Program bual bicara terbaharu, Borak SeeNI kini bersiaran secara langsung di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi yang akan membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, selaku rakan penghasil kandungan bersama Astro Prima, program Borak SeeNI diolah daripada aplikasi SeeNI yang memuatkan 17 kandungan digital bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Saya amat teruja dengan program bual bicara secara langsung antara Astro Prima dan Nu Ideaktiv ini.
Ads
“Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak ini akan berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, diharapkan agar usaha ini mampu memantapkan landskap digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosi serta memperkukuh jenama masing-masing,” katanya.
Gandingan Tujuh Hos Versatil
Antara hos program yang menghiasi kaca televisyen anda ialah Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Hunny Madu, Nana Mahazan, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Borak SeeNI turut mengetengahkan perkongsian pakar serta individu penyumbang inspirasi dalam bidang masing-masing.
Ads
Dengan penggunaan teknologi ‘Extended Reality’ (XR) dan ‘Augmented Reality’ (AR) yang moden, Borak SeeNI mampu menampilkan visual terkini bagi mengetengahkan produk serta perkhidmatan secara dinamik demi menyokong PKS.
Tayangan ulang Borak SeeNI boleh ditonton pada hari yang sama, jam 5 petang di saluran Astro Prima, On Demand Astro Ultra atau Ulti Box, aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Ads
Ditanya mengenai kriteria pemilihan hos, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv dan PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman memaklumkan bahawa barisan hos ini mempunyai personaliti unik meskipun hadir daripada latar belakang berbeza.
Tambah beliau, kepelbagaian personaliti mampu memberi keharmonian sepanjang bekerja agar dapat mencapai objektif program iaitu menyasarkan semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebagai sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang telah bertapak di Malaysia hampir 50 tahun, Fonterra sentiasa memacu usaha-usaha inovasi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan setiap orang dalam keluarga rakyat Malaysia. Oleh itu baru-baru ini, Fonterra telah memperkenalkan Susu tepung Fernleaf Protein+ iaitu salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat negara ini.
Kenali Susu Tepung Fernleaf Protein+
Merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi.
Ia dihasilkan dengan kombinasi unik – susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya).
Mempunyai rasa yang lazat dan berkrim.
Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas.
Tiga jenis protein yang terkandung di dalam Fernleaf Protein+ boleh membantu membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk tubuh apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa dan diperkaya dengan kalsium, vitamin B2, dan vitamin D untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!
Untuk menyediakannya, tambah tiga sudu besar susu tepung Fernleaf Protein+ ke dalam satu gelas (200ml) air suam dan kacau rata.
Anda boleh meminumnya secara sedia ada atau dalam bentuk popsicle, smoothie, bar protein atau banyak resipi lain supaya anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz iaitu 800gm dan 280gm. Dapatkan produk Fernleaf Protein+ di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.
Perayaan akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi! ‘Eat Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu. Para media dan blogger berkesempatan bergambar bersama kek pilihan yang istimewa di samping menyaksikan sendiri demo membuat macaron dan kek buah tradisional.
ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya. Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,” jelas Encik Ang.
Portal Eat Cake Today menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat, daripada perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai pembekal.
Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40 kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.
Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut kemahuan pelanggan.
Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.
Mamee Monster, siapa je yang tak suka dengan snek makanan ringan dengan bungkusan ceria berwarna biru dan kuning ini. Rasanya yang rangup dan sedap dengan perencah tersendiri.
Di sebalik populariti jenama ini yang berjaya dipasarkan ke 100 negara sejak berpuluh-puluhan tahun, pengasasnya Datuk Pang Chin Hin dilaporkan meninggal dunia, Sabtu lalu.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, Chin Hin, 96, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.03 pagi. Mendiang meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Menyingkap sejarah Mamee Monster, Chin Hin asalnya bermula sebagai pengedar kereta terpakai sehinggalah pada tahun 1971, beliau membuka kilang kecil di bawah nama Pacific Food Products di Melaka untuk mengeluarkan produk mi segera.
Meskipun begitu, kejayaan tidak bergolek. Produk pertama iaitu Lucky Instant Noodle yang dikeluarkan setahun selepas itu tidak mendapat sambutan dan gagal di pasaran.
Sehinggalah pada tahun 1974, anak lelaki Chin Hin, Tan Sri Pang Tee Chew mendapat ilham mi segera siap dengan perisa tambahan selepas melihat penoreh getah di Malaysia memakan mi segera yang belum dimasak terus dari bungkusan.
Snek makanan ringan itu kemudiannya diberi nama Mamee Monster, yang ternyata membawa tuah dan kejayaan besar buat syarikat Chin Hin.
Tahun demi tahun perubahan dilakukan dan syarikat kemudiannya diberi nama baru sebagai Mamee-Double Decker pada tahun 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan.
Antara produk keluaran syarikat ini ialah snek Double Decker, Mister Potato, Nutrigen dan mi segera Mamee Chef.