
Sosej merupakan sejenis makanan proses yang dijadikan sebagai pilihan makanan ringan dan boleh dikatakan sebagai snek harian tidak kira waktu.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.


2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.


3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nugget Ayam Homemade Paling Mudah, Jimat & Sihat



Jimat buat sendiri nugget ayam untuk keluarga kita. Terjamin sihat dan kita boleh olah dengan tambah bahan-bahan yang kita suku seperti sayur-sayuran.
NUGGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 300g daging ayam Dikisar halus.
- 2 sudu teh garam
- Oregano
- lada sulah
- lada hitam
- herbes de provence (mix herbs)

CARA MEMASAK:
- Gaul sebati semua bahan dengan isi ayam (letak semua herba ikut citarasa anda). Boleh bentukkan bulat, panjang atau ikut kesukaan masing-masing.
- Salut adunan ayam dengan telur.
- Kemudian salut lagi dengan bread crumb, ulangi sekali lagi.
- Dengan api sederhana panaskan kuali dengan tuang minyak secukupnya. Goreng sampai Masak kuning keemasan. Angkat toskan Minyak.
- Sudah siap boleh cicah dengan sos kegemaran anda.
INFO:
- Kalau suka boleh letak keju dalam adunan ayam tersebut.
- Kalau hendak frozenkan. Salut siap-siap dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
- Ketika simpan dalam bekas selang selikan dengan plastik supaya tidak melekat dan senang untuk diambil.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Izzat Mustaffa
Anak Gerenti Suka Bawak 6 Jenis Bekal Ini Ke Sekolah. Mak-Mak Wajib Buat!

Mak-mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak? Jangan give up, ini ada enam menu yang admin share untuk mak-mak semua. Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas. Cuba dulu ye kalau ok nanti admin share lagi idea nak masak apa.
Yang penting cuba dulu…

PASTA SPIRAL DRAGON BALL
BAHAN- BAHAN :
- 200gm pasta spiral
- 150gm isi ayam
- 350gm tomato
- 1 sudu makan pes tomato
- 2 helai daun salam
- 50gm batang saderi | hiris nipis
- 20gm bawang putih | cincang
- 100gm bawang merah | cincang
- 2 sudu teh madu
- Lada sulah secukupnya
- Daun basil dan oregano secukupnya | cincang
- Garam secukup rasa
- Air dan ais secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebuskan pasta spiral di dalam air yang mendidih selama 5 minit. Kemudian angkat dan siram dengan air sejuk. Toskan.
- Untuk membuat bebola ayam; Isi ayam digaul bersama dengan bawang merah cincang, bawang putih, basil, oregano, madu, garam dan lada sulah hingga sebati. Kemudian dibentuk menjadi bulat.
- Cara membuat sos: Tomato dibelah empat dan direbus. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam ais. Buang biji dan cincang hingga halus.
- Selepas itu tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang merah dan batang saderi serta basil, oregano, daun salam dan pes tomato. Kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan isi tomato yang dicincang halus dan kacau hingga mendidih.
- Selepas itu masukkan bebola ayam, garam, lada sulah dan biarkan seketika.
- Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas anak.

AYAM TINJU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul kepak ayam
- 50gm serbuk roti
- 1 biji telur | dipukul
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
HIASAN:
- Daun salad secukupnya
- Kertas aluminium secukupnya
- Cili Benggala
- Sedikit sos mustard
- Sedikit buah zaitun
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Kemudian ambil bahagian yang mempunyai banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biarkan tulang di bahagian bawahnya.
- Seterusnya perap ayam dengan lada sulah, lada hitam, jus limau nipis dan garam. Biarkan seketika.
- Setelah diperap, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti. Lakukan sehingga habis.
- Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau bertukar warna kuning keemasan.
- Angkat, toskan. Masukkan ke dalam bekal anak dan hias mengikut kreativiti sendiri. Misalnya balut tulang ayam dengan kertas aluminium dan cili benggala dibentukkan seperti lady bird.

MAKARONI BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm makaroni | rebus dan tos
- 100gm daging kisar
- 1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
- 150gm parutan keju mozarella
- 1 sudu makan serbuk oregano
- 4 sudu makan sos balognes
- 2 sudu makan sos cili
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
- 3 sudu mentega
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
- Buah Epal
- Tomato ceri
- Salad
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
- Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
- Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
- Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
- Bakar lebih kurang 15 minit.
- Setelah siap, sedia dibawa untuk bekal.

CUCUR NASI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air
- 2 biji kentang | rebus dan lenyek
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Ayam goreng
- Sos Cili Thai
- Salad
- Tomato Ceri
CARA MEMASAK:
- Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
- Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
- Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
- Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
- Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.

CHICKEN & RICE PATTIES
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik
- 1 cawan nasi | kisar kasar
- 2 biji telur
- ½ cawan susu segar
- 2 sudu makan keju pemersan
- Sedikit parutan lobak merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu the serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
- Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
- Gaul rata dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
- Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
- Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
- Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
- Sedia dihidangkan bersama sambal cili.

SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
- 2 batang jejari ketam | potong kecil
- 8-10 ekor udang sederhana |bersihkan
- 5-6 biji cili padi | hiris halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Resipi Roti Sosej Premium Hasil Air Tangan Sendiri Untuk Bekal Anak Ataupun Suami

Apa jenis masakan kalau kita cuba masak sendiri di rumah pasti puas hati. Contohnya resipi Roti Sosej Premium ni kadang beli dekat luar tak menepati citarasa yang kita inginkan. Resipi penuh yang dikongsikan oleh Haya Yahya di Facebook ni pasti puas hati siapa yang cuba kerana bahan semua cukup dan pasti memikat selera siapa sahaja yang makan Roti Sosej Premium ni. Menu mudah dan sedap ni pastinya akan menjadi menu pilihan anak-anak untuk bekal ke sekolah ataupun bekal suami ke tempat kerja sekiranya suami jenis yang tak minat makan nasi untuk makan tengah hari. Jom kita cuba!
Semalam cari senduk nak masak tapi tak tahu mana menghilang senduk tu, main letak gitu je dekat dapur tak tahu hilang ke mana. Saya rasa saya nak beli Muzy Stainless Steel Drill-Free Rack ni biar tersusun sikit peralatan dapur saya. Korang pun boleh dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
ROTI SOSEJ PREMIUM

BAHAN-BAHAN:
Sebungkus roti vanilla kosong
Sebungkus sosej
1 bungkus keju keping
1 Botol sos pasta tradisional
HIASAN:
Daun parsley

CARA PENYEDIAAN:
Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang.

Letak kepingan keju. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing

Letak sikit sos pasta.

Letak sosej yang telah di rebus.

Letak sos atas sosej… jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang anda suka

Letak kepingan keju dan daun parsley. Takde daun parsley pun takpe. Kebetulan di rumah ada, jadi saya guna

Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 – 15 minit. Ikut garing macamana yang anda suka.

Saya bungkus macam ni untuk seisi rumah bawa ke sekolah dan tempat kerja.

SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Haya Yahya

