
Asyik makan lauk pauk biasa, jom memanggang pulak. Guna oven lagi senang. Ni resipi Ayam Panggang Berkim , bahan perap kena betul rempah ratus dan bahannya , barulah sedap ayam panggang tu.
Perap lama baru sebati meresap masukya ke dalam isi ayam.
Ni ada versi yang berkirm, guna santan boleh atau susu krim sejat @evaporate. Cubalah resipi dari Joha Hassan ni, tengok rupa pun dah tahu sedap.
CREAMY GRILLED CHICKEN @ AYAM PANGGANG BERKRIM

BAHAN-BAHAN :
5 keping peha ayam | di kelar di gaulkan dengan bahan yang di kisar ini
Bahan dikisar :
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
6 biji cili api
*Bahan-bahan di atas dikisar halus dan gaul pada ayam

1 kiub ikan bilis
2 batang serai | dititik
200ml santan pekat, atau susu evaporated milk
6 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak di kuali, letakkan serai yang di titik. Kemudian letakkan ayam yang sudah di perap sebentar tadi.
2. Masukkan air 1/2 cawan dan biarkan ayam nya masak.
3. Letakkan 1 kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Bila semua sebati, angkat ayam nya dan panggang, bakar di atas kuali rata, tanpa minyak.
5. Panggang di oven pun boleh, @160C selama 15 mins.

6. Sesudah itu angkat, letakkan pada lauk tadi, letakkan santan pekat, daun limau purut dan gaulkan rata. Masak selama 10 mins lagi supaya ayam nya meresap kuah lemak. 7. Sajikan panas2 bersama nasi putih dan sambal belacan.
Kredit Resipi: Joha Hassan
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mudah Ayam Goreng Kentucky Aroma. Rangup, Enak & Jimat!

Ayam goreng pastinya menjadi kegemaran serta pilihan ramai terutamanya anak-anak. Tetapi jika buat sendiri secara ‘homemade’, ada kalanya hasil tidak secantik ayam goreng yang dibeli di restoran makanan segera tu.
Kini, anda boleh hasilkan hidangan ayam goreng sama seperti yang dibeli di restoran. Macam mana? Ha..Gunalah Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA! Mudah, enak malah lebih jimat!
AYAM GORENG KENTUCKY AROMA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam
- 60gm Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas )AROMA
- 120ml air
CARA MEMASAK:
- Masukkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas ) AROMA dan air ke dalam mangkuk. Bancuh hingga sebati.
- Masukkan ayam dan gaul rata.
- Perap ayam selama 30 minit.
- Ambil ayam yang telah diperap tadi, gaul dalam Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas )AROMA hingga sekata.
- Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak dan goreng ayam pada suhu 160C sehingga masak dan kuning keemasan.
- Sedia untuk dinikmati!
JOM DAPATKAN TEPUNG AROMA PERCUMA!
Anda juga boleh mendapatkan Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura AROMA ini di FESTIVAL HALAL SELANGOR 2017!

Festival yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini diadakan untuk mempromosikan logo halal Selangor dan premis atau syarikat yang berjaya diberikan pensijilan halal. Terdapat hampir 156 gerai jualan dibuka termasuk kira-kira 30 ‘food truck’ yang diadakan sepanjang festival itu berlangsung. Memang best kalau bawa keluarga dan anak-anak datang ke sini.
Bila dah datang, jangan lupa untuk terjah booth bernombor 118 & 119 kerana produk-produk AROMA ada dekat sini! Memang rugi sangat kalau tak singgah. Terdapat banyak tawaran hebat serta aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan kepada para pengunjung!
APA YANG MENARIK TU???
- PERCUMA Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky kepada 30 pelanggan pertama booth AROMA pada setiap hari.
- HARGA DISKAUN untuk produk-produk tepung AROMA yang ternyata lebih murah dari harga pasaran.
- SAMPLE MAKANAN PERCUMA Tanpa Henti yang dimasak menggunakan 4 jenis tepung AROMA.
- DEMONSTRASI MASAKAN oleh Chef Andri pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 4-6 petang.
Ha…Inilah masanya untuk anda nikmati sendiri keasyikan serta keenakan produk-produk AROMA ini. Malah boleh juga beli dengan harga lebih murah! Memang sangat berbaloi. Percayalah, anda pasti akan menggemarinya. Jangan lupa datang beramai-ramai ya!
AROMA, JENAMA TEPUNG GORENG RANGUP SERBAGUNA PILIHAN NO 1 RAKYAT MALAYSIA
AROMA adalah jenama tepung goreng rangup serbaguna terulung di Malaysia dan mula menguasai pasaran bermula pada tahun 2001. Ia merupakan produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh syarikat Industri Makanan Jati dan diasaskan oleh Encik Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek. Beroperasi sepenuhnya di Shah Alam, Selangor, AROMA adalah jenama tepung gorengan serbaguna yang menjadi pilihan serta kegemaran para suri rumah dan pengusaha-pengusaha makanan di seluruh Malaysia.

