
Asal sebut menu Korea ramai remaja suka, apa kata mak-mak cuba menu ayam ala-ala korea yang kononnya di jadi kegilaan ramai remaja. Menunya senang dan kalau buat gerenti habis Silap-silap boleh buat bisnes. Tapi kalau remaja buat sendiri lagi baguskan.

AYAM GORENG ALA KOREA
BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
- 300gm drumet ayam | cuci bersih dan tos
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan tepung jagung
- Minyak masak untuk menggoreng dana menumis
BAHAN TUMISAN:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 bawang besar | dadu halus
- 2 sudu makan chili flakes
- 1 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ayam yang telah diperapkan bersama bahan perapan hingga garing.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes.
4. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan air asam Jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mudah & Sedap, Pasta Pesto Merah Untuk Anak-Anak

Kalau anda biasa masak spaghetti Bolognese, apa kata kali ini cuba resipi Pasta Pesto Merah yang sangat sedap dan mudah.
Resipi yang dikongsi Kamarul Ariffin Nor Sadan, ini sangat sesuai untuk dihidangkan buat anak-anak di rumah bagi menggantikan nasi.
PASTA PESTO MERAH (TOMATO KERING)

BAHAN-BAHAN: (2 ORANG MAKAN)
1 mangkuk tomato ceri
1 sudu besar daun parsli kering
1 sudu besar daun basil kering
1 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu minyak masak – beli online di sini
½ cekak spaghetti
3 sudu keju parmesan
Garam secukup rasa
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
CARA MASAK:
1. Tomato ceri ni lebih manis dan ada cara untuk buat dia untuk jadi lebih sedap untuk masakan, iaitu keringkan atau jemur dia. Kalau jemur bawah matahari, perlu 4-5 hari. Jadi, kita keringkan guna oven atau air fryer.

2. Seperti biasa, kita perlukan daun parsli dan daun basil. Boleh guna daun segar atau daun kering. Kalau nak letak daun thyme dan rosemary pun boleh.

3. Belah tomato, taburkan daun herba pilihan kalian, garam, serbuk lada hitam, bawang putih (ditumbuk) dan minyak zaitun. Nak pakai minyak sawit pun tak apa. Gaul sampai rata.

4. Saya panaskan air-fryer ni dulu, 200° C selama 5-10 minit. Dah panas, alas dulang dengan baking paper. Susun tomato bahagian dalamnya (biji) menghadap ke atas. Biar bahagian dalam kering dulu.

5. Set suhu 120°C , masa 30 minit. Kalau gunakan oven, set suhu dan masa yang lebih kurang juga.
6. Ting! 30 minit tamat! Belum siap lagi tau. Tomato ni belum cukup kering. Kita kena terbalikkan tomato ni, dan set semula 120°C untuk 30 minit. Sambung panaskan dia lagi!

7. Nanti jadi macam ini. Kalian periksa dulu tomato kalian, dia sepatutnya tak terlalu basah dan lembut. Ia kena kering. Jika tak kering, terbalikkan semula dan panaskan lagi 15-30 minit.
8. Ini saya dah panaskan sampai dia kering. Kejadian dia dah hampir macam kismis. Luar kering, dalam basah sedikit. Perlu jadi sampai begitu, baru rasa tomato ni jadi sedap. Kalau malas, beli “sun-dried tomato”

9. Kalau belum nak gunakan, tomato dah dikeringkan ni biasanya orang simpan dalam bekas berisi minyak. Kalau nak simpan dalam plastik kedap udara (vacuum sealed) pun boleh.

10. Letak minyak sampai paras tomato tenggelam sahaja. Tomato kering ni boleh guna buat pesto merah, buat salad, buat letak dalam sandwic dan sebagainya. Ratah pun boleh. Sedap tau!

11. Oleh kerana hari ni nak buat pasta pesto merah, kita sediakan spageti dan kejujuran parmesan. Kalau buat pasta, guna keju parmesan baru lazat, sebab dia ada rasa masin dan bau menyengat.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
12. Kemudian kita sediakan dapur dan peralatan. Satu periuk, satu kuali leper.
13. Rebus spageti sehingga al-dente, maksudnya sampai lembut tapi ada sedikit kenyal. Jangan rebus sampai betul-betul lembut. Kalau terlebih lembut, dah tak boleh dibaiki.

