Setelah berhari-hari menikmati sajian bersantan dan berlemak sewaktu lebaran, pasti ramai yang sudah mula tercari-cari resipi yang ringkas tapi kaya dengan pelbagai rasa untuk disajikan buat suami dan anak-anak tercinta. Pemilihan sajian yang lebih segar dan ringkas membantu anda membuang rasa muak yang berlebihan.
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon adalah ‘pembantu’ yang memberikan kenikmatan yang anda inginkan dalam setiap sajian.
Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1967, Lactel adalah jenama tenusu nombor satu di negara tersebut yang menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi untuk pengguna di lebih dari 50 negara.
Dihasilkan dari susu, air dan kultur hidup, Lactel Yogurt ‘Set’ merupakan sumber kalsium terbaik untuk seisi keluarga. Nikmatinya begitu sahaja sewaktu sarapan atau olah mengikut selera anda dengan menambahkan hirisan buah-buahan segar dan juga bijirin. Enak sekali dan mengenyangkan.
Malah anda juga boleh menambah Lactel Yogurt ‘Set’ ke dalam masakan seperti Kari, Gulai, Rendang dan sebagainya bagi menggantikan santan. Asli dan rendah kandungan lemak. Setiap hidangan 100gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 1.6gm lemak sahaja.
Ads
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon juga dilabel dengan Logo Pilihan Lebih Sihat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah Lactel Yogurt ‘Set’ Asli tidak mengandungi gula tambahan menjadikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli sebagai pilihan yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.
Bagi penggemar manisan dan pencuci mulut, pelbagai sajian minum petang anda boleh hasilkan dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’. Teksturnya yang ringan dan lembut sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan.
Hasilkan sos salad enak berkrim dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli. Malah anda juga boleh menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Lemon untuk menghasilkan kek, muffin dan aiskrim ‘homemade’ buat anak-anak. Sangat mengujakan!
Penggunaan Lactel Yogurt ‘Set’ memberikan khasiat yang berganda buat anda sekeluarga. Jadi sempena Syawal ini, Lactel berkongsi keceriaan lebaran dengan berkongsi dua resipi ringkas dan mudah yang sangat membuka selera. Selamat mencuba!
Dapatkan Lactel Yogurt Set anda di pasaraya berhampiran atau pesanan atas talian menerusi aplikasi Happy Fresh atau Panda Mart.
TORTILLA TUNA
Ads
BAHAN-BAHAN:
100gm kepingan tuna
1 biji bawang – dicincang halus
1 biji cili padi – hiris
1 sudu teh paprika
1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu teh jus limau
2 sudu teh Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
BAHAN B:
2 keping tortilla
2 biji tomato – hiris
Salad segar
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan A di dalam mangkuk hingga sebati.
Letak tortilla di atas pinggan. Susunkan sayuran, tomato dan campuran tuna.
Gulung dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
BISKUT LEMON YOGURT
Ads
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega – dilembutkan
100gm gula kastor
2 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh jus lemon
1 biji telur (besar) – dipukul
180gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
1/4 cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli – dipukul
40gm oat
BAHAN GLAZE:
50gm gula serbuk
2 sudu teh jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon – diparut halus
CARA MEMASAK:
Pukul gula kastor dan mentega sehingga ringan dan kembang. Tambah parutan kulit lemon, jus lemon dan telur. Pukul hingga sebati.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, gaul rata. Tambah campuran tepung ke dalam campuran mentega-gula seli dengan yogurt. Gaul rata selepas setiap tambahan.
Letak 1 sudu campuran biskut di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tinggalkan ruang antara biskut untuk mengembang.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 – 20 minit atau sehingga biskut berwarna keperangan. Biar sejuk di atas rak dawai.
Dalam mangkuk kecil, satukan gula aising, jus lemon dan parutan kulit lemon menggunakan pemukul kecil hingga sebati.
Sapu sadur lemon (glaze) ke atas biskut dan biar mengeras.
Nak dapatkan lebih banyak resipi menarik? Layari laman web LACTEL dan cuba pelbagai menu mudah & enak untuk keluarga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda penggemar buah cempedak. KekCempedak ni mesti menjadi kegemaran anda. Ramuan isi cempedak tu lah killer dia. Usah kedekut bahan terutamanya isi cempedak tu.
Siapa yang teringin nak makan kek ni bolehlah follow resipi dari ZLC @ Zulfaza Loves Cooking ni. Hirisan cempedak tu dengan mentega (pure creamery) yang buat melantun aromanya satu rumah.
Bagi pemilik resipi ZLC makan panas panas pun sedap jugak. Kalau nak kek tu dipotong cantik, hiris kecil kecil cempedaknya, tapi kalau potong terbesar sikit tak jadi masalah pun , makan ketulan cempedaknya memang teramatlah sedapnya.
250 gm isi cempedak | buang biji dan potong kecil-kecil guna gunting lagi senang
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan gebu. 2. Tambah telur dan pukul hingga gebu. 3. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula secara kaup balik. 4. Masukkan isi cempedak dan gaul ala kadar supaya isi masih berkeping-keping. 5. Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius (suhu saya pakai 160 celcius jer,ikut jenis oven) atau sehingga masak. Saya guna loyang 8 inci.
.
NOTA DARI ZLC : Kek ni susah nak potong bagi cantik sebab cempedak tu tadi tak dipotong kecil-kecil. Bila dia (kyra) kata dah siap Zulfaza terus tuang dalam adunan kek tak QC pun. Masa gaul tu baru perasan ketul-ketul macam tak potong cempedak tu.Sah lah masa potong tak cantik.Cempedaknya tersangkut kat pisau gergaji hakak, tapi tak apa lah masuk tekak sama aje.
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengah hari ni? Menu Asam Pedas Kembung ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan – potong 2
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai – diketuk
4 biji tomato
15 batang bendi
60g MAGGI®️Sambal Tumis
1 mangkuk air asam jawa
MAGGI®️ Cukup Rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
2 biji cili merah
8 ulas bawang putih
2 inci belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, MAGGI®️Sambal Tumis dan serai sehingga masak dan garing.
Masukkan air asam jawa.
Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
Kemudian masukkan bendi dan ikan.
Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Seimbangkan rasa masam dan penggunaan daun kesum memberi aroma istimewa pada asam pedas.
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi biskut yang enak, ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 cawan gula icing – diayak
2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
Kuning telur secukupnya
Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!