
Apam warna warni ni, cantik aje rupernya. Rasanya pun sesedap dan secantik rupanya.
Yang penting bila gigit tu lembut aje dikunyah. Sedap makan sambil nonton tv.
APOM SUSU COLOURFUL
.
BAHAN=BAHAN :
- -4 biji telor greb B
- -1 cwn gula(xmau manis bleh kurgkn)
- -1sdb ovalett
- -1sdk esen vanilla
*mixed semua bahan kt atas sampai betoi² kembang n gebu..
- -4sdb susu pekat
*dh kembang bahan kt atas masukkan susu pekat..mixed lg sampai sebati semua.
CARA MEMASAK :
- -2cwn tepung gandum
- *last masukkan tepung..yg ni sy kaup balik ja sampai sebati.
- *bahagi beberapa adunan dn masukkan kaler yg kita nk.
- *sambil² panaskan air kukusan dulu bg mendidih.
- *acuan sapu minyak sikit..masukkan adunan td sampai habis.
- *kukus 10-15 minit utk acuan kecik..klu guna acuan besar 40-45 minit.
- *pastikan balut kain penutup kukus..nt wap air jatuh tak cantik permukaan apom.First sekut tahun ni..
Kredit : FB Resepi Hangat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!

Pasti ramai yang menggemari lauk pauk berasaskan makanan laut bukan? Bahkan pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Sama ada yang berkuah, bersambal mahu pun digoreng kering, pastinya lazat-lazat belaka. Bagi yang sangat menggemari lauk sotong, idea masakan dibawah boleh anda cuba.
1. SOTONG SUMBAT BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor sotong saiz sederhana
- Lidi pencungkil gigi secukupnya
BAHAN UNTUK SUMBAT:
- 2 biji telur
- 200gm sayur campur
- ½ sudu makan sos ikan
- 1 labu bawang besar ]potong dadu
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL:
- 2 batang serai ] diketuk
- 125gm santan
- 10 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 5 biji cili padi
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat bahan sumbat; Gaul kesemua bahan untuk sumbat.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tadi hingga layu. Tutup api dan sejukkan.
- Sumbat bahan yang telah ditumis tadi ke dalam sotong. Kemaskan dengan lidi pencungkil gigi. Kelar sedikit bahagian atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
- Kemudian bakar sotong di atas kuali leper atau pemanggang.
- Tutup api, angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Tuang sambal di atasnya.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERUTUP SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]bersihkan
- 200ml santan pekat
- 5 ulas bawang merah
- 3 biji cili padi
- 1 keping asam gelugur
- 2.5 cm halia
- Garam dan gula secukupnya.
- Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
- Kisar bawang merah, cili padi dan halia. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Setelah itu masukkan santan dan asam gelugur. Kacau rata.
- Setelah mendidih, masukkan sotong tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi dan biar mereneh sebelum tutup api.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
3. OPOR SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]bersihkan
- 100gm bawang merah ]kisar
- 3 ulas bawang putih ]kisar
- 10 tangkai cili kering ]kisar
- 2.5cm lengkuas ]kisar
- 1 batang serai ]kisar
- 2 helai daun limau purut
- 125gm santan
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga naik wangi dan pekat.
- Masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, santan dan daun limau purut. Tambahkan air secukupnya. Kacau sebati dan biar ia mereneh hingga memekat.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika untuk lebih berkuah, boleh tambah lebih air.
4. SOTONG MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ] celur dengan air panas, tos
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2.5cm halia
- 3 biji cili padi
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit daun kucai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi bersama dengan air asam jawa dan sos tiram.
- Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan masak selama tiga minit. Gaul sekata.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah halia yang dicarik untuk lebih rasa halia.
5. RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ] potong membulat
- 2 batang serai ]kisar
- 15 biji cili padi ]kisar
- 3 ulas bawang merah ]kisar
- 1 ulas bawang putih ]kisar
- 2.5cm lengkuas ]kisar
- 2.5cm kunyit hidup ]kisar
- 2 sudu kerisik ]kisar
- 3 helai daun limau purut ]hiris kasar
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
- Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
6. SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]potong bulat
- 1 biji telur
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 60gm tepung gandum
- 60gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui

Menurut seorang ahli facebook group Rasa Share Resipi, Farisha Sofea, kuih general Mahbob ini juga dikenali sebagai kuih general mabuk. Kuih ini merupakan kuih tradisional negeri Pahang.
Walaupun kuih general Mahbob sangat terkenal dalam kalangan penduduk Pekan namun kuih ini sukar didapati di daerah lain dalam negeri Pahang itu sendiri. Biasanya kuih ini dibuat semasa meraikan majlis majlis tertentu sahaja.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH GENERAL MAHBOB
BAHAN TAHI MINYAK
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Satukan santan pekat dan garam di dalam kuali.
2. Gunakan api kecil sahaja. Sentiasa kacau dan masak sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat.
3. Tapiskan dan sejukkan. Ketepikan.
BAHAN KUIH
1 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan (disimpul)
3 sudu besar tepung beras
5 biji telur ayam gred A
1 cawan santan pekat
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMBUAT KUIH
1. Dalam bekas, satukan air , gula dan daun pandan. Masak di atas dapur sehingga gula larut sepenuhnya. Sejukkan seketika.
2. Sementara itu, sangaikan tepung beras sehingga kekuningan. Biarkan sejuk seketika.
3. Panaskan periuk kukusan.
4. Ambil mangkuk. Masukkan telur ayam. Pukul telur ayam sehingga sebati.
5. Masukkan santan. Ambil air gula yang telah disejukkan tadi. Keluarkan daun pandan. Masukkan air gula dalam adunan. Gaul rata.
6. Masukkan pewarna kuning. Gaul lagi.
7. Masukkan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
8. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak, sapukan permukaan kuih dengan sedikit minyak hasil daripada tahi minyak tadi.
10. Akhir sekali taburkan tahi minyak dan biarkan sejuk sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Resipi Tomyam Campur Tanpa Pes Yang Terlajak Mudah & Sedap. Patutlah Viral!

Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba!
TOMYAM PUTIH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
- Isi ayam secukupnya
- 1 biji bawang besar – belah 4
- 1 biji tomato – belah 4
- 3-4 batang serai
- 5-6 helai daun limau purut
- Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
- Jus limau nipis secukupnya
- Sedikit susu cair
- Daun ketumbar secukupnya
- Akar ketumbar – dibersihkan
- Garam dan perasa secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
- Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
- Seterusnya masukkan sayur-sayur. Biarkan sayur lembut.
- Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
- Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Kredit resipi & foto: Zira Tag