Untitled design (75)

Bagi peminat ayam, kini anda boleh menikmati ayam yang dimasak dalam pasu. Namanya Nasi Ayam Panggang Pasu FRD. FRD itu sebenarnya adalah singkatan daripada Food Runner Delivery.

Antara menu yang ada dijual di sini adalah Nasi 1/4 Ayam Panggang Pasu. Menu ini dijual bersama kari, sambal belacan dan timun. Harganya RM7. Separuh Ayam Panggang Pasu bersama Sos Black Pepper RM12. Seekor Ayam Panggang Pasu Bersama Sos Black Pepper RM23.

Ayam Panggang Pasu FRD, Menu Luar Biasa Tapi Sedap

Menurut Mohd Kamal Shari, resipi ayam panggang pasu ini adalah olahan keluarga. Rasanya memang sedap dan sesuai dimakan bersama seisi keluarga.

IKLAN

"Boleh saya katakan, anda pasti akan suka dengan Ayam Panggang Pasu ni. Baunya pun dah naikkan selera. Apatah lagi kalau memakannya. Makan 1/4 ayam pun dah puas sebenarnya. Anda boleh cuba makan tanpa letak sos. Rasanya dah cukup sedap. Ayam ini garing di luar tapi lembut sangat di dalam," ujar Mohd Kamal Shari.

Ayam Panggang Pasu FRD, Menu Luar Biasa Tapi Sedap

14 BAHAN TERBAIK

IKLAN

Ayam Panggang Pasu FRD mementingkan kualiti ayam yang disediakan. Sesuai dengan tagline gerai ini iaitu 'selera anda komitmen kami'.

IKLAN

"Sejak dari mula beroperasi pada 26 Ogos 2017, kami memang tak pernah membelakangkan kualiti. Ayam diperap dengan baik sebelum dipanggang di dalam pasu. Kami menggunakan 14 bahan terbaik untuk memerap ayam sehingga rasanya sedap dan puas dimakan," tambah beliau.

Ayam Panggang Pasu FRD, Menu Luar Biasa Tapi Sedap

Bagi memudahkan orang ramai menikmati ayam panggang ini, Ayam Panggang Pasu FRD menggunakan khidmat runner untuk menghantar makanan yang dipesan.

"Orang ramai boleh memesan makanan seperti biasa dan kami gunakan perkhidmatan Food Panda dan Bungkusit untuk menghantar ayam panggang kepada anda. Gerai dibuka setiap hari dan anda boleh pesan pada bila-bila masa," ujar Mohd Kamal mengakhiri bicara.

Ayam Panggang Pasu FRD, Menu Luar Biasa Tapi Sedap

INFO GERAI

NAMA GERAI: Nasi Ayam Panggang Pasu FRD
PEMILIK: Mohd Kamal Shari Johari
LOKASI: Persiaran Budiman Taman Sri Muda, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 11 pagi hingga 6 petang setiap hari
WAJIB CUBA: Ayam panggang pasu bersama sos black pepper

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI