
Ayam goreng ada macam-macam cara menyediakannya tapi ayam goreng yang dibuat oleh mak tentulah yang paling sedap.
Biasanya adik beradik akan berebut makan. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin, resipi ayam goreng berikut adalah daripada seorang ibu anak yang ramai dengan bajet sederhana.
Ayam dipotong kecil bukan saja agar lebih sedap tapi juga supaya semua dapat merasa.
Resipi ayam goreng berebut makan

Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa ulas bawang merah India – dihiris
Cara membuat
1. Gaulkan ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap sekejap pun dah cukup.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
3. Masukkan ayam, goreng hingga garing dan keemasan.
4. Angkat bersama daun kari dan bawang. Siap untuk dihidang!

Tip Ekstra: Kalau suka lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau hirisan cili padi ketika menggaul ayam.
Kredit resipi & foto: Khairul Hakimin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Usaha Murni Datuk Chef Mohd Farid Alwi… Buka Kolej MFA Untuk Anak Asnaf.

Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.

Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.

Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.

“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.

Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.

Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “ cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.

Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .

“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.

Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH

BAHAN -BAHAN :
- 1 keping ikan salmon
- 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
- 1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
- Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
- Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
- Letakkan avocado smash di atas ikan.
- Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Anggaran kos : RM 30.90
Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

Nasi butter, sup dan ayam goreng yang dijual di KFC memang nampak simple tetapi serba serbi cukup rasanya. Satu hidangan lengkap yang disukai oleh semua golongan. Jika anda teringin untuk menikmatinya, jom kita cuba buat sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsi oleh Syue Haida. Selamat mencuba!
RESIPI NASI BUTTER + AYAM GORENG + SUP ALA KFC

BAHAN-BAHAN NASI BUTTER (Untuk 5 orang makan)
- 4 cawan beras
- 4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus-halus)
- 1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis-nipis)
- 125g butter
- Halia (ketuk biar pecah sikit)
- 1 cawan freshmilk (apa-apa brand janji full cream)
- 1 kiub pati ayam maggie
- Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kuali. Masukkan butter, tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah, tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan fresh milk, kacau sekejap dalam 2 minit.
4. Masukkan beras yang dah dibasuh, selepas itu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu tadi. Macam saya beras 4 cawan, air 4 cawan + 1 cawan susu. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang anda guna. Sukat macam masak nasi biasa la, cuma air tu kena + dengan susu skali) sebab dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air.

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG ALA KFC
- 10 ketul ayam
- 1 cawan tepung bestari original
- 1 cawan tepung bestari spicy

– Saya tak letak telur, tak letak tepung-tepung lain tapi macam ni pun dah memang sedap.
– Kalau ada anak bawah daripada 3 tahun, memang tak makan pedas better guna tepung original sahaja ya. Campuran tepung ni sesuai untuk dewasa sebab ayam akan rasa macam ayam KFC spicy.

CARA PENYEDIAAN:
1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi. Masukkan dalam ayam, gaulkan sekali biarkan sebati. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam. Nak lagi sedap perap lama lagi.
2. Dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi. Gaulkan dengan tepung campuran tadi. Salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Goreng dengan api yang sederhana ya.

BAHAN-BAHAN SUP CHICKEN MEATBALL
- Leher/kaki ayam potong kecil-kecil
- 10 biji chicken meatball
- Daun sup
- 1 kiub pati ayam
- Halia (ketuk)
- Bawang putih
- 3 cawan air
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia dan leher/kaki ayam yang dah dipotong kecil-kecil, biarkan sekejap.
2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air. Biarkan sampai masak.
3. Masukkan garam dan daun sup.

Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: SYUE HAIDA
ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:
Resipi & Tip Buat Tart Nenas Bebola Naga Yang Lembut & Gebu

Bila buat tart nenas, semua orang inginkan tart nenas yang lembut dan gebu serta cair di mulut!
Tapi apa rahsianya untuk jadikan tart nenas yang lembut dan gebu? Tip yang dikongsi Mohd Fitri Khairudin untuk resipi tart nenas bebola naga.
TIP:
1. Rahsia saya ialah minyak sapi – insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza – tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair di mulut! Begitu juga dengan susu pekat – Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembabpan (moist) kepada tart anda.
2. Tepung jagung dalam 20gm dan tepung kastard dalam 20gm (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang.
3. Tart paling elok guna mentega berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain.
4. Cara bakar juga amat penting: Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain.
5. Resipi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti Insya-Allah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. Insya-Allah.
6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.
TART NENAS BOLA NAGA

BAHAN-BAHAN:
(boleh dapat 100 biji tart)
250gm mentega – beli online di sini
30gm minyak sapi – beli online di sini
40gm susu pekat manis – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
450gm tepung gandum – beli online di sini
20gm tepung kastard – beli online di sini
20gm tepung jagung – beli online di sini
TONTON Kombinasi Rasa Yang Sangat Ngam | Makan Di Mana
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
CARA BUAT:
1. Masukkan mentega, minyak sapi, susu pekat manis, kuning telur dan esen vanilla dalam satu bekas. Gaul hingga semuanya sebati secara lembut, tapi jangan bagi kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung yang telah diayak. Gaul-gaul lagi bagi sebati.
3. Bila adunan dah mula berketul, mula uli dengan menggunakan tangan untuk sebatikan adunan.
4. Pastikan adunan tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

5. Sementara itu, bulat-bulatkan jem nenas 5gm setiap satu. Kemudian, timbang doh 8gm setiap biji bebola tart.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Gentelkan dan tekan sedikit di tengah, letakkan jem nenas dan balut kembali. Bulatkan dengan kemas.
7. Bila dah siap semuanya, sapu bebola tart dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air.

8. Masukkan dalam ketuhar. Bakar untuk kali pertama dengan suhu 170C selama 24 minit di rak tengah.
9. Kemudian, keluarkan semula dan sapu kuning telur sekali lagi.
10. Masukkan dalam ketuhar sekali lagi. Bakar buat kali kedua dengan suhu 100C selama 5 minit di rak paling atas.

Kredit resipi: Mohd Fitri Khairudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rasa Sedikit Kenyal & Lemak Manis, Mudah Je Nak Buat Kuih Alwa
Kena Kacau Lama-Lama, Baru Cantik Berkilat Khanom Pheak Phun
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

