
Selain menyedapkan makanan, serai juga boleh dijadikan minuman yang sihat dan bagus untuk badan. Jom cuba. Pasti anda akan rasa lebih segar.
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang serai
- 5 gelas air
- 5-6 sudu makan gula pasir
- Daun pudina
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
- Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
- Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
- Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
- Sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain diminum sejuk, jus ini juga boleh dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang Jer Nak Buat Jus Mangga Susu Potong Kiub Yang Sedap Tu!

Selalunya kita hanya minum jus mangga susu di kedai. Stok mangga banyak dirumah dari membazir sebab tidak makan lebih baik kita buat sendiri jus mangga.


MANGGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat
TOPPING:
- Mangga (dipotong dadu)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.

Info:
1. Jika hendak buat ekstra hanya gandakan jumlah bahan
2. Jika suka boleh tambah dengan aiskrim vanila
Kredit: Imah Rahman
Dalgona Latte Viral Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

Anda penggemar kopi? Apa kata cuba minuman Dalgona Latte yang sedang hangat viral sekarang ni. Menurut saudari Aishah Rosli, minuman ni tidak manis namun rasanya yang enak boleh menjadikan anda suka dan teringat-ingat. Tapi janganlah minum dengan kerap. Sebulan sekali je dah mencukupi.
CARA BUAT DALGONA LATTE

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 sudu makan serbuk nescafe @ kopi – jumlah ikut cita rasa masing-masing
- 1 sudu makan gula – ikut cita rasa masing-masing
- Sedikit air panas
- Ais secukupnya
- Susu segar / fresh milk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan nescafe, gula dan air ke dalam bekas. Pukul guna gapu hingga kembang. ( tekstur seakan nak buat meringue). Paling mudah pukul guna mixer.

2. Ambil gelas bersesuaian, masukkan ais dan susu segar.
3. Kemudian masukkan bancuhan kopi yang telah dipukul kembang tadi. ( Buat seakan topping)

4. Siap. Kacau terlebih dahulu sebelum dinikmati.
NOTA:
- Topping kppi yang dibuat tadi, cukup untuk hasilkan 2-3 gelas Dalgona Latte.
- Untuk rasa yang enak, boleh kurangkan nescafe atau tambah gula ikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Aishah Rosli
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.

Sedapnya teh ais pekat yang ada boba pearl/ pearl bubble homemade ni. Maklumlah tengah musim. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI BOBA PEARL @ PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung ubi
- 2 sudu makan tepung pulut
- Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
- gelap.)
- Air panas secukupnya
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula
- Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.
4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.
5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit.
6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri

