Buah Melaka, Kuih Paling Mudah Buat & Sedap.

Share

Onde-Onde atau kuih Buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai, Sesuai sangat kalau dijadikan menu minum petang ni.  Apa lagi resipi dah ada jomlah kita buat bersama-sama

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
  • Kelapa parut  | gaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
  5. Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
  7. Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
  8. Gaulkan dengan kelapa.
  9. Lakukan cara yang sama hingga habis.
  10. Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin