Ayam goreng bawang putih ini memang tular dan telah ramai yang berkongsikan resipi cara membuatnya. Resipi mudah, namun hasilnya memang sama sekali tidak mengecewakan. Kalau ada yang tak ada idea untuk menu bersahur atau berbuka, boleh cuba ayam goreng ini.
Penggunaan banyak bawang putih ketika menggoreng itulah yang menyebabkan rasa ayam goreng ini lebih sedap dan memberikan aroma yang wangi. Rasanya rangup di luar lembut dan berjus di dalam. Beberapa ulas bawang putih masih berkulit yang dimasukkan ketika digoreng juga memang sedap dimakan.
Kali ini, kita ikuti pula cara membuat ayam goreng viral ini yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Memang menarik. Makan begitu saja pun dah sedap. Jom kita cuba.
Sup ayam memang banyak versinya, tapi kali ini jom cuba sup ayam tomato. Kuahnya ada rasa masam-masam manis semula jadi daripada tomato, ditambah pula aroma bawang tumis dan halia memang cukup menyelerakan.
Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan seisi keluarga, malah jadi “comfort food” bila badan rasa tak sedap. Hirup panas-panas, memang lega tekak dan segar rasa badan. Warna sup pula jadi sedikit oren kerana tumisan tomato, tapi jangan risau, rasanya tetap sedap.
Resipi Sup Ayam Tomato
Bahan-bahan
7–8 ketul ayam (saiz kecil)
3 mangkuk air
1 biji tomato (untuk tumisan)
1 biji tomato lagi (untuk kuah)
1 batang carrot / kentang (jika suka)
4–5 sudu besar jus limau nipis/kasturi
Daun sup secukupnya
Cili api ikut tahap pedas
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Tumis
1 biji bawang merah kecil – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
2 inci halia – hiris nipis
1 akar daun sup
Rempah empat sekawan
Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan bersama tomato hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan.
3. Tuang 3 mangkuk air, biarkan mendidih.Masukkan carrot atau kentang jika suka.
4. Apabila sup mendidih, tambah lagi sebiji tomato.
5. Masukkan jus limau nipis/kasturi, ikut tahap masam yang diinginkan.
6. Masukkan daun sup dan cili api, biarkan sup terus mendidih hingga ayam empuk.
7. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.
TIP
Jika ada kiub pati ayam di rumah, boleh juga ditambah untuk rasa lebih berlemak.
Taburkan bawang goreng sebelum hidang, aroma dia memang naik!
Makan sup ayam tomato panas-panas dengan nasi putih, memang puas hati. Hirup kuahnya saja pun dah cukup sedap.
Sekiranya anda teringin makan makanan Korea, boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu ke kedai lagi. Asalkan ada bahan yang cukup, semuanya jadi. Kami kongsikan lima resipi makanan Korea untuk anda.
1. RESIPI JJAJANGMYEON
BAHAN KUAH ALA BLACKBEAN:
3 sudu gula putih
3 sudu besar taucu
Air setengah cawan
1 sudu besar tepung gandum
Kicap lemak manis
CARA PENYEDIAAN PES BLACKBEAN:
Mula-mula, buat karamel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
Kemudian, 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gndum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lebih bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau hingga sebatu.
Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.
Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
BAHAN-BAHAN JJAJANGMYEON:
Daging ayam
TImun
Kentang
Bawang holland
Pes blackbean
Bancuhan tepung jadung
Garam
Kicap pekat
Serbuk lada hitam
Mi lidi atau mi kuning
CARA PENYEDIAAN JJAJANGMYEON:
Sediakan daging ayam, timun, kentang dan bawang holland. Semua bahan dipotong dadu.
Tumiskan semua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
Kemudian, masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
Tuang sedikit air untuk kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Boleh letak sedikit gara, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk menambah rasa.
Mi pula saya gunakan jenis mi lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda juga boleh gunakan mi kuning biasa.
Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya. Hiaskan dengan hirisan timun.
Sedia untuk dimakan. Jangan lupa kacau dahulu mi tersebut sebelum makan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
2. RESIPI RABOKKI
BAHAN-BAHAN:
1 paket ramen samyang (saya guna yang plastik hitam)
1 sudu besar gochujang (beli di Shopee jenama Ommason)
1 sudu besar gochugaru (beli di Shopee jenama Ommason)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit kicap (jika mahu)
4-5 ketul kuih beras Korea (rice cake) – boleh beli di AEON Big/Hero ada yang halal
1 keping fishcake
2 batang sosej (guna sosej yang ada cheese lebih sedap)
Kobis
1 biji telur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan air, gochujang, gochugaru, bawang putih, kicap, rencah sos ramen ke dalam periuk.
Masukkan fishcake, sosej, kobis, ramen dan rice cake. Masak sehingga mendidih.
Biarkan sehingga pekat, masukkan sebiji telur. Tutup api.
Akhir sekali, taburkan rumpai laut. Beli yang big bang punya. Letak lagi banyak lagi sedap.
Anda boleh juga letak sekeping cheese di atas jika suka cheese. Sedap dimakan panas-panas.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
3. RESIPI DAGING BULGOGI
BAHAN-BAHAN:
400- 500 gram daging
Daun kucai (dihiris)
Bawang (dihiris)
Lobak merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
2 sudu minyak bijan
1 sudu bijan
BAHAN PERAP:
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar minyak bijan
8 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun
2 sudu kecil bawang putih cincang
2 sudu kecil halia cincang
1 buah pir yang telah diparut
1/2 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
Biarkan daging diperap seketika selama satu malam atau satu jam.
Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit bersama sayur. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
Anda boleh juga masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
Siap!
Kredit resipi & foto: Steak and Teeth
4. RESIPI JAPCHAE
BAHAN-BAHAN:
Soon Korea/soon Malaysia pun boleh (rebus sebentar)
Daging
4 ulas bawang putih 4
Lobak merah
Bayam
Cili benggala merah
Daung bawang
Bawang holland
Cendawan shitake
Kicap cair
Brown sugar
Minyak masak
Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN:
Perap daging dengan brown sugar, bawang holand dan kicap. Ketepikan dahulu.
Kemudian, tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak dan minyak zaitun.
Masukkan daging yang diperap dan masukkan sayur.
Bila sayur dah agak layu, masukkan soon.
Siap! Hiaskan dengan bijan tabur.
Kredit resipi & foto: Iesya Abu Hasan
5. RESIPI TTEOKBOKKI/TOPOKKI
BAHAN-BAHAN RICE CAKE:
400 gram tepung pulut
3 sudu tepung beras
Sedikit garam
Sedikit minyak
Air
CARA PENYEDIAAN:
Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
Buat panjang-panjang dan rebus.
Angkat dan rendam dalam air sejuk sebelum potong pendek-pendek.
BAHAN-BAHAN SOS:
3 ulas bawang putih (cincang halus)
3 sudu besar Gochujang
3 sudu besar sos cili
2 sudu teh gula
1 sudu madu
1 sudu serbuk cili
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
2 gelas air (untuk kuah)
Bijan
Daun bawang
Sosej
Crab stick
Fish cake
Mi ramen/maggi
Cendawan enoki
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan sos Gochujang bersama sos cili, serbuk cili, bawang, gula dan madu. Gaul hingga sebati.
Kemudian, panaskan air dan masukkan kiub ikan bilis. Campurkan juga pes yang telah digaul sebati tadi.
Bila sudah mendidih, masukkan sosej, crab stick, fish cake.
Masukkan gula, garam dan cuku sedikit jika tidak cukup masam.
Selepas itu, masukkan rice cake dan cendawan enoki sebelum api ditutup.
Hiaskan dengan telur, daun bawang dan bijan. Jika mahu dimakan bersama ramen, letak ramen di dalam mangkuk anda.
Kredit resipi & foto: Siti Faizah Mohamad Nawi
Jika anda sedang mencari RICE COOKER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Makanan western paling popular di sediakan bila berada di restoran mahupun di gerai jer. Nak lagi sedap apa kata buat sendiri lagi puas hati habis berpuluh ringgit tapi boleh ulang makan berkali-kali. Memang best!
Resipi Chicken Chop Homemade
BAHAN-BAHAN:
Ayam peha
1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras
1 sudu teh serbuk cili atau paprika
( semua digaulkan sekali )
CARA MEMASAK:
Ayam digaulkan dengan garam kemudian celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream
Celupkan kedalam tepung, celupkan pula ke dalam telur kemudian celupkan ke dalam tepung sekali lagi.
Dan terus goreng..
Sos Lada Hitam
1 sudu besar Butter dipanaskan
1 sudu Tepung Gandum dimasukan kedalam butter
1/2 cawan susu cair
Sedikit air
1 Sudu biji Lada Hitam di hancurkan/blend
1 sudu sos cili
1 sudu serbuk Brown Sauce @ glaze
1 @ 2 sudu kicap pekat
Masak sehingga pekat dan tambahkan air jika perlu
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.