Kuih muih lama tidak pernah menjemukan. Kuih bakar atau bengkang jagung ni memang menjadi kesukaan. Cukup rasa , lemak-lemak manis memang sempurna kejadian. Dikongsikan resipi membuatnya.
Bengkang Jagung
Bahan-bahan:
2 cawan jagung dalam tin
1 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan santan( saya guna santan kotak dan campur air cukupkan 2 cawan)
2 biji telur
2 sudu makan marjerin-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam
Pewarna kuning
Esen vanilla
Bijan untuk hias
Cara membuat:
1.Panaskan oven dahulu.
2.Kisar semua bahan di atas kecuali bijan hingga sebati.
3.Guna loyang saiz 7 inci. Sapukan butter pada loyang.
4.Tuang bahan tadi dan taburkan bijan.
5.Bakar pada suhu 180-200 selama 1 jam atau hingga masak. Untuk bahagian atas kalau nak garingkan tambah masa.
6.Biar sejuk dalam satu jam baru potong.
Selamat mencuba
Kredit : Mdm Kelly