Pernah rasa biskut lejen ni? Ada macam-macam panggilan untuk biskut ini, walau apa pun panggilannya, rasanya memang susah nak cakap. Rangup dan gerenti berulang kali makan.
Biskut Cermai
Bahan-bahan:
250g planta
3/4 cawan gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu tepung kastad
½ cawan tepung ubi
¼ cawan cornflakes kisar halus
400-500g tepung gandum
½ kg (anggaran) kacang tanah- bakar & buang kulit
Cara membuat:
1.Satukan planta gula, telur dan esen vanilla. Sebatikan guna senduk atau whisk je.
2.Masukkan cornflake.
3.Masukkan semua tepung kecuali gandum. Sebatikan. Akhir sekali masuk tepung sikit -sikit. Kalau lembik boleh tambah tepung lagi. Kalau dah ok tak perlu.
4.Ambil sebesar ibu jari (saiz comel).
5.Masukkan kacang sebiji. Tekan dalam acuan. Jangan padat sangat. Nanti susah nak keluar. Saya suka yang patern tersembul. Ada yang suka jenis rata atasnya.
6.Dah siap masukkan dalam acuannya, bakar lah ikut kesesuaian oven masing masing.
Kredit: Ithnin Halipah
Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Coklat Moist Sedap, Gebu & Kurang Manis. Viral Di FB Hingga Dapat 12 Ribu Share.
Bila sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang manis. Ditambah pula dengan topping coklat, menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada. Bagi anda yang nak cuba buat kek coklat mpoist yang kurang manis, resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni boleh anda cuba. Sangat mudah! Anak-anak pasti suka.
KEK COKLAT MOIST PALING SEDAP
BAHAN A:
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat manis
(Campur semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut.)
BAHAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
(Satukan bahan B. Ayak.)
BAHAN C:
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih.)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
- Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul (whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
- Panaskan periuk kukusan, tuang adunan kek ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
RESIPI TOPPING COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
- 1 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan Teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
- Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.
- Tabur coklat rice untuk hiasan.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor
Cara Masak Kek Buah Kukus Sedap Cara Orang Tua Dulu-Dulu.
Kek Buah Kukus memang sedap dan merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian Puan Hasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
- 600gm tepung gandum
- 4 sudu teh Cream of Tartars
- 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
- 300gm Mixed Fruit
(gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
- 450gm marjerin planta
- 225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
- 5 biji telur ayam gred B/A
- 3 sudu teh esen vanila
(pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
- 225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.
https://www.facebook.com/hasniza.hassan.5/videos/2420219007988586/
10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.
Sempena kehadiran Krismas, Beryl’s Gourmet memperkenal tiga sajian istimewa yang boleh disediakan iaitu kek, talam dan brownies. Ketiga-tiga menu ini kaya dengan rasa coklat yang mewah dengan penggunaan Beryl’s Milk Compound, Beryl’s White Compound, Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan campuran tepung segera untuk membuat brownies iaitu Double Chocolate Chunk Brownies Mix. Untuk membuat brownies anda cuma tambahkan telur, air dan mentega. Mudah sekali kan?
Jom teliti resipi sedap dan padu dari Chef Godfrey Tham dan Chef Andy Wong dari Beryl’s ini.
1.BERYL’S CHOCOLATE TALAM CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Lapisan Biskut:
- 150gm biskut Marie | dihancurkan (crumb)
- 80gm mentega | dicairkan
Bahan Isi Keju:
- 50gm Beryl’s Milk Compound | cair
- 200gm krim keju
- 1 biji telur
- 10gm tepung jagung
- 40gm gula kastor
- 200gm krim putar
Bahan Mousse Kelapa:
- 75gm Beryl’s White Compound
- 150gm santan kelapa
- 5gm agar-agar (gelatin)
- 20gm air
- 1/2 sudu kecil garam
- 100gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Lapisan Biskut:
- Campurkan biskut hancur dan mentega cair. Gaul dan ramas hingga sebati.
- Canai biskut hancur setebal 1/2 cm. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci yang sudah dilapik dengan kertas aluminium.
