Badan Sakit-Sakit? Cuba Jamu Manjakani Homemade. Bagus Untuk Buang Angin & Kesihatan Dalaman Wanita.

Share

Bahu yang terasa berat, belakang rasa pedih-pedit dan sengal. Badan anda mungkin banyak angin. Selain melakukan urutan, boleh juga cuba jamu manjakani ni sebagai cara alternatif bagi menghilangkan rasa sakit badan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji manjakani
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia lebih kurang 2 inci
  • 1 sudu makan halba
  • 1 sudu teh lada hitam

CARA MEMBUAT:

  1. Tumbuk manjakani sampai halus.
  2. Masukkan halba, tumbuk lagi sampai halus.
  3. Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.
  4. Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.
  5. Akhir sekali, cubit bahan tumbuk tadi dan gentel bulat. Keringkan.

* menurut empunya resepi, jamu ini boleh dimakan 1-2 biji sehari.

 

Kredit resipi & gambar: Siti Nurzakiah Aziz 

Published by
Nur