Setiap kali tibanya Ramadan, hidangan berasaskan bufet Ramadan sering menjadi pilihan ramai. BIFE Charcoal Steakhouse tidak terkecuali meraikan bulan yang istimewa ini dengan menawarkan bufet Ramadan yang menggabungkan masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat.
BIFE Charcoal Steakhouse merupakan restoran Brazilian Steak terkenal satu-satunya milik penuh Bumiputera yang telah beroperasi sejak November 2019. Tahun ini merupakan tahun kelima restoran yang terletak di The LINC Kuala Lumpur ini mengadakan bufet Ramadan dengan konsep ‘fusion menu’.
Menariknya pada tahun ini, ia menampilkan gabungan unik masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat yang menjadi kepakaran restoran ini. Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah, Sup Sayuran, Mi Goreng Mamak, Nasi Hujan Panas, Rendang, Soto dan banyak lagi.
Ads
Tidak hanya menyajikan daging panggang berkualiti tinggi, restoran ini turut menampilkan hidangan tradisi yang dekat di hati masyarakat Malaysia termasuklah aneka kuih tradisi, Cucur Udang serta juadah pencuci mulut seperti Kek, Aiskrim, Cendol, Air Batu Campur, Buah-buahan, Rojak Buah dan pilihan salad segar.
Bufet Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse boleh dinikmati pada harga yang berpatutan iaitu RM128.00nett bagi dewasa dan RM64.00 bagi kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah dan boleh dinikmati bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.
Restoran ini mempunyai kapasiti keseluruhan seramai 160 orang dengan ruang dalaman yang boleh memuatkan seramai 90 orang. Susunan meja di ruang dalaman boleh disesuaikan mengikut permintaan pelanggan bagi kumpulan besar dan mampu menampung sehingga 100 orang pada satu-satu masa.
Ads
BIFE menjanjikan suasana tenang dan ruang makan yang selesa buat seisi keluarga. Pelanggan Muslim yang ingin mendirikan solat boleh menggunakan kemudahan Surau yang disediakan oleh pihak The LINC KL.
Sekadar informasi, BIFE Charcoal Steakhouse mengetengahkan kaedah rotisserie berkonsepkan Brazilian churasco style grilled meat yang dipanggang dengan arang kayu bakau menjadikan pelanggan yg hadir ke BIFE boleh menikmati kelazatan daging panggang yang beraroma dan sangat enak, dihantar terus ke meja makan dari dapur panas dan dihidangkan berulang kali mengikut permintaan pelanggan.
Ads
Pelbagai jenis menu yang disediakan semestinya memenuhi kepuasan penggemar daging termasuklah Australian grain-beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau dan Pineapple Glaze.
Untuk maklumat lanjut tentang bufet Ramadan ini, anda boleh layari ke media sosial BIFE Charcoal Steakhouse.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Teringin nak makan masakan Penang? Tak perlu pergi jauh-jauh, singgah je di Sepiring untuk menikmati masakan Penang yang enak. Bermula sekarang hingga 15 September 2024, Sepiring menyediakan menu baharu iaitu Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float yang pastinya memberi kepuasa yang tidak terhingga.
Menu terbaharu ini akan menyempurnakan lagi pengalaman makan dengan setiap suapan. Dedikasi Sepiring untuk menawarkan hidangan asli Penang berasal daripada keinginan mereka untuk berkongsi cita rasa sebenar salah satu destinasi kulinari yang terkenal di Malaysia.
Antara menu lain yang ada di Sepiring adalah Laksa Penang, sajian berkuah yang masam dan pedas; Pasembur, yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran; Rojak Penang, makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah rojak dan Cendol Sagu, pencuci mulut yang menyegarkan dengan agar-agar tepung beras berperisa pandan dengan sirap gula melaka.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Sepiring Cafe Sdn Bhd, berkata Sepiring berhasrat untuk memastikan pelanggan dapat benar-benar menikmati keenakan hidangan Penang tanpa risau tentang kualiti hidangan.
Kini dengan pelancaran Uniquely Rasa Penang, Sepiring sekali lagi bersedia untuk menyediakan hidangan yang pasti menggamit cita rasa pelanggan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati selera Penang di keselesaan rumah anda atau kunjungi cawangan Sepiring terdekat dan nikmati sajian baharu yang cukup istimewa ini.
Carde d’Or merupakan jenama ais krim premium dari Paris dengan tekstur halus dan berkrim.Wall’s Malaysia membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia memperkenalkan dua lagi perisa baharu.
Hadir dengan nama Cafe Latte Brownie yang diolah daripada kepingan coklat dan brownie Itali manakala Butter Almond Fudge daripada badam yang dituai di Australia di samping brownie san juga sos fudge coklat.
Dengan sentuhan istimewa yang diberikan kepada kedua-dua aiskrim baharu ini, detik yang anda nikmati bersamanya pasti tidak dapat dilupakan, membangkitkan keseronokan dan juga kepuasan. Ais krim ini membawakan citarasa Paris yang sebenar ke tangan anda.
Carte d’Or – Café Latte Brownie
Boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka dengan harga RM20 bagi setiap bekas. Dan memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris(#FromCartedOrToParis), selain kredit e-dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.
Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya dua bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda* Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jenama Tyson akhirnya tiba di Malaysia! Jenama ini membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna.
Memaparkan pilihan meluas produk berkualiti kelas dunia dan sedap yang juga 100 peratus halal, rangkaian produk Jenama Tyson dapat disediakan dengan mudah dan pantas serta membawa kegembiraan dalam setiap hidangan.
Menurut Tan Sun, Presiden, Tyson Foods Asia Pacific (APAC), produk-produk Jenama Tyson juga mudah disediakan, malah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak.
“Produk Tyson menggunakan teknologi signature salutan tiga kali untuk kerangupan maksimum serta kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa, setiap ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna tentunya pilihan hidangan yang terbaik.
“Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan nikmati kerangupan ayam!” katanya.
Jenama Tyson menawarkan pelbagai pilihan produk ayam sejuk beku seperti Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Rangup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Digril dan Nuget Ayam.
Untuk mempertingkatkan pengalaman masakan di rumah anda, dapatkan pek Ayam Tyson dengan 7 pilihan enak di pasar raya terdekat anda!
Anda juga boleh mendapati produk enak Tyson melalui laman web Tyson! Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di laman Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.