Masakan berasaskan ayam memang menjadi kesukaan ramai. Ayam masak merah bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih malah lebih berselera dimakan dengan nasi tomato.

Bahan-bahan:
Ayam (potong 14)
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Minyak masak secukupnya
5 senduk lada mesin
2 sudu makan sos tomato
1 biji tomato (kisar)
3 inci halia (kisar)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar Holland (2 biji) – dihiris
1 cawan air putih
Garam dan gula (secukupnya)
Gula pasir (secukupnya)

Ads

Hiasan
-daun sup/daun bawang/kacang hijau tin

Cara memasak:

1. Cuci ayam bersih-bersih, lumurkan dengan kunyit dan  garam(panaskan minyak dan goreng ayam).Jangan garing sangat , nanti ayam keras.

2.Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam dua senduk bawang merah, putih dan halia…. Tumis sampai colour kuning-kuning sikit.

3.Masukkan lada mesin.Kacau sampai terbit minyak masukkan sos tomato,tomato kisar.

Ads

4.Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).

5.Bila dah terbit minyak masukkan, garam,gula dan masukkan ayam.Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris..

6.Tutup api dan  taburkan bahan-bahan untuk hiasan.

Ads

Resipi Singgang Ikan Patin & Sukun Gulung, Memukau Selera .

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI