Anda yang menggemari udang, hari ni dikongsikan dua menu udang yang berbeza. Satu menu barat dan satu lagi menu tempatan, mana satu pilihan anda dan keluarga, dua-dua sedap. Atau buat dua-dua sekali, mungkin anak-anak lebih suka Udang Mentega, anda dan pasangan suka yang pedas, lebih adil dan saling menikmati keenakan udang.

Antara Udang Mentega & Sambal, Mana Satu Pilihan Anda!

 UDANG GORENG MENTEGA

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 12  ekor udang saiz XL | dibersihkan.
  • 1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkainya
  • 3 tangkai cili kering | dihiris halus
  • 9 biji telur ayam | ambil kuning sahaja
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • 40gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak goreng, kemudian gaulkan dengan lada sulah dan serbuk perasa. Ketepikan.
  2. Pukul telur dengan sedikit garam dan perasa.
  3. Panaskan sedikit minyak bersama mentega.
  4. Setelah minyak panas, tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
  5. Kacau telur menggunakan belakang seduk untuk mendapatkan tekstur yang halus.
  6. Kacau hingga garing, kemudian masukkan daun kari dan hirisan cili kering.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Antara Udang Mentega & Sambal, Mana Satu Pilihan Anda!

Ads

SAMBAL UDANG GALAH

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 50gm bawang putih | dikisar
  • 200gm cili merah |dikisar
  • 200gm cili kering | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
  4. Siap untuk dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI