Siapa je yang tidak suka dengan aiskrim Malaysia? Pendek kata semua orang menyukainya. Terimbau zaman kanak-kanak dulu makan aiskrim Malaysia. Aiskrim Asam Boi antara yang mempunyai ramai peminat setianya. Rasanya yang masam-masam manis membuatkan aiskrim ini sentiasa menjadi buruan. Nah ini dikongsikan resipi Aiskrim Asam Boi yang dikongsikan oleh Ummu Ashraf
RESIPI AISKRIM ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh) – beli online 2 liter air 2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter itu) – beli online 3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion 24-30 biji asam boi – beli online 4-5 biji limau kasturi – beli online
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula dan asam boi. Tujuan campur tepung jagung ialah untuk haluskan ais, limau kasturi pula supaya aiskrim tambah lagi sedap.
2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
4. Sejukkan. Perahkan jus dari 4 atau 5 biji limau kasturi. Kacau.
5. Tapiskan air. Ketepikan asam boi.
6. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Tuang air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman. Siap! Semoga ada yang gunakan resepi ini untuk buat jualan bagi menambah pendapatan. Ais memang halus. Sukatan ini boleh dapat 24 aiskrim.
Sedapnya murtabak! Selalu kalau teringin pergi cari kat pasar malam jer atau pun kat restoran mamak. Jarang nak jumpa murtabak kalau bukan di bulan puasa ni.
Untuk peminat Murtabak! peminat Cheese? Hanya ada di Meru, Klang, gabungan kebaboom Murtabak Ayam Cheese atau Murtabak Daging Cheese ni pasti menambat hati korang. Cheese Mozarella selambak memang padu. Murtabak dia pulak tebal padat dengan isi. Bila sekali ngap, memang nak ngap tak berhenti. Ketagih beb! Harga sangat berbaloi. Murtabak cheese PADU RM6 jer. Murtabak ayam/daging biasa RM3 jer.
Kat sini juga ada produk frozen. Korang kena try Roti Bom Nutella dia. Perghh!!
Jom ramai-ramai serbu gerai murtabak ni.
D’tebar Murtabak
Lokasi: Lot 1935, Jalan Nenas, Meru, Klang
Operasi gerai: 3pm – 7pm (tutup setiap Rabu)
Operasi frozen: Open order setiap hari
Pertanyaan/Hubungi: 014-9743080
Boleh jugak korang cuba resipi Murtabak Mini Popia ni sedap tau!
Murtabak Mini. (Kulit Popia)
Bahan-bahan:
Inti
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini….
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je…. saya tak suka minyak banyak. Jadi….ikut selera masing2 ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak…. makan… memang sedap. 😂😂😂
Anda yang baru nak mula belajar buat tepung talam, apa kata cuba resipi Tepung Talam Pandan yang RASA kongsikan ini. Ia ringkas, guna cawan sahaja dan anda tak perlu fikir penimbang semua, janji ikut sahaja apa yang dikatakan dalam resipi. Gerenti hasilnya akan membanggakan diri anda.
TEPUNG TALAM PANDAN BAHAN;BAHAN: LAPISAN BAWAH:
3 cawan jus pandan | hasil dari 5-6 helai daun pandan dikisar bersama 3 cawan air.
3 cawan tepung gandum
1/2cawan tepung ubi
1/2 cawan gula
1/2 kotak santan | kotak saiz kecil
1 sudu teh esen pandan coconut
Pewarna hijau epal LAPISAN ATAS:
200ml santan kotak
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
Sekalikan tepung gandum, tepung ubi dan gula dalam bekas adunan.
Tuangkan jus pandan, kacau-kacau, kemudian tambah esen padan dan perwarna hijau.
Kacau hingga tiada ketulan.
Atau tapiskan ke dalam loyang 9X9 yang telah disapukan dengan minyak atau dilapik plastik.
Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama 15-20 minit.
Untuk lapisan atas: Campurkan semua bahan ke dalam bekas adunan, kacau rata dan tapis hingga tiada ketulan.
Apabila bahagian sudah masak, buka penutup kukus, biarkan seketika, apabila permukaan lapisan bawah kering, cucuk-cucuk dengan garpu baru tuang lapisan atas.
Kukus semula lebih kurang 25-30 minit.
Sekali sekala buka penutup dan buang air wap, supaya air tidak bertakung atas permukaan kuih.
Setelah masak, buka penutup kukus, biar seketika baru keluarkan dari pengukus.
Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
2 biji bawang merah besar-dihiris
1 sudu makan halia-ditumbuk halus
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah ketumbar
2 biji tomato-dipotong kecil
2 biji cili hijau-dipotong empat
*5 biji gajus
*5 biji badam
*3 biji buah keras
*2 sudu makan serbuk kas kas
*2 sudu makan kelapa
2 helai bay leaf
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
Daun kari segenggam
Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
Tambahkan garam secukup rasa.
Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.
CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung atta alagapas
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.
2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.
3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.
3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.
4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.
6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.