Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang holland-dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
1 sudu besar taucu
1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
Ads
INFO:
Ads
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Jeruk cili muda ni kalau dimakan dengan aneka mi goreng sebagai penyedap rasa. Jika anda ingin mencuba, berikut resipi dikongsikan. Bukan hanya jimat kerana buat sendiri, tapi anda boleh hasilkan cili jeruk yang rangup, cukup rasa masam, masin dan sedikit manisnya. Anda boleh buat lebih dan ia tahan lama, bila-bila teringin dah ada depan mata, tinggal makan je.
JERUK CILI MUDA BAHAN-BAHAN:
250 gram cili hijau muda
1 cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk masak cili
1 sudu teh kapur makan
CARA MEMBUAT:
Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yang seragam .
Lepas siap masukkan dalam bekas, ketepikan.
Larutkan kapur makan dalam air. rendamkan cili selama 1 – 2 jam di dalamnya, kemudian toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur (fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun sudah lama) .
Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api.
Masukan cili potong tadi, kacau rata dalam masa 20 – 30 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti cili lembik .
Terus tos cili . Isikan dalam bekas kaca yang telah dibasuh dengan air panas .
Panaskan sekejap cuka gula garam dengan api kecil. Tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar larutkan semua bahan .
Tutup api, teruskan masuk dalam botol kaca yg mengandungi cili potong tadi .
Biarkan 45 minit, cili jeruk sudah sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan, simpan dlm peti sejuk & cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.
Jangan letakan di luar untuk elakkannya berkulat kerana kita tak guna pengawet .
Sos pencicah thai merupakan antara sos yang digemari ramai. Rasanya yang masam manis memang sedap apatah lagi jika dimakan bersama keropok lekor. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sos thai sendiri. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Nurul Mansor. Menariknya, resipi ini tida menggunakan banyak bahan. Jom cuba!
SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili besar
Segenggam cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang putih
Secawan gula
Secawan cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung ubi
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi.
4. Siap!
TIPS:
Gunakan hanya 1 sudu tepung ubi. Air boleh letak berapa banyak yang anda mahu, janji sebati. Jangan masuk serbuk tepung selepas sos masak, nanti ia akan berketul.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!