Bihun sup tumis darat memang luar biasa rasa sedapnya. Tak percaya, cuba buat. Renehkan daging sampai empuk, baru tuangkan bahan tumisan. Makan pula dengan cili kicap. Nikmat betul rasanya.
Nak tahu cara untuk membuat Bihun Sup Tumis Darat yang sedap ini? Perkongsian daripada Teratak Eja boleh membantu. Jom kita buat.
Masak atau rebus macam biasa sampai daging empuk. Guna api perlahan sahaja.
Reneh sup sampai daging cukup masak.
Boleh letak garam, ajinomoto, asam keping dan cukup rasa.
Potongkan daging nipis-nipis bila dah cukup masak.
(TUMIS DARAT)
BAHAN-BAHAN:
Minyak (untuk menumis)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 labu bawang putih (dimayang)
Ads
Rempah 4 sekawan
CARA MEMASAK:
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Goreng sehingga keperangan.
Angkat dan masukkan terus ke dalam periuk berisi sup daging tadi.
Untuk hidangan, letakkan sayuran seperti tauge dan daun bawang.
Taburkan bawang goreng. Boleh dinikmati bersama cili kicap.
Ads
NOTA: Cara buat cili kicap. Kisarkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi yang telah digoreng sehingga layu. Masukkan sekali kicap, garam, gula dan cuka.
Kuah Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Ini dek kerana cara penyediaannya yang mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Resipi perkongsian saudari Nur Masri menggunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.
1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering. 4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air. 5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak. 6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
7. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
Hidangan sarapan perlulah sedap dan menaikkan selera. Ini kerana sarapan adalah waktu makan paling penting dalam sehari. Kita perlu bersarapan supaya metabolisme tetap tinggi. Jika metabolisme rendah, maka kita mudah berasa lesu. Apa kata buat sarapan dengan menu barat ini? Sedap jugak tau.
BOW TIE PEDAS SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Semangkuk bow tie (rebus, tos dan ketepikan)
5 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (cencang)
5 ulas bawang putih (cencang)
Sedikit udang
Sedikit sotong
Sedikit kepah
1 tin cendawan
Cili padi (giling)
Serbuk jintan manis
1 biji capsicum
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomato
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar mentega
Garam
Gula
2 sudu besar kicap
1 biji cili merah
2 sudu besar serbuk keju
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, kepah dan cendawan. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi, serbuk jintan manis dan capsicum. Gaul rata.
4. Masukkan bow ties dan sedikit air rebusan tadi. Biarkan sekejap.
5. Masukkan pula sos cili dan pes tomato. Kacau.
6. Masukkan serbuk ketumbar, mentega, garam, gula dan kicap. Gaulkan.
7. Masukkan cili merah. Kacau seketika dan angkat.
8. Letakkan dalam pinggan. Taburkan serbuk keju. Hidangkan.
Sekali sekala, tak salah rasanya kalau tukar selera. Jemu juga kalau asyik makan nasi kan? Jom kita cuba resipi meatball bolognese cheese yang dikongsi oleh Hidayati Hana menerusi grup Rasa Kongsi Resipi. Nampak sedap, lagi-lagi kalau makan panas-panas. Memang terangkat!
RESIPI MEATBALL BOLOGNESE CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 paket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
1 tin sos bolognese prego (brand kimball)
1/2 cwn susu segar
1 biji bwg holland (potong dadu)
I biji capsicum merah/hijau (dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
Sedikit garam
Mozarella cheese
CARA PENYEDIAAN MEATBALL & SOS BOLOGNESE:
Gorengkan meatball dengan sedikit minyak/butter
Bila dah masak masukkan bawang dan capsicum
Tutup api ketepikan
Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam
Masak hingga mendidih dan pekat
Dah siap tutup api
CARA MASAKAN MEATBALL BOLOGNESE CHEESE:
Masukkan meatball tadi dalam bekas/loyang
Letakkn sos bolognese hingga menutupi meatball
Taburkan cheese mozarella
Bakar dalam suhu 170 selama 10-15 minit
Dah siappp!
Jika anda sedang mencari barangan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.