
Ada pelbagai jenis apam salah satunya Apam Berkuah Terengganu yang biasa dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Orang Trengganu mesti biasa dengan menu ini. Bolehlah buat kalau ada yang merindui kampung halaman.

Apam
Bahan A:
1/2 cawan gula merah/nissang/gula Melaka
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam halus
-masak semua bahan di atas sehingga gula larut dan biarkan sejuk
Bahan B:
2 sudu kecil yis
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
-perap hingga yis berbuih dan mengembang
Bahan C:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
3 sudu besar gula pasir
Acuan atau loyang disapu dengan minyak untuk mengelakkan melekat.
Cara memasak:
1.Dalam bekas lain campurkan semua bahan ABC di atas hingga sebati dan biarkan 1/2 jam dan mengembang dua kali ganda lepas itu dikaup balik (Lakukan sebanyak 3 kali kaedah kembang dan kaup balik ini)
2.Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam separuh bekas/loyang dan biarkan kembang dahulu baru dikukus.
3. Kukus hingga masak.
Kuah Apam:
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah kecil*
1 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 kunyit hidup*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
1/2 sudu besar rempah masak cap bunga ros
1 sudu besar kerisik
1/4 nissang saiz besar
Garam
2 ekor isi ikan Selayang/kembung rebus ditumbuk halus
3 cawan santan
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:-
1.Mesin halus bahan bertanda * dan tumis hingga wangi.
2.Lepas itu masukkan sedikit air, lada hitam, rempah gulai, rempah masak, kerisik, isi ikan, serbuk kunyit dan kacau sebati.
3. Masukkan 3 cawan santan, nissang dan garam.
4. Masak sehingga santan pecah minyak dan pekat
5. Rasa kuah sedikit manis.
Kredit: Bunga Melur
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Kuih Warisan Zaman. Rugi Kalau Tak Warisi, Sedapnya…

Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN:
- 250 gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 200ml air
- 200gm gula merah
- 50ml gula pasir
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG

BAHAN-BAHAN:
- 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
- 200gm gula merah
- 50gm gula pasir
- 500ml santan
- 200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 keping manisan
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut |bersihkan
- Air secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- 30ml minyak masak
- 5gm garam halus
- 80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
- 11/2 cawan tepung beras
- 4 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
- 80gm tepung beras
- 500ml santan pekat
- 5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
- 200gm gula merah
- 100gm gula pasir
- 200ml air
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Aneka Hidangan Nutella Yang Wajib Dicuba! Mudah & Sedap!

Bukan sahaja boleh dimakan bersama roti semata-mata, Nutella juga boleh menghasilkan pelbagai hidangan yang sangat menarik yang mesti dicuba oleh semua penggemar Nutella. Ianya mudah dan pastinya sangat enak hingga menjilat jari! Selamat mencuba!
BISKUT NUTELLA

BAHAN-BAHAN
- 450gm Nutella
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
- Masukkan nutella dan telur.
- Gaul semua bahan hingga sebati dan menjadi doh.
- Ambil adunan dan bulatkan. Letak diatas baking paper.
- Bakar pada suhu 170C selama 10 minit.
- Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
BROWNIES NUTELLA

BAHAN-BAHAN
- 2 biji telur
- 200g Nutella
- 9 sudu besar tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh.
- Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing).
- Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garfu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.
Kredit resipi & foto: ct kektus
PUDING ROTI NUTELLA

BAHAN-BAHAN
- 5 keping roti yang disapu dengan marjerin dan nutella
- 1 1/2 cawan susu segar – resipi ini letak 2 cawan (ikut jenis roti)
- 2 biji telur
- 1/4 cawan gula kastor
- 2-3 sb susu pekat manis
- Kismis secukupnya
- Chocolate chips secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Satukan susu segar, telur, gula dan susu pekat manis. Whisk hingga sebati.
- Carik-carikan roti dan masuk dalam ramekins. Gaul dengan kismis dan chocolate chips.
- Tuang campuran susu dan bakar dalam preheated oven 180C dalam 20-30 minit.
Kredit resipi & foto: Kamalia Hani Yunus
NUTELLA BANANA SWIRL MUFFINS

BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 biji pisang sederhana besar di kisar
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur A
- 1/4 cawan minyak sayur
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan kacang pecans (boleh juga diganti dengan chocolate chips)
- Nutella
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven 350’F atau lebih kurang 160’C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
- Dalam mangkuk sederhana, ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
- Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang, telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuran tepung.
- Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
- Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
- Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tin.
- Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
- Buatlah ikut kreativiti sendiri ya.
- Bakarlah di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
- Bila dah masak boleh lah dikeluarkan dari oven dan dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nooriah Abdullah
NUTELLA & BANANA FRENCH TOAST ROLL UPS

BAHAN-BAHAN
- Roti putih 10 keping | kerak dipisahkan
- Nutella kira-kira 1 cawan
- Pisang 2 batang , potong 10
- Telur 1 biji gred A
- Susu 2 sudu besar
- Vanilla 1/2 sudu teh
- Mentega 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
- Gulung setiap keping roti yang sangat nipis dengan pin bergulung. Sebarkan setiap kepingan dengan jumlah Nutella yang banyak – meliputi satu sama lain. Letakkan sebilah pisang pada satu hujung dan gulungkan roti dengan ketat.
- Dalam mangkuk kecil, pukul bersama telur, susu dan vanila sehingga digabungkan dan diketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk di atas api sederhana. Dredge setiap roll melalui telur dan campuran susu, kemudian masak di semua sisi dalam mentega panas sehingga perang keemasan.
Kredit resipi & foto: comfortablefood.com
Jom Buat Sendiri Masakan Cina Ala Hotel Yang Sungguh Sedap & Senang Ni.

Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.

ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan kod | hiris besar
- 3-4 tangkai cili kering | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1/2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 2 sudu makan tepung jagung
- Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
- Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
- Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
- Sedia dinikmati.

CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
- 4 biji kuning telur masin| hancurkan
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 4 sudu makan marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- Air secukupnya
- 2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
- Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
- Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
- Hidangkan ketika panas.

DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
- 50gm cili benggala hijau | potong dadu
- 50gm cili benggala merah | potong dadu
- 50gm cili benggala kuning | potong dadu
- 50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
- 6 tangkai cili kering | potong
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk patai ayam
- 4 sudu makan air
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.