Cara Penyediaan Isi Keju:
- Masukkan krim keju, gula dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga 8 minit.
- Kemudian tambahkan pula Beryl’s Milk Compound dan krim putar. Kacau hingga sebati.
- Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.
- Biarkan kek sejuk di dalam loyang
Cara Penyediaan Mousse Kelapa:
- Cairkan Bery’s White Compound dan santan kelapa dengan cara double-boil.
- Masukkan agar-agar yang telah dicairkan dengan air dan garam. Biarkan sejuk serendah 35°C.
- Masukkan krim putar dan gaul hingga sebati.
- Tuangkan mousse kelapa ke atas kek coklat keju.
- Simpan di dalam peti beku selama sehari dan kek sudah sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan ekstrak dari lima helai daun pandan (30gm) jika sukakan rasa pandan. Untuk rasa lebih bercoklat anda juga boleh tambahkan Beryl’s chocolate chunk ke dalam filling keju.
2.BERYL’S CHOCOLATE TORNADO CAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kek Span Coklat:
- 5 biji putih telur
- 5 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 100gm gula kastor
- 40gm mentega tanpa garam
- 100gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
- 50ml susu penuh krim
- 100gm tepung gandum (tepung kek)
Bahan ‘Topping’ Krim Keju:
- 300gm krim keju
- 90gm mentega tanpa garam
- 30gm gula aising
Bahan Coklat ‘Coating’:
- 150gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
- 150gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Kek Span Coklat :
- Cairkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate, susu penuh krim dan mentega dengan kaedah double boil.
- Alihkan dari api dan biarkan sejuk.
- Tambah 5 biji kuning telur, 1 biji telur dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
- Pukul 5 biji putih telur dan gula kastor sehingga pekat dan bertanduk.
- Akhir sekali masukkan adunan putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sahaja.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7.5 inci.
- Bakar guna teknik water bath selama 90 minit pada suhu 150°C.
Cara Penyediaan Topping Krim Keju:
- Putar krim keju dengan mentega sehingga putih.
- Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
Cara Penyediaan Coklat ‘Coating’:
- Campurkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan krim putar. Kacau hingga sebati.
- Cairkan dengan kaedah double boil dengan suhu sehingga 35°C.
Cara Penyediaan Chocolate Tornado Cake:
- Potong kek kepada 3 lapisan.
- Sapukan krim keju di antara kek dan ulang langkah sehingga 3 lapis kek.
- Sapukan krim keju di atas kek.
- Tuangkan Coklat Coating secara merata ke seluruh kek.
INFO CHEF: Liquid Dark Compound dicampurkan krim putar sejuk dan dipanaskan cara double boil dengan suhu 35°C untuk ekstra topping coklat meleleh. Tak perlu mentega.
3. DOUBLE CHOCOLATE CHUNK BROWNIES MIX
1. BROWNIES (DALAM DULANG PEMBAKAR)
BAHAN-BAHAN:
- 1 peket Double Chocolate Chunk Brownie Mix
- 60gm mentega cair
- 1 biji telur
- 50ml air
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C. Sediakan dulang dan gris dengan mentega.
- Campurkan Double Chocolate Chunk Brownie Mix, mentega cair, air dan telur dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar empat segi saiz 7 inci dan bakar selama 35-40 minit. Untuk pastikan kek telah masak sempurna, cucuk lidi di bahagian tengah kek dan pastikan lidi bersih dan kering apabila dikeluarkan.
2. BROWNIES IN MUG
BAHAN-BAHAN:
- 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK:
- Tuangkan 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix ke dalam cawan yang selamat diguna dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
- Tambahkan 4 sudu makan air dan kacau dengan sudu. Pastikan campuran diadun hingga sebati demgan menggunakan sudu di sepanjang tepi dan bawah cawan.
- Masak dengan kuasa yang tinggi selama 1 minit 30 saat. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar gelombang mikro.
INFO CHEF: Untuk brownies lebih sedap, boleh tambahkan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan sedikit rasa manis brownies.