
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Sekarang ni, masa untuk membuat biskut bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kami kongsikan resipi membuat Biskut Nescafe Badam yang pastinya sedap.
BISKUT NESCAFE BADAM
BAHAN A
• 1 cawan mentega
• 1 cawan gula perang
• 1 biji telur ayam grade A+
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil Nescafe
BAHAN B
• 2 cawan tepung gandum serba guna
• 3 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil baking powder
BAHAN C
• 3/4 cawan badam
• 1/4 cawan coklat chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C.
4. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Sudukan dalam dulang ikut bentuk yang disukai. Bakar pada suhu 170°C sehingga keperangan.
Resipi Oleh Siti Zahrah Bistamam dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Kek Sedap Rasa Untuk Minum Petang

Hidangan pencuci mulut umpama melengkapkan hidangan anda. Tidak kira ketika makan bersama keluarga mahupun saat menerima kunjungan tetamu. Resipi-resipi yang kami kongsikan ini pasti dapat memberikan idea-idea hidangan pencuci mulut apa yang hendak dihidangkan. Selamat mencuba.
KEK TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
½ biji tembikai
100gm kepingan badam | dibakar sedikit
225gm krim putar
Sedikit buahan segar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Potong tembikai mengikut bentuk sebiji kek.
2. Pukul krim putar sehingga kembang dan sapukan ke sekeliling buah tembikau tadi untuk membentuk menjadi kek.
3. Akhir sekali, hias kek tembikai dengan buah-buahan segar seperti strawberi, anggur dan potongan kiwi.
4. Tabur badam di sekeliling kek tembikai.
5. Sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 5-7
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa segar dan manis tembikai dan lemak krim putar serasi
Cara Memasak : –
Anggaran harga: RM15-RM20
INFO CHEF : Untuk lebih enak, masukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu dan selepas itu barulah boleh dipotong dan dinikmati.
PASTRI KELOPAK MAWAR EPAL
BAHAN-BAHAN:
½ paket puff pastry
4 biji epal merah |hiris
2 sudu makan jem aprikot
BAHAN A:
500ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh perahan lemon
CARA MEMASAK:
1. Potong puff pastry memanjang 20cm panjang x 3.75cm lebar dan sapukan sedikit jem apricot. Ketepikan.
2. Setelah itu, dalam satu mangkuk campurkan bahan A.
3. Hiriskan epal merah nipis-nipis dan masukkan ke dalam bahan A tadi. Gaul sekata.
4. Masukkan ke dalam mikrowave selama tiga minit dan sejatkan air.
5. Bentangkan puff pastry dan susun hirisan nipis epal tadi di atasnya dan lipat puff pastry tadi menutup separuh hirisan epal dan gulung perlahan-lahan sehingga menjadi bentuk kelopak mawar.
6. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa yang lemak
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
INFO CHEF: Bentuk kelopak umpama mawar itu menarik perhatian.
CARROT CAKE WITH MERINGUE
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
454gm lobak |parut kasar
3 biji telur
125ml buttermilk
1 sudu teh esen vanila
450gm gula
250ml minyak sayur-sayuran
1 sudu makan parutan kulit oren
BAHAN B (AYAK):
375gm tepung gandum
1 sudu teh soda
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
BAHAN UNTUK MEMBUAT MERINGUE:
4 biji telur putih
180gm gula kastor
½ sudu teh cream of tartar
1sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Campurkan telur, buttermilk, esen vanila, gula, minyak sayur dan parutan kulit oren. Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B. Gaul sekata.
3. Setelah itu masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam acuan kek cawan yang telah disusun di dalam loyang dan bakar selama 25 minit pada suhu 165C.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat meringue; Satukan kesemua bahan dan masak sehingga gula larut dengan menggunakan teknik double boil.
6. Masukkan ke dalam dlm mixer dan pukul sehingga kembang.
7. Paipkan di atas kek cawan dan bakar meringue menggunakan ‘blow torch’ untuk menghasilkan teknik marshmallow yang dibakar.
8. Sedia dinikmati.
Saiz Hidangan 6-8 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak lobak merah dan manis meringue
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
INFO CHEF: Lobak merah diparut kasar supaya masih boleh dirasa teksturnya ketika mengunyah kek cawan.
Kek Mendap Di Tengah? Ketahui 14 lagi Punca Kenapa Kek Tak Menjadi!

Isi Kandungan
ToggleKek yang di buat selalu tak menjadi? Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.
1. Kek Terlalu Lembap dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
2. Kek Merekah di Atas
- Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan loyang terlalu kecil.
3. Kek yang Mendap di Tengahnya
- Ukuran acuan tin tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
4. Kek Tidak Naik Sekata
- Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
- Bancuhan tepung tidak sebati
- Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
- Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
- Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
5. Kek Menjadi Bantat
- Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
- Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
- Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
- Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
- Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
- Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
- Suhu ketuhar terlalu rendah.
6. Kek Mendap pada Bahagian Tengah
- Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
- Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
- Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
- Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
- Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
- Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
- Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
- Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
7. Kek Terlalu Lembab dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
- Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
8. Kek Terlalu Berat
- Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
- Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
- Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
- Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
- Gula yang digunakan melebihi sukatan
- Terlalu banyak cecair
- Suhu ketuhar terlalu rendah
9. Kek Merekah
- Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
- Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
- Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan / loyang terlalu kecil.
- Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
10. Kek Buah Mendap
- Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
- Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
11. Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
- Terlebih serbuk penaik
- Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
- Adunan tidak dipukul sebati
12. Kek Menjadi Keras
- Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
- Terlalu banyak tepung gandum.
- Tidak cukup cecair
- Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
- Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
- Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
- Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
- Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
13. Kek Menjadi Kering
- Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
14. Kek Menjadi seperti Roti
- Sukatan serbuk penaik tidak tepat
- Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
- Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
- Tepung tidak sesuai
- Adunan tidak dipukul dengan sebati
15. Kek Menjadi seperti Bingka
- Bancuhan tidak dipukul sebati
- Terlampau banyak cecair
- Tepung terlalu sedikit
- Suhu ketuhar tidak cukup panas
Kek Nescafe Moist, Penggemar Kopi Pasti Suka

Biasa kita dengar kek coklat moist aje, tapi kek Nescafe moist pun ramai penggemarnya. Bila membakar aroma kopinya harum mewangi. Apa tidaknya dalam ramuan ada nescafe, emulco kopi dan paling best ada serbuk koko juga. Memang mantaplah
Ni resipi kek nescafe moist yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans, buatnya pun tak lah susah sangat. Penggemar kopi dan koko pasti suka.
KEK NESCAFE MOIST
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu besar ovalate
- 1 sudu kecil kopi emulcoe
*mix sampai kembang
Bahan diayak :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 4 sudu besar nescafe halus
- 1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)
- 1sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil garam halus
*kemudian tambahkan bahan ini ke dalam campuran yang dah kembang tadi :
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Masukkan campuran tepung, dah selesai kacau guna tangan pun boleh.
2. 1/2 tin air nescafee latte panaskan dalam periuk
3. Tuangkan dalam adunan dan kacau
4. Panaskan pengukus, isi adunan dalam loyang dan kukus 30 hingga 40 minit
.
5. Topping terpulang kepada citarasa masing-masing.
.
FB : Azlina Ina Fans
INGIN MENCARI OVEN TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :
Jenis Biji Kopi Penentu Rasa. Ni 5 Jenis Yang Popular, Selamat Hari Kopi Sedunia
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Persis Seperti Di Kedai Bakery!