Ayam Masak Masala memang sedap kalau makan dengan nasi. Resipi ini tidak menggunakan bahan rempah yang banyak. Sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Boleh cuba nanti untuk lauk makan malam atau tengah hari.

AYAM MASAK MASALA

Ayam Masak Masala, Tak Guna Rempah Banyak Memang Mudah Nak Buat!

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam sebelah (potong kecil)
  • 3 ulas bawang merah (kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 2 tangkai daun kari (buang tangkai)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit kicap manis (untuk warna kelihatan gelap sedikit)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Cuci ayam bersih-bersih dan perap sekejap (dalam 10minit) bersama sedikit garam
  2. Selepas itu goreng sehingga masak.
  3. Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar.
  4. Tumis sehingga naik minyak baru masukkan serbuk cili & serbuk kari.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Serta masukkan sedikit kicap manis.
  7. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan ayam yang sudah digoreng.
  9. Kemudian kacau sampai sebati.
  10. Akhir sekali masukkan daun kari & tomato.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: juenie kosmetik

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Kari Ikan Tongkol, Makan Dengan Nasi Atau Roti Ngam Sangat!

Resipi Daging Goreng Kentang. Menu Mudah, Sedap & Cepat Masak

Ads

Resipi Pulut Panggang Inti Ikan. Sajian Enak, Sesuai Untuk Minum Petang

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

https://youtu.be/9qo7O8goISQ

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI