Buat biskut ni sudah tidak mengira musim. Jika beli musim perayaan harga biskut pun melambung tinggi. Jomlah kita buat sendiri Biskut Bangkit Cheese. Biskut ni sedap sangat, rapuh ,cair dimulut rasa cheese yang puas sangat. Sekali makan gerenti ketagih.
Biskut bangkit cheese Bahan-bahan: 3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tpg jd ringan) 3 cawan tepung jagung 1 ketul butter cup 250g cream cheese tatura 1 cawan gula halus (ikut kemanisan disukai) 2 biji kuning telur 1 sudu kecil baking powder 1sudu kecil esen vanilla 1 ketul cheddar
1. Tepung jagung,tepung ubi,baking powder ayak terlebih dahulu. 2.Putar butter,gula sehingga kembang,masukkan cream cheese,esen vanilla dan kuning telur putar lagi hingga kembang sebati. 3.Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit putar seketika.
Ads
4.Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati,jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.
5.Biarkan doh dalam beberapa minit kemudian tekap acuan.
6.Panaskan oven atau air fryer, bakar pada suhu 170-30 minit ikut oven masing-masing.Kalau tak cukup masak ditambah masa.Biar kekuningan seperti di bawah, anda akan rasa cair dimulut dan rangup-rangup cheese tu.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kek marble pucci Oreo. Teksturnya gebu dengan rasa lemak mentega dan juga manis-manis biskut Oreo.
Jika anda penggemar kek mentega, pastinya anda akan menyukai cita rasa kek marble pucci Oreo ini. Jom kita lihat resipinya.
KEK MARBLE PUCCI OREO
BAHAN-BAHAN
125 gram mentega
80 gram gula kastor
2 biji telur ayam (gred A)
1 sudu kecil esen vanila
125 gram tepung gandum/tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam halus
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil emulco red velvet
1 bungkus biskut Oreo
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Apabila sudah gebu dan putih, masukkan satu biji telur ayam. Pukul. Kemudian masukkan satu lagi telur ayam. Pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila. Kacau.
4. Satukan tepung gandum dengan serbuk penaik. Ayak dan masukkan dalam adunan. Gaul sebati.
5. Masukkan pula susu pekat manis dan garam garam halus. Gaul lagi.
6. Apabila sudah sebati, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan serbuk koko. Satu bahagian lagi letakkan emulco red velvet.
7. Lapikkan loyang 7 inci dengan baking paper dan tuangkan habis adunan serbuk koko.
8. Letakkan bahagian red velvet di atas adunan tadi dan guna lidi untuk lorek-lorekkan. Hiaskan dengan biskut Oreo.
9. Panaskan oven pada suhu 150 dan bakar selsius selama 50 minit
10. Apabila kek sudah masak, angkat dan terbalikkan atas redai kek.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Hidayati Hana
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
Kalau anda biasa makan kuih Kanom Krok, pasti anda akan teringat-ingat dengan kelembutan kuih ini bukan? Kanom Krok ini sebenarnya kuih orang Thai.
Rasa kuih ini ada lemak-lemak manis dan sedikit rasa masin. Tekstur kuih ini pun lembut sahaja. Rasanya pun sedap dan yang penting mudah dan cepat untuk disediakan.
Bahan-bahan untuk buat kuih Kanom Krok ini pun tak banyak mana. Sesuai sangatlah disajikan untuk minum petang.
Tidak lama lagi bulan puasa. Bolehlah dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Acuannya boleh pakai acuan takoyaki.
RESIPI KANOM KROK
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan gula (atau ikut cita rasa masing-masing)
1/3 cawan kelapa parut (kisar dengan santan supaya halus)
400 ml santan
2 sudu besar minyak masak
Daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan. Rehatkan selama 1/2 jam.
2. Panaskan acuan. Sapu minyak supaya adunan tidak melekat.
3. Masukkan adunan. Tabur daun bawang.
4. Tutup acuan dan biarkan adunan masak.Hidangkan.
INFO: Ada dua versi acuan. Acuan kuih cara dan juga serabai. Yang mudah nak keluarkan kuih ini adalah menggunakan acuan serabai.
Ada macam-macam jenis mi. Kali ni RASA nak berikan 4 jenis masakan berasaskan mi yang dimasak daripada mi sanggul, mi kuning, mi segera dan yee mee.
MI SANGGUL SUP KETAM
BAHAN A (tumbuk halus)
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
2 ulas bawang putih
BAHAN B
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji lobak merah (potong nipis)
1/2 cawan kacang pis
Sedikit cendawan (potong kecil)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 cawan air
2 ekor ketam bunga (siang dan bersihkan)
Garam secukup rasa
1 bungkus mi sanggul
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan A dan Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan pati ikan bilis, lobak merah, kacang pis, cendawan dan bawang besar. Masak selama 2 minit.
3. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ketam. Biarkan ketam masak.
4. Masukkan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Matikan api.
5. Celur mi dalam air panas. Toskan.
6. Masukkan mi dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan ketam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.
MI GORENG BASAH
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
YEE MEE TOMYAM
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
KERABU MAGGI
BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato
BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira