Asam pedas lada hitam ikan terubuk ini memang sedap. Kuahnya pekat dan merah. Asam pedas yang sedap adalah yang seimbang rasa masam, pedas dan masinnya. Baru ngam!
Terdapat banyak versi asam pedas, mengikut negeri. Kalau ke Melaka, gaya asam pedasnya lain. Kalau ke Johor pulak lain. Asam pedas kari pun ada. Pernah cuba tak? Sedap jugak tu.
Ikan terubuk pula memng ngam dimasak asam pedas. Cuma nak makannya, kena bertabah dan sabar sebab tulangnya banyak. Tapi, rasanya yang sedap berbaloi untuk ‘susah payah’ itu.
Terlebih dahulu, ikan terubuk dibersihkan betul-betul. Lumur dengan garam dan limau. Biar seketika barulah dicuci. Kemudian bubuh serbuk kunyit. Ini bertujuan mengurangkan/menghilangkan bau ikan\
Ads
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar sampai terbit wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan pula serbuk ketumbar dan tumis lagi. Tuang air asam jawa, daun kesum, diikuti daun limau purut dan serai.
Tambah hirisan bunga kantan yang telah diracik. Masak lagi.
Kemudian tambah air mengikut kesesuaian kepekatan kuah yang kita kehendaki. Masak lagi.
Masukkan pula tomato yang telah dihiris.
Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan terubuk. Gaul sekata. Bubuh sedikit serbuk ladah hitam.
Ads
Masukkan pula kacang bendi dan terung, kacau lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Semak masam, masin dan pedasnya agak seimbang. Tambah air lagi jika kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan keinginan masing-masing.
Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah. Makan dengan nasi panas, memang dah tak payah lauk lain dah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Jom semak resipi ikan cencaru sumbat kelapa yang gerenti enak ni dari Puan June Ahmad. Katanya, ” Dah sumbat inti penuh-penuh tak payah nak lilit benang berbagai, curah aje telor kat sepanjang inti, kat pipi ikan sekali. Bila goreng inti tak keluar.”
CENCARU SUMBAT KELAPA @ NYOK
.
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ikan | saiz sederhana besar
8 sudu besar kelapa parut putih -beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
.
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.
7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Kalau dah rasa kari mamak yang sedap memang boleh buat kita ketagih. Itu sebabnya ramai yang ke sini hampir setiap minggu.
Jika dah begini elok juga kalau belajar buat sendiri. Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Tip masak kari mamak sedap, letak beras sangai
Santan digantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak.
Cara buat kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yang sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari.
3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan.
4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air.
5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan.
6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!
Petai, masak sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba. Memang terangkat bila rasa.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.