Biasa makan apam warnanya putih, kali ini warna biru bunga telang memang lain dari kebiasaan. Apam nasi, tapi bukan sembarangan nasi. Lebihan nasi lemak telang semalam, disimpan semalaman dalam peti sejuk. Keluarkan dan olah jadi apam nasi lemak telang. Cara buatnya sama macam apam nasi biasa, yang membezakannya ialah pada rasa. Rasa apam nasi lemak ni lebih sedap, lebih lemak. Cubalah buat kalau nak tau rasanya.
APAM NASI LEMAK TELANG
Bahan-bahan:
1 cawan nasi lemak telang (sejuk)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/4 cawan air rebusan bunga telang
3/4 cawan gula
6 gm yis
Kelapa parut (putihnya saja) + garam
Cara membuat:
- Satukan semua bahan kecuali kelapa parut. Kisar halus, tuang dalam mangkuk dan tutup. Rehatkan hingga kembang dalam 30-45 minit. Buka penutup mangkuk dan kacau rata adunan apam.
- Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 45-60 minit atau hingga apam masak (test dengan mencucukkan lidi, kalau lidi keluar licin, itu tanda apam dah masak). Sejukkan dalam 1jam baru dipotong.
- Tabur kelapa parut atas apam dan hidangkan.
*kalau nak guna acuan kecil macam acuan lompang tu pun boleh.
*nasi lemak biasa (bukan yang ditambah air bunga telang) pun boleh juga digunakan.
Kredit: Sue M Arukin
Klik sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI