Biasanya kita makan nasi lemak dengan ayam goreng berempah, kan? Pernah tak terfikir nak makan nasi lemak dengan ikan siakap yang digoreng rangup? Siap ada sup tauhu. Haaaa itulah keistimewaan nasi lemak kukus di Restoran Ngeteh Santai.

Ya, memang kedengaran macam pelik tapi setiap hari orang ramai sanggup menunggu meja kosong untuk duduk makan nasi lemak kukus ikan siakap goreng ini. Ini diakui sendiri oleh pemilik stall Dapo Kecik Kubisbunga, Nur Maisarah binti Mat Noh yang mesra dipanggil Sara.

 

Nasi lemak kukus ikan siakap goreng dimakan dengan sup tauhu.

 

Terletak di restoran Ngeteh Santai, stall nasi lemak kukus ikan siakap goreng menyediakan pelbagai menu nasi lemak. Namun yang paling mendapat perhatian adalah nasi lemak yang dimakan dengan ikan siakap goreng.

“Keunikan dan keistimewaan nasi lemak kukus di stall kami adalah setiap menu dihidangkan panas-panas. Kami akan kukus dan goreng ikan siakap selepas ianya dipesan. Jadi memang panas dan pasti pelanggan lebih berselera untuk makan,” kata Sara.

Set nasi lemak ayam goreng berempah.

Selain ikan siakap goreng, variasi nasi lemak di sini adalah Nasi Lemak Kukus Rendang Ijo dan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas bersama sup tauhu.

IKLAN

“Rendang ijo di sini juga mendapat permintaan tinggi kerana dimasak dengan cara istimewa. Biasanya rendang ijo ini terdapat di Negeri Sembilan tapi kami bawakan kepada pelanggan di sini iaitu di Batu Pahat, Johor.”

BERMULA SEJAK PKPB

Ayam dan ikan hanya digoreng selepas dipesan. Jadi boleh makan panas-panas.

Stall nasi lemak kukus ini memulakan operasi sejak Jun 2020 yang lalu. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran sudah boleh beroperasi dengan syarat yang tertentu.

“Saya menyewa stall di restoran Ngeteh Santai dan memilih untuk menjual nasi lemak. Nasi Lemak dengan orang Malaysia tak dapat dipisahkan jadi saya pilih menu ni sebab sangat dekat dengan cita rasa orang tempatan tak kira bangsa.

Alhamdulillah sambutan dari hari pertama hingga hari ini amat menggalakkan. Sehingga kami terpaksa tambah meja, tambah kerusi dan juga tambah pekerja. Waktu kemuncak di sini adalah dari jam 8 malam hingga 10 malam. Ada pelanggan sanggup tunggu meja kosong kerana nak makan nasi lemak kukus kami yang berbeza daripada kedai lain.”

Suasana pada waktu malam.

Pelanggan yang datang makan di sini.

Happy customer.

Menurut Sara, dia mengusahakan katering dan servis penghantaran makanan bersama arwah ibunya selama hampir lapan tahun. Selepas ibunya meninggal dunia, Sara meneruskan legasi bisnes ini dengan cara membuka stall di Ngeteh Santai.

“Lagipun di sini lokasinya menarik. Tepi Sungai Batu Pahat. Saya jemput orang ramai sekitar Batu Pahat Johor ini untuk cuba Nasi Lemak Kukus Ikan Siakap Goreng yang dimakan dengan sup tauhu. Sangat sedap! Ngeteh Santai adalah restoran berkonsep stall. Jadi boleh cuba pelbagai jenis makanan di sini.”

 

BERAPA HARGA?

Boleh rujuk menu ni untuk info harga ya.

 

 

NAMA RESTORAN: Ngeteh Santai
NAMA STALL: Dapo Kecik Kubisbunga
LOKASI: No. 210, Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor (Belakang Klinik Nur)
WAJIB CUBA: Nasi lemak kukus ikan siakap goreng

 

Selamat menjamu selera!

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang dengan blender baru. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Nak info pasal lokasi tempat makan yang best? Jom tengok video ni!
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7