abam (sejadah tebal murah) air rebusan daun pudina bersama gula batu dan madu baik untuk dicuba . Menurutnya ini adalah resipi yang diwarisinya dari arwah datuknya.

BAHAN-BAHAN :
- 10 helai daun pudina – beli online DI SINI

.
- Sebiji gula batu
- 1gelas air
- 2 sudu madu – beli online DI SINI
CARA PENYEDIAAN :
1. Rebus sehingga gula batu betul betul hancur..
2. Siap utk diminum
Kredit Resepi : sejadah tebal murah
ANDA INGIN MENCARI PETI SEJUK YANG DAPAT MENYIMPAN BAHAN BASAH SEGAR & TAHAN LAMA, JOM LAYARINYA DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA BAHAN SIHAT INI :
DAN JUGA PENAWAR DARI BAHAN INI :
Tiga Bahan Ni Atasi Masalah Lutut. Barulah Betul-betul Power
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Dua Resipi Minuman Tembikai Yang Sedap & Menyegarkan

Memang best sesangat minum air tembikai, kan? Rasanya sedap. Jus tembikai yang sejuk memang sangat menyegarkan. Kalau nak buat, disarankan kurang manis supaya manisnya jadi manis-manis buah sahaja. Nah, RASA berikan dua jenis minuman berasaskan tembikai yang sedap.
JUS TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN
4 sudu kecil gula
2 cawan air
5 potong tembikai
CARA MEMBUAT
1. Campur gula dengan air. Masak air gula.
2. Kisar tembikai untuk mendapatkan jus.
3. Campurkan jus tembikai dan air gula.
4. Masukkan ais.
SMOOTHIES TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Selamat mencuba!
Jom Buat Sendiri Air Lai Chi Kang, Redakan Panas Penyejuk Tekak

Segar rasanya tatkala dapat menikmati air lai chi kang. Selain penyegar tekak, orang kata boleh meredakan panas dalam badan.
Walaupun banyak juga bahan penyediaannya, namun cukup berbaloi meminumnya kerana terkenal dengan banyak khasiat. Apa kata kita buat sendiri air lai chi kang, lebih puas hati. Boleh letak seberapa banyak bahan-bahan yang kita inginkan.
Ikuti perkongsian resipi air lai chi kang daripada Ariff Budiman Zainal Abidin yang tampak begitu menyegarkan.
BAHAN-BAHAN:
Biji selasih (direndam)
Kembang semangkuk (direndam) – Boleh beli online di sini
Barli – Boleh beli online di sini
Getah anggur
Kundur – Boleh beli online di sini
Gula batu
Kulat kering
Kismis – Boleh beli online di sini
Longan kering
Kurma merah – Boleh beli online di sini
Gula kabung

CARA MEMASAK:
Biji selasih dan kembang semangkuk direndam sehingga kembang.
Rebus bahan-bahan iaitu barli, getah anggur, kundur, gula batu, kulat kering, kismis, longan kering, kurma merah, dan juga gula kabung.

Masukkan daun pandan untuk lebih memberikan aroma wangi.

Rebus sehingga bahan-bahan bertukar warna dan lembut.
Selesai semua bahan siap direbus, bolehlah disejukkan dan dinikmati dengan ketulan ais. Boleh juga diminum suam untuk lebih sihat.

Ketika penyediaan air, bolehlah dicampurkan biji selasih dan bunga kembang semangkuk yang telah direndam awal tadi.

Sedia dinikmati. Sedap diminum pada bulan Ramadan juga sebagai penyejuk tekak kala berbuka puasa.
Kredit: Ariff Budiman Zainal Abidin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin Ni Memang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official






