Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang telah dikisar bersama dua batang serai yang telah diketuk sehingga betul-betul garing dan wangi.
Masukkan cili boh, kacau dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili. Gaul sebati.
Ads
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul lagi sehingga rata. Masuk sedikit air jika nak ingin sedikit kuah. Akhir sekali, masuk asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Biar seketika. Siap! Boleh dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera dan jiwa si pemakan.. Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
Tak lengkap nak menggoreng ayam jika tidak ada serbuk kunyit. Tapi tahukah kita ayam goreng yang tak di gaul dengan
serbuk kunyit lagi sedap dengan ramuan segar ini.
Resipi Ayam Goreng Tanpa Serbuk Kunyit
BAHAN-BAHAN:
5-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
Garam
1 Sudu besar serbuk cili
CARA-CARA:
Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
Kemudian masukkan garam, serbuk cili dan gaulkan
Perap dalam 10 minit
Akhir sekali goreng ayam yang dah diperap tadi
Siap. Sedia dinikmati!
Sebut je asam pedas, rendang, gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya. Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang memang boleh buat kecur air liur. Korang bolehlah cuba ye.
ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
250ml air asam Jawa
150gm pes cili kering
5 tangkai daun kesum | asingkan dari batangnya
1 batang bunga kantan | belah empat
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, gula dan perasa secukupnya
200ml minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm lengkuas
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Seterusnya air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
Tutup api dan boleh dihidang.
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
500 pisang muda | buang kulit arinya
500 ml santan
1 helai daun kunyit
Sedikit ikan bilis/udang kering
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
3cm kunyit hidup
12 biji cili padi
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
Didihkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh, masukkan pisang dan ikan bilis.
Apabila pisang empuk masukkan daun kunyit,garam secukup rasa.
Tutup api gulai pisang sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar bersama santan dalam periuk.
Didikan di atas api sederhana.
Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
Selepas dua minit masukkan siput sedut.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KERABU AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam | rebus atau kukus
1 batang serai | mayang halus
1 biji bawang merah | mayang halus
10 biji cili padi | mayang halus
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Daun limau purut-racik halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Carik-carikkan ayam.
Campurkan isi ayam bersama bahan yang telah dimayang halus di dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis di dalamnya bersama sos ikan.
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Gaul rata hingga masam manis, pedasnya sekata.
Apabila cukup rasa, ia sedia dihidangkan.
RENDANG DENDENG BONDA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | rebus hingga empuk
6 sudu makan pes cili kering
8 ulas bawang merah | kisar
4 biji bawang besar | mayang halus
6 ulas bawang putih | mayang lalus
3cm halia | mayang halus
3 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan kicap pekat manis
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Daging rebus dihiris nipis kemudian gaulkan dengan kicap pekat manis bersama sedikit gula. Perap seketika.
Panaskan minyak, kemudian goreng daging separuh masak, angkat dan toskan minyak.
Tumbuk daging hingga nipis dan sedikit pecah. Ketepikan.
Kemudian tumiskan bahan yang dimayang halis hingga naik bau dan garing dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula pes cili kering.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan baki kicap pekat manis.
Masukkan garam, gula dan air asam, kacau rata kemudian masukkan daging kisar dan bahan yang digoreng tadi.
Terus masak atas api sederhana, kacau selalu.
Bila kuah pekat dan cukup rasa,tutup api.
Rendang Dendeng sedia dihidangkan.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 batang serai | titik
Daun sup secukupnya | hiris halus
Daun bawang secukupnya | hiris halus
Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
Sup sedia untuk dihidang.
UDANG MASAK KALIO
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XXL | bersihkan dan tos
500ml santan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
3 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan ketumbar | goreng sangai dan kisar
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 biji cili hijau
6 biji buah keras
3cm kunyit hidup
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula serbuk ketumbar
Kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit dan santan.
Setelah mendidih masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna.
Seterusnya masukkan air asam Jawa, garam, gula secukup rasa.
Apabila udang masak, tutup api dan udang sedia dihidangkan.