Anak-anak memang sukakan makanan segera seperti Hotdog, Ayam Goreng dan sebagainya. Namun hidangan begini tinggi kalori serta kandungan lemak dan garamnya. Kadang-kala sebagai ibu bapa, serba salah memilih sajian yang sihat untuk si manja. Menerusi perkongsian saudara Khabbab Jamalludin, beliau telah berkongsi resipi Hotdog Kukus Bolognese yang lebih sihat untuk disajikan buat anak-anak.
RESIPI HOTDOG KUKUS BOLOGNESE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sosej – beli online disini Sosej / frankfurter lembu ½ biji bawang besar – potong dadu – beli online disini 1 ½ biji tomato – dadu 1 sudu teh serbuk oregano – beli online disini Minyak zaitun secukupnya – beli online disini Cili – jika suka pedas Sos pasta / spageti segera secukupnya – beli online disini Beberapa helai daun basil Garam secukup rasa – jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Panaskan periuk pengukus dan kukus hotdog hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
hotdo 2. Kemudian kukus pula roti hotdog selama 1 minit. Pastikan bahagian tengahnya telah dipotong sebelum dikukus supaya senang dimasukkan sos kemudian nanti. Ketepikan bila sudah siap.
3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun. 4. Tumis bawang besar, tomato dan oregano. Jika suka pedas, boleh juga masukkan hirisan cili ke dalam tumisan. 5. Bila sudah wangi dan layu, masukkan sos pasta segera dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung sebanyak mana roti yang kita sediakan.
6. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sos memekat dengan air dari tomato tadi. Sos tak nak cair sangat kerana akan diletak diatas roti. 7. Tambahkan daun basil jika ada.
Ads
8. Bila sos sudah pekat, perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Jika boleh, tidak perlu tambah garam kerana sos dan sosej sudah mengandungi sodium.
9. Ambil roti yang telah dikukus tadi dan masukkan sosej ke dalamnya.
10. Sudukan sos dengan secukupnya. 11. Hotdog Kukus Bolognese sedia untuk dinikmati.
Mi Hailam Udang, Makan Sedap Lauk Pun Meriah. Mi kuah berasaskan kicap yang penuh dengan bahan seperti udang dan sayuran macam ini memang menyelerakan. Sesuai dijadikan menu makan malam. Tak terlalu berat dan penuh nutrisi.
MI HAILAM UDANG
BAHAN-BAHAN:
1/2kg mi kuning
Isi ayam
Udang/sotong
3 ulas bawang putih di tumbuk
3 ulas bawang merah di tumbuk
1 sudu besar cili kering kisar
1 ikat sawi hijau
Bunga kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus baby corn
2 tangkai daun sup & bawang
1 sudu tepung jagung dibancuh air
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan kacau rata sehingga benar-benar masak.
Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata
Masukkan ayam, udang atau sotong dan tunggu sehingga masak.
Masukkan garam dan gula sesuai citarasa.
Kemudian masukkan sayur sayuran
Masukkan mi kuning dan kacau rata
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan tomato. Kacau rata.
Matikan api dan tabur daun bawang, sup dan bawang goreng.
Anda pencinta tempura? Menu popular Jepun ini memang nampak senang disediakan tetapi kalau tidak kena gaya masak,usahkan ranggup, malah memerangkap minyak dan tidak rangup seperti diharapkan.
Tapi kalau anda tahu cara menggorengnya gerenti tidak ada masalah dan akan selalu menyediakannya. Berikut RASA kongsikan enam cara menggoreng tempuran agar garing, rangup dan tidak berminyak.
Anda boleh gunakankan pelbagai jenis sayur, ikut cita rasa. Bagaimanapun pastikan cuci bersih sayur, kemudian tos dan pastikan ia kering sebelum dicelup dalam bancuhan adunan tepung.
Gunakan kuali tembaga atau keluli, kerana ia boleh mengekalkan kepanasan yang sekata bagi membantu tempura garing sekata dan kekal rangup.
Pastikan anda menggunakan sudik stainless steel semasa menggorang, tujuannya bagi mengelakkan aroma dan rasa tempura tidak melekat pada sudik. Masa yang sama, sudik stainless steel juga boleh digunakan untuk memeriksa kepanasan minyak.
Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan satu adunan ke dalam minyak. Jika segera timbul, bermakna minyak cukup panas. Maka teruslah menggoreng tempura hingga selesai.
Bagi memastikan tempura cukup masak, anda boleh kenal pastu melalui bunyi percikkan minyak semasa menggoreng. Jika bunyi percikan perlahan dan tepung yang meliputi sayuran berubah kepada warna kuning keemasan, angkat tempura dari kuali.
Pastikan anda menggunakan penapis semasa mengangkat bahan tempura. Kemudian toskan minyak sebelum sedia dihidangkan. Masa yang sama, penapis ini akan memastikan sisa tepung rempura berjaya dikeluarkan dari kuali dan tidak menganggu gorengan seterusnya.
Senang je kan, diharapkan dengan tip ini anda boleh menghasilkan sayur goreng tempura yang rangup berkeriuk setanding menikmati tempura di restoran-restoran mewah.
Tempura Sayur
Bahan Sayuran:
60gm bunga kubis | potong dadu
60gm lobak merah | potong panjang
60 gm kacang buncis | potong jadi dua
3 batang daun bawang | hiris memanjang
60gm kubis segar hiris memanjang
Bahan Adunan:
2 ulas bawang putih | kisar
100gm tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan
Masukkan sayuran, seafood, isi ayam atau daging ke dalam adunan. Goreng hingga kekuningan.
Tutup api, toskan minyak, kemudian hidang panas-panas.
Cara mudah untuk ibu-ibu suri rumah mahupun bekerja menyediakan 5 jenis pes ni sebagai masakan harian untuk keluarga. Sangat mudah dan menyenangkan kamu di kemudian hari. Siap bungkus dan haanya masukkan dalam peti sejuk beku! Selamat mencuba.
Pes – Masak lemak cili api/sambal tumis/rendang/tom yum/padprik
1. SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Bawang kecil 10 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Cili boh 1 senduk besar
Belacan bakar 2 inci
CARA MEMASAK:
Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau.
2. MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
Serai 1 ikat
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 inci
Kunyit hidup 2 inci
15 biji cili api ( boleh tambah tolak ikut berapa pedas kita nak)
CARA MEMASAK:
Nak tumis dulu boleh, tak tumis pun boleh sebab ada sesetengah tempat masak lemak tak bertumis. Tapi saya tumis.
3. TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 1 biji
Cili Boh satu senduk besar
Cili Api 10 biji
Lengkuas 1 inci
Serai seikat
Udang Kering – satu sudu besar
Daun limau purut 5-6 helai
Serbuk belacan bakar – satu sudu besar
Air asam jawa – satu cawan
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan kecuali air asam jawa. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam n gula. 🙂🙂
4. PADPRIK
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 1 biji *
Bawang Putih 3 ulas *
Cili padi 5 biji *
Cili Boh satu senduk besar *
Daun limau purut 4 helai *
Sos Tiram satu sudu besar
Sos Tomato satu sudu besar
Sos Cili satu sudu besar
Kicap masin/manis agak2
CARA MEMASAK:
Tumis semua yang bertanda * Masukkan bahan2 lain waktu nak guna/masak nanti.
5. RENDANG
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci
4 ikat serai (lebih kurang 12batang)
Cili Boh 2 senduk besar
CARA MEMASAK:
Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Waktu nak masak nanti, baru masuk santan, kerisik dan daun kunyit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!