Ayam masak merah ini taklah susah sangat nak memasaknya. Boleh dimakan dengan nasi putih atau boleh juga dimasak nasi minyak dan sebagainya untuk digandingkan bersama.
Yang penting, menu ini sesuai untuk dijadikan hidangan rumah terbuka memandangkan semua menggemarinya termasuk anak-anak.
Resipi yang dikongsikan oleh Encik Nazri Mat Zainatau Chef Papa ini adalah untuk 5 ekor ayam. Ha..sesuailah untuk yang sedang berkira-kira nak buat rumah terbuka.
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam. Jangan terlalu garing ye. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar bahan-bahan untuk kisar dan cili kering yang dah direbus. Ketepikan.
Gunakan minyak yang kita goreng ayam tadi, tumis bahan kisar hingga pecah minyak bersama dengan 4 sekawan (kayu Manis, Bunga lawang, Bunga cengkih dan buah pelaga).
Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak lagi.
Bila dah pecah minyak, masukkan tomato puri 1 tin, tomato soup 1 tin dan cili sos 1 tin ( saja saya bagi sukatan dengan tin supaya senang nak buat nanti gunakan tin tomato puri pun tak apa).
Masak lagi hingga pecah minyak.
Ads
Masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan susu cair 1 tin dan ayam yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan biarkan mereneh sekejap supaya ayam tu mesra bersama kuah.
Masukkan bahan-bahan sampingan bawang besar dan daun sup serta daun bawang yang dipotong-potong.
Akhir sekali, masukkan kacang peas dan kacau sebentar. Angkat. Dah siap Ayam Masak Merah style Chef Papa. Selamat mencuba.
Ayam buttermilk ini antara lauk yang mudah dibuat dan anak-anak pun suka. Tapi nak dapatkan rasa yang lebih sedap sampai kuahnya licin dikaup boleh guna tip yang dikongsi oleh Ila Najwa.
Menggunakan sedikit jus, ujarnya hasil ayam buttermilk ini akan jadi cukup rasa dan confirm akan ada permintaan untuk buat lauk ini lagi.
Tip masak ayam buttermilk rasa lagi sedap
Bahan-bahan
-Ayam bahagian dada- dipotong kecil
-Tepung serba guna -apa jua jenama untuk salutan
-Mentega
-Bawang putih -dicincang
-Cili api -dicincang
-Daun kari
-Susu cair
-Sedikit jus lemon
Cara membuat:
1. Gaul ayam yang dipotong tadi dengan tepung serba guna. Boleh juga gaul sekali dengan kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega secukupnya untuk menumis.
4. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan tumis hingga garing. Selepas itu baru masukkan cili api dan daun kari.
5. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam yang digoreng tadi. Ada yang buat kuah dulu baru masukkan ayam. Tapi cara saya masukkan ayam dulu.
6. Seterusnya masukkan susu cair. Kuantiti terpulang, jika nak kuah banyak lebihkan susu dan sebaliknya. Tapi kuah banyak baru sedap.
7. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Sikit saja ya. Inilah tip supaya ayam buttermilk makin sedap. Kuahnya ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Kemudian kacau dan boleh tutup api.
Teringin nak makan ayam kurma tapi santan pula tiada kat dapur. Kalau begini boleh buat versi tanpa santan. Tak berlemak tapi tetap sedap kerana bahan rempah yang ada.
Menu ini juga sesuai untuk ibu yang dalam pantang. Cara membuat dikongsi oleh Nurasykin Ali melalui Facebook Resepi Ibu Berpantang.
Resipi ayam masak kurma tanpa santan
Bahan – bahan:
1/2 ekor ayam (boleh guna ayam kampung atau ayam organik untuk ibu dalam pantang)
Rempah kurma (1 pek kecil)
4 sekawan :
• 3 biji pelaga
• 1 batag kayu manis
• 1 bunga lawang
• 2 cengkih
Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecik pes asam Jawa
Bahan lain
1 biji ubi kentang -potong 6
Tomato -potong 6
1 tangkai cili merah
Bawang besar -belah 4
Cara membuat:
1. Masukkan minyak 3 sudu. Tumis 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masuk bahan ditumbuk dan daun kari. Tumis lagi sampai wangi.
2. Kecilkan api. Masukkan rempah kacau jangan bagi hangit. Masukkan ayam. Jika kering sangat tambah sedikit air.
3. Kacau sampai ayam kecut. Masukkan air satu cawan dan juga asam jawa.
4. Masukkan kentang, tutup periuk dan biar ayam rempah dan kentang semua direneh dengan api sederhana.
5. Bila sudah mendidih dan nampak semua sebati sedap perasakan dengan garam dan sedikit gula. Boleh juga sedikit kiub ayam.
6. Akhirnya sekali masukkan bawang besar yang dibelah supaya kuah rasa manis, tomato dan cili merah. Besarkan api dan selepas mendidih boleh tutup api. Siap!
Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN :
2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
2 cawan cornflakes – dihancurkan – beli online DI SINI
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.