Ada peluang buat biskut raya di waktu yang terluang ni, jomlah kita buat dari membazir masa tidak membuat apa.Biskut nestum rangup,kriuk kriuk. Sedap ni jadikan kudapan sambil tengok televisyen.
CARA MEMASAK: *sebatikan gula dengan marjerin. 1.Masukkan telur,susu,serbuk koko,tepung,baking powder,gaul rata. 2.Masukkan badam cincang ikut suka banyak mana,anggaran 1/2 cawan gaul hingga menjadi doh yang tak lekat ditangan. 3.Ambil doh bulat-bulatkan dan leperkan sebesar syiling 20sen,gaulkan dengan nestum.
4.Bakar dengan suhu 150° – 25 minit. 5.Bila biskut dah masak letak atas ridai,bolehla pipingkan dengan coklat masakan dan hiaskan dengan cips strawberi. Kredit: Roserosnah Rose
Agar-agar Santan Sirap Ros ni memang nyaman aje rasanya. Sedap berperisa sirap ros, ada rasa lemak dengan lapisan santan. Resipi dari Naz@ovenkecil.blogspot ni boleh dicuba.Resipi daripada warisan bondanya di kampung, tetapi telah diubahsuai untuk kuantiti yang kecil sedikit.
Bahan-bahannya mudah aje, resipi ini telah pun dicuba Maisarah Sidi. Katanya ikut saja resipi dan tip yang diberikan. InsyaAllah menjadi.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS Oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan
* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
CARA MEMASAKNYA :
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah kawal api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api. Keluarkan daun pandan.
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah.
*Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.
*Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe.
Bila isu sardin cacing viral, nak beli pun dah rasa was-was. Inikan pula nak makan yang dah dimasak di kedai-kedai, memang jauh sekali. Jadi jika kamu rasa tidak yakin dengan kebersihan sardin tin, boleh cuba cara sardin homemade ni. Rasanya sedap malah lebih puas hati!
RESIPI SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3kg +- Ikan sardin / saba macerel / ikan selayang
2 biji bawang holand | dikisar
10 biji tomato | dikisar
1 tin tomato puree | dalam +-400grm
1 tin air | guna tin tomato puree
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bersih2..sy guna ikan sardin + saba macerel
Masukkan ikan..ratakan kedudukan ikan..pastikan ikan tenggelam..kuah juga elok cair utk elakkan hangit dibawah..
Set high preasure 80 mnt..klu buat ikan 1kg 60mnt dah cukup,nnt test dulu samada tulang ikan dah lembut..klu belum lembut,tambah masa HP 5 mnt lagi..jika kuah terlalu cair,bole Stir fry bagi kering ckit..selamat mencuba
Ikan sardin yg dah siap..
Tulang ikan lembut
Hasilnya dan cara saya simpan untuk disejuk bekukan
Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yang tersendiri. Itulah Lana Nodin. Aura dan pesona jelita yang ada pada selebriti ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.
Kesempatan menjadi tetamu jemputan Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua ini membuka peluang kepada beliau untuk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan.
Jangan tak tahu, suri hati kepada Mohd Daud McKienzie ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Lana juga memang pandai memasak dan handal di dapur tau. Lihat sahaja akaun instagram beliau. Banyak resipi ada dikongsi.
Nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan dan Lana Nodin dalam episod kali ini ? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. MASAK LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
2kg daging salai
1kg santan pekat
Kunyit hidup
Cili padi
Cili merah
3 batang serai
Daun kunyit
Asam keping
Garam
CARA MEMASAK
1. Kisarkan cili padi, cili merah, kunyit hidup dan sedikit air.
2. Masukkan air ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau secara perlahan supaya tidak pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan bahan kisar dan daging yang telah disalai ke dalam periuk.
5. Masukkan serai yang telah diketuk dan kacau daging sehingga menjadi empuk.
6. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN:
10 helai daun pandan | kisar
125ml air
10 biji telur
225gm gula kastor
1 liter santan pekat
Garam
2 sudu makan minyak
120gm tepung gandum
2 sudu makan bijan
Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan tepung gandum, gula kastor, telur, 1 cawan air pandan dan pewarna hijau.
2. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas adunan.
3. Campurkan dengan santan dan setengah sudu garam.
4. Panaskan acuan bunga kemboja. Kemudian diletakkan minyak dan acuan dimasukkan semula ke dalam oven.
5. Taburkan bijan ke dalam acuan dan tuangkan adunan yang telah dibuat tadi ke dalam bekas acuan. Tambahkan lagi bijan di atas adunan.
6. Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dengan suhu 180℃ selama 30-40 minit.
7. Setelah siap dibakar, sejukkan di luar.
8. Sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).