14. Sementara tu, kita buat pesto merah. Masukkan tomato kering, sesudu minyak tomato, seulas bawang putih, serbuk lada hitam, garam, daun parsli. Kalau nak pedas, letak empangan cili.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

15. Kemudian letak keju parmesan supaya pesto ni berlemak! Jangan letak banyak sangat, sebab keju parmesan ni masin. Biar tak cukup, boleh tambah lagi kemudian. Kalau terlebih, masin jadinya.

16. Pesto biasanya ada letak kacang pine, tapi biasanya saya tukarkan kepada badam atau kacang tanah sahaja. Kalau tak nak letak pun tak apa, tapi nanti kurang “nutty” rasa pesto kita.
17. Tumbuk sampai lumat! Ni saya tambah sedikit pes tomato sebab pesto saya macam kurang masam. Tomato ceri saya tadi kurang masam, lebih kepada manis sahaja.
18. Spageti kita dah al-dente, toskan dan pindahkan ke dalam kuali leper. Jangan dibuang semua air rebusan spageti tadi, kita mungkin akan gunakan sedikit.
19. Letak pesto yang kita dah buat tadi, dan gaulkan sehingga sebati.

20. Kalau pesto tadi pekat sangat sehingga sukar nak gaul, atau spageti kita masih kental, maka ambil air rebusan spageti kita satu senduk.
21. Letak ke dalam kuali leper. Letak lah secukupnya. Sampai ramuan pesto boleh sebati dengan spageti dan spageti tu tak terlalu kental. Saya biasa gaul gunakan penyepit(thong).

22. Siap! Walaupun tak ada ayam atau daging, spageti ni tetap sedap. Kenapa? Sebab, tomato kering (dried tomato) tu ada rasa umami yang kuat, sebab ia mengandungi banyak glutamat semulajadi.

Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ikan Siakap Sos Thai Paling Senang Nak Buat Tapi Power. Makan Dengan Nasi Panas, Perghhhh!

Apabila bercakap bab masak ni, memang orang selalunya nak masak yang senang-senang saja. Walaupun senang tapi cita rasa mesti nak sedap. Nah! Kali ni RASA kongsikan resipi ikan siakap yang dimasak sos Thai gerenti sedap. Lebih istimewa, resipi ini adalah daripada Pengasas Syeedap Thai Food Putrajaya, Liza Idris. Haaaa resipi restoran tau!
Dah, jom buat. Min kongsi langkah demi langkah tau. Periuk nasi jangan lupa tekan. Kang ikan dah masak, beras masih bergenang air lagi.
IKAN SIAKAP SOS THAI

Langkah 1: Lumur ikan siakap dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

Langkah 2: Panaskan minyak masak dan goreng garing. Angkat ikan siakap dan ketepikan dulu.

BAHAN MENUMIS
1 biji bawang holand (jika besar guna sebelah saja)
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji cili besar
5 @ 10 biji cili padi.
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar.
(Semua bahan dihiris nipis)
BAHAN SOS
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 inci belacan
Sedikit gula kabung atau gula biasa
1 biji limau kasturi

BAHAN CENCANG
Langkah 3: Cencangkan bawang holand, bawang putih, serai, cili besar, cili padi dan daun limau purut.

Langkah 4: Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan yang dicencang tadi. Kacau sehingga layu.

Langkah 5: masukkan 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati.

Langkah 6: Masukkan belacan.

Langkah 7: Letak sos cili, sos tiram dan sos ikan.

Langkah 8: Masukkan gula kabung. Kacau sampai pecah minyak.

Langkah 9: Masukkan 1 cawan air.

Langkah 10: Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Kacau sebati.

Langkah 11: Tabur daun ketumbar. Siap!

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Facebook Liza Idris
Anda mesti suka entri yang ini juga.
SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/
KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/
OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/
ASBAB PKP, IBU ANAK 5 NI JADI BAKER
https://www.rasa.my/pkp-punya-pasal-ibu-anak-5-ini-jadi-baker-selepas-setahun-belajar-buat-roti-secara-pjj/
Tomyam Ayam Cendawan Tanpa Pes. Sedap. Ni Cara Masaknya.

Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes tomyam pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam
- 2-3 ulas bawang putih – diketuk
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun limau purut
- 4 sudu makan sos cili
- 200gm bunga kobis
- 100gm cendawan
- 1 tangkai daun ketumbar
- 2-3 akar ketumbar – dibersihkan
- 2-3 batang baby corn
- 1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
- 3-4 biji cili padi
- 5-6 biji tomato ceri
- Gula dan garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
- Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
- Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
- Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
- Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
- Tabur daun ketumbar dan angkat tomyam.
- Sedia untuk dinikmati.


