Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan satu keputusan yang mudah. Ramai yang membuat keputusan meletak jawatan selepas berbulan-bulan memikirkan buruk baiknya. Begitu jugalah dengan wanita ini. Rosnieza Zainal atau mesra dipanggil Eja meletak jawatan demi menjaga kebajikan bapa mentuanya.

"Eja berhenti kerja sebab nak mudahkan urusan jaga ayah mentua. Suami pun berhenti kerja juga dan kami berdua buat keputusan untuk berniaga dari rumah. Maksudnya sambil kerja, sambil jaga ayah mentua.

Kami fikir apa bisnes yang boleh dibuat. Kami ada kemahiran memasak. Jadi kami buat keputusan buat bisnes masak. Kami ambil upah buat katering kecil-kecilan. Inilah permulaan bisnes kami lepas berhenti kerja pada 2013 dulu," cerita Eja.

TINGGAL RM10 SAJA DALAM AKAUN

Keperitan memulakan bisnes bukan kepalang. Air mata jadi teman setia. Tiada siapa pun yang boleh memahami keperitan tiada wang melainkan diri sendiri yang menanggung. Ada orang buat bisnes laluannya mudah. Ada orang buat bisnes, laluannya penuh onak dan duri.

"Peritnya saya memulakan bisnes ni hanya Allah yang tahu. Kami bermodalkan duit simpanan sepanjang kerja dulu. Nak beli peralatan memasak semua tu. Sampai tinggal RM10 je dalam akaun bank. Tapi Allah datangkan orang yang memahami masalah saya. Emak, kakak dan abang saya banyak membantu.

"Dalam pantang lepas bersalin pun saya dah kuatkan kudrat untuk memasak tempahan pelanggan. Orang lain berpantang dapat berurut, duduk selesa. Tapi saya bersilat di dapur. Kenyataan tu memang memeritkan. Saya juga pernah sambil gendong anak pergi beli barang untuk niaga. Pernah juga kena tahan dengan pegawai JPJ sebab road tax kereta lupa nak lekat. Tiba-tiba bayi nangis, tak jadi pegawai JPJ tu nak saman sebab simpati," katanya lagi.

BENTO DIGEMARI RAMAI

Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

Eja bersyukur kerana dalam keperitan, dia dapat bertahan untuk meneruskan bisnes katering dari rumah. Bermula dengan sedikit tempahan, kini alhamdulillah permintaan semakin menggalakkan. Walaupun ketika pandemik Covid-19, tempahan boleh dikatakan memadai untuk dia meneruskan kehidupan.

Dia juga bersyukur kerana dia dan suami dapat menjaga orang tua ketika saat memerlukan. Kini ayah mentua sudahpun pergi menghadap Ilahi.

IKLAN

"Sejak berhenti kerja dan berniaga sendiri, saya dapat rasa hidup saya memang berubah. Bukan nak kata berjaya sangat tapi saya bersyukur kerana makanan yang saya masak digemari dan tersebar dari mulut ke mulut. Tempahan sentiasa ada dan tak putus-putus daripada kawan-kawan. Terutama ketika musim perayaan atau cuti panjang."

"Saya juga dapat tukar kereta. Dulu kereta kecil. Sekarang besar sikit dan sesuai untuk buat penghantaran makanan yang pelanggan tempah. Kalau dulu kena ulang dua tiga kali untuk hantar kalau tempahan banyak," kata Eja yang gembira kerana dia ada banyak masa bersama anak-anak.

Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

.
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

PENGALAMAN BERNIAGA DALAM HUJAN RIBUT

Ditanya apakah pengalaman pahit bergelar peniaga kecil-kecilan, Eja lantas teringat kisah dia berniaga di jalanan. Berbumbungkan khemah, dia dan suami berniaga makanan bersama bersama ramai lagi penjaja di lokasi tersebut. Dalam keadaan mengandung, Eja tetap membantu suaminya berniaga di Bangsar ketika itu. Sebagai penjaja, selayaknya dia mengharapkan barang jualan habis dijual.

IKLAN

"Masa tu kami niaga western food. Seronok meniaga masa mula-mula tu sampailah cuaca tiba-tiba berubah. Hujan lebat selebat-lebatnya. Angin pula kuat. Khemah dah mula goyang dan macam nak diterbangkan angin. Kami suami isteri tekad. Sorang pegang tiang kanan, sorang pegang tiang kiri."

"Tengok barang niaga yang basah kena hujan, Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. Air mata bersatu dengan air hujan. Dalam hati saya berdoa. Ya Allah, bantu aku. Kuatkan aku. Kau permudahkanlah urusan aku cari rezeki untuk anak-anak dan anak dalam kandungan aku," ceritanya lagi.

Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

Eja kini tidak lagi niaga di jalanan, fokus katering di rumah sahaja.

SAMBAL READY TO EAT

Berkat kesabaran dan kegigihan, kini Eja boleh tersenyum apabila proses pembikinan sambalnya sudah sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan. Dia mengusahakan sambal yang dinamakan Samba Tokok Ikan Bilih Padeh dan Samba Ikan Massin Cili Api.

IKLAN

"Sambal ini adalah mengikut cita rasa minang. Nama pun ikut loghat minang. Prosesnya sudah makin siap. Saya mulakan kecil-kecilan dahulu. Kemudian saya akan cuba buat sebaik mungkin. Sambal ini adalah bisnes tambahan untuk bisnes katering yang telah saya usahakan

Saya bersyukur kerana pada asalnya tujuan berhenti kerja adalah untuk jaga ayah mentua namun kini saya ada bisnes yang menjadi punca rezeki untuk seisi keluarga," cerita Eja menutup bicara.

Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua, Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

Eja bersama salah seorang hero kecilnya.

Sumber: Eja Zainal

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI