Esok bermula PKP tahap kedua hinggalah 14hb April, PKP ini diperketatkan lagi peraturannya. Jadi jika anda ingin memasak carilah resipi yang ringkas dan tidak memerlukan bahan ramuan yang banyak untuk menjimatkan barang runcit anda.
Bihun goreng ala Mama Imani ni boleh dicuba. Gunakan ikan bilis, kangkung dan bawang aje sebagai rencah utama. Pemilik resipi Sabariah Sareh Saad yang membahasakan dirinya Mama Imani berkongsi resipi kegemarannya sekeluarga yang mudah dan ringkas.
BIHUN GORENG KAMPUNG RINGKAS
BAHAN-BAHAN :
1paket bihun
7 biji cili padi | ikut citarasa kepedasan masing-masing
1 biji cili hijau
Kangkung
Bawang besar-1biji
Bawang putih -2ulas
2 biji telur
Segenggam ikan bilis
Kicap secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rendam kejap bihun letak air biasa je.
2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang putih,cili padi,cili besar hijau dan ikan bilis.Mama Imani guna pengisar chopper tarik tu je.
3. Panaskan kuali tumis bahan tumbuk/kisar.Kemudian masukkan garam jangan banyak sangat sebab ikan bilis masin sedikit.
4. Kemudian letak telur (konsep macam buat nasi goreng kampung je)
5. Masukkan bihun dan kacau rata.Kemudian letak kicap lemak manis untuk jadikan kaler gelap sket je.
6. Letak kangkung dan kacau rata.Siap goreng adjust rasa jom boleh makan dah hihi
Pa:Nak tabur ikan bilis goreng rangup pon boleh jugak
Selamat mencuba
Kredit foto & resipi : FB Sabariah Sareh Saad