Sejak ditubuhkan, AROMA sangat komited dan memberikan fokus yang sangat mendalam bagi membangunkan produk-produk terbaik dari segi kualiti, rasa serta kepuasan kepada para pelanggan. Setelah bertapak selama 16 tahun dalam industri, kini AROMA terus berdiri gah mengembangkan empayar produk-produk terbaik mereka dengan mempunyai perniagaan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuklah negara-negara luar seperti Brunei, Indonesia dan Hong Kong.
RANGKAIAN PRODUK
Mahir dalam memenuhi kehendak dan kemahuan para pengguna, setiap produk AROMA dihasilkan dari bahan-bahan mentah berkualiti serta mempunyai sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bagi memastikan kehendak serta kepuasan para pengguna dapat dicapai serta para pengguna dapat menggunakan produk-produk ini dengan lebih yakin dan tanpa rasa was-was.

AROMA menghasilkan pelbagai jenis tepung goreng rangup serbaguna yang dapat memenuhi segala kehendak serta keperluan pelanggan. Bermula dari kegunaan harian para suri rumah hinggalah perniaga gerai dan pasar malam serta pengusaha industri makanan, semuanya ada disediakan oleh syarikat ini. Bahkan, untuk kemudahan para pelanggan juga, produk-produk AROMA didatangkan dalam variasi saiz pek yang berbeza iaitu 200gm, 300gm, 1 kg, 5 kg dan juga 20kg.
Antara variasi tepung goreng rangup serbaguna di bawah jenama AROMA ialah Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura. Malah bagi kegunaan para peniaga terutamanya peniaga pasar malam, AROMA juga ada mengeluarkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna bersaiz 3kg yang semestinya sangat praktikal, berkualiti serta menjimatkan.
KEISTIMEWAAN PRODUK AROMA

Kesemua produk-produk ini mempunyai keistimewaan serta fungsinya yang tersendiri dalam menghasilkan makanan-makanan yang terbaik.
- KEKAL RANGUP DALAM JANGKAMASA YANG LAMA
- Pisang yang digoreng menggunakan produk Tepung Goreng Pisang AROMA terbukti kekal rangup walaupun telah sejuk dan lebih dari 3 jam selepas dimasak. Malah rasa pisang goreng juga kekal enak dan tidak menjejaskan kualitinya. Ini pastinya memudahkan, menguntungkan serta memberi manfaat kepada pengguna terutamanya para peniaga makanan.
- BEBAS TELUR
- Istimewa tepung-tepung AROMA ini, ia tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan. Hanya perlu bancuh tepung AROMA bersama air mengikut sukatan yang diberikan sahaja dan masak mengikut aturan yang disediakan. Hasilnya, masakan bergoreng enak serta lazat sedia untuk dinikmati.
- JIMAT WANG
- Kos penyediaan makanan juga lebih jimat dengan menggunakan Tepung Goreng Rangup Serbaguna AROMA. Ini kerana hanya sedikit sahaja tepung digunakan untuk menghasilkan makanan bergoreng yang sempurna. Bagi pek bersaiz 1 kg, ia boleh digunakan untuk menghasilkan 4kg ayam goreng. Wow! Memang berbaloi dan ‘value for money’ terutamanya jika anda seorang peniaga makanan.
- HASIL GORENGAN YANG SEMPURNA
- Tepung Tempura AROMA juga sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan hidangan tempura bagi udang, sotong dan aneka sayur-sayuran. Tiada lagi masalah salutan tepung yang lembik atau tidak melekat. Dengan produk AROMA, anda mampu menjadikan setiap makanan bergoreng bersalut elok dan dimasak sempurna persis air tangan chef terkemuka.
- TIDAK SERAP MINYAK
- Setiap hidangan yang digoreng menggunakan Tepung Goreng Serbaguna AROMA juga direka supaya tidak menyerap minyak. Oleh itu setiap hidangan yang anda hasilkan pastinya lebih sihat, rasa lebih enak serta kurang kolesterol. Malah anda juga boleh jimatkan penggunaan minyak masak. Bestnya!
BERKUALITI TINGGI & HALAL
Kepakaran syarikat Industri Makanan Jati dalam menghasilkan aneka Tepung Goreng Rangup Serbaguna jenama AROMA memang tidak disangkal lagi dan itulah faktor yang menjadikan jenama ini berbeza daripada produk seumpamanya yang lain di Malaysia. Demi menghasilkan produk yang terbaik, banyak kajian serta penyelidikan dilakukan dalam usaha untuk membuat pembaharuan bagi memenuhi setiap inci keperluan pelanggan yang semakin meningkat di seluruh negara.

AROMA amat memberi penekanan terhadap keselamatan dan kualiti makanan demi menjaga serta memenuhi kehendak para pengguna. Ini terbukti dari segi pemilihan bahan mentah, hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti sahaja digunakan untuk menghasilkan produk-produk AROMA. Rempah-rempah juga diimport dari luar negara bagi memastikan rasa serta hasil produk berada di tahap yang terbaik serta konsisten. Malah dari segi pembungkusan, syarikat ini menggunakan mesin-mesin moden bagi menjamin kebersihan, kualiti serta kuantiti pengeluaran produk yang lebih banyak.
Demi keselesaan pengguna yang beragama Islam, kesemua produk-produk AROMA yang dipasarkan mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh JAKIM. Oleh yang demikian, para pengguna dapat menggunakan produk ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.
MENEPATI CITA RASA TEMPATAN
Seiring dengan usianya di pasaran, produk-produk AROMA pastinya memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Malah dengan sokongan ini juga telah menempatkan jenama AROMA di puncak kegemilangannya yang tersendiri. Ia terbukti dengan penerimaan anugerah The Golden Bull Award 2017- Oustanding SMEs dimana anugerah ini adalah salah satu penghargaan kepada usahawan-usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan yang berjaya serta menjadi inspirasi kepada pemain-pemain industri yang lain.

Ingin mencuba produk-produk AROMA? Anda boleh mendapatkannya dari pusat-pusat membeli belah terkemuka seperti pasaraya Mydin, Giant, NSK, Hero, Tesco, Tunas Manja, Aeon Big dan juga kedai-kedai runcit berhampiran.
Resipi Daging Dendeng Sedap. Rencah Semua Hiris Je Tak Perlu Kisar

Dalam peti sejuk masih ada daging yang berbaki? Boleh cuba masak menu Daging Dendeng hari ni. Resipi perkongsian saudari Cik Puan Julieta ini sangat mudah disediakan malah rasanya juga sangat sedap. Ramuan masaknya hanya hiris-hiris sahaja. Bolehlah hidangkan buat keluarga tercinta. Selamat mencuba!
CARA MASAK DAGING DENDENG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar – beli online disini
4 biji bawang merah – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar – beli online disini
1/2 cawan kicap kipas udang – beli online disini
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.

2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.
5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.

6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.

8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan
Boleh Kukus Atau Bakar. Resipi Kek Pisang Moist Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Pedas & Menyengat. Ini Resipi Cencaru Sumbat Paling Sedap.

Anda dan keluarga suka makan hidangan pedas? Jika ya, menu Cencaru Sumbat perkongsian saudari Ratna Sari Zain ni pasti kena dengan selera. Menu mudah dan memang membuka selera. Sesuai sangatlah cuba untuk sajian makan tengahari atau makan malam ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
IKAN CENCARU SUMBAT BERASAP
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan cencaru – saiz sederhana
- Air belacan
- Air asam jawa
- Garam & serbuk kunyit untuk perapan
- Gula
- Limau kasturi ( tambahan)
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 4 batang serai
- 10 biji cili burung ( cili padi/kampung)
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan belah belakang.

2. Kemudian lumur garam serta serbuk kunyit. Jumlahnya agak-agak sahaja.

3. Potong kecil bahan-bahan kisar supaya senang lumat.

4. Masukkan sedikit air dan kisar jangan hancur sangat. Pastikan teksturnya kasar sedikit.

5. Ambil sedikit bahan kisar tadi dan sumbat ke dalam perut ikan. Jangan gunakan semua kerana ia akan digunakan untuk buat kuah nanti.

6. Perap ikan selama 3 jam atau lebih. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

7. Untuk kuah, panaskan minyak dan masukkan lebihan bahan kisar tadi.

8. Bila dah garing dan naik bau, masukkan air belacan dan air asam jawa secukupnya.

9. Tunggu sekejap sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan garam serta gula. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi.

10. Gaul rata dan siap untuk dinikmati. Perah limau kasturi untuk lebih sedap.

https://www.facebook.com/poh.ratnasari/videos/10209427225709580/?t=0
Kredit resipi & foto: Ratna Sari Zain

