Menu sarapan hari ni kita buat lasagna menggunakan roti. Mudah dan sangat sedap.Ikut langkah berikut pasti menjadi lasagna anda. Makan dengan kopi panas juga istimewa. Bolehlah cuba buat nanti.
Lasagna:
Bahan-bahan:
Roti
Susu
Telur
Butter
Keju
Sos Preggo
Daging
Cendawan
Cara membuat:
1.Mula-mula buat bancuhan susu dan telur.
2.Buat kuah spageti mengikut selera masing-masing.
3.Lengserkan loyang dengan butter.
4.Celup roti dalam bancuhan susu dan telur kemudian lapiskan dalam loyang.
5.Letak kuah spagheti.
Ads
6.Letak kepingan keju.
7.Ulang langkah 1-3 sampai 3 lapis.
8.Taburkan parutan keju.
9.Tuang lebihan susu dan telur kalau ada.
10.Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 170c, atau mengikut oven masing-masing.
Ni dia dua resipi inovasi hebat daripada tenaga pengajar IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) Peretak, Selangor. Kulit tart yang dibuat ni lain daripada yang lain. Ada ramuan lobak di dalamnya. Roti rye fruit canape pula cukup sedap dengan pilihan buah, beri yang menambahkan kelazatan.
.
Dua resipi pastri dan bakeri (roti) ni memang berbaloi dicuba. Jom tengok resipinya.
KULIT TART LOBAK MERAH
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan tart :
450gm tepung superfine
250gm mentega
100gm gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
50gm serbuk lobak merah
Pewarna oren secukupnya
Bahan filling @ inti :
500gm krim keju
120gm gula kastor
2 biji kuning telur
2 sudu teh mentega
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK : Cara masak kulit tart : 1. Potong lobak merah sehingga halus untuk dikeringkan, kisar dan timbang. 2. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. 3. Masukkan pula kuning telur dan esen vanila ke dalam adunan tadi bersama pewarna oren. 4. Kacau hingga sebati. 5. Ayak pula tepung lalu masukkan ke dalam adunan, serbuk lobak merah dan gaul sebati sehingga menjadi doh. 6. Sapu acuan tart dengan mentega lalu masukkan doh kedalam acuan. 7. Bakar kulit tart dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan kulit dahulu 8. Paipkan filling,atas kulit tat tadi dan bakar lagi selama 10 minit.
Cara sediakan ‘filling’ @ inti : 1. Masukkan krim keju, mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun (mixer) 2. Putar sehingga kembang. 3. Masukkan kuning telur dan esen vanila 4. Kacau hingga sebati.Sedia untuk dimasukkan dalam kulit tart.
Saiz hidangan : 15 biji Masa memasak : 35 minit Jenis masakan : Tart Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kulit pastri tart menggunakan serbuk lobak merah memberikan kelainan dan berkhasiat Anggaran kos : RM 30
Info chef :Lobak merah perlu dikisar halus (serbuk)dan dikeringkan sebelum dimasukkan dalam adunan kulit tart
RYE BREAD FRUIT CANAPE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan rye bread :
700ml air
400gm tepung rye
15gm garam
20gm yis
600gm tepung roti
Krim pastri secukupnya
Strawberi | dipotong
Blueberi | dipotong
Pic | dipotong
Bahan krim pastri (segera) :
200gm kastad segera (instant)
250ml susu segar atau UHT
* Campurkan dan kacau hingga larut dan sebati
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semua bahan kering seperti tepung rye, yis dan garam. 2. Adunkan bahan kering dan masukkan air sedikit demi sedikit. 3. Adun sehingga sebati menjadi kenyal dan lembut 4. Rehatkan doh 20 minit 5. Timbang doh 200 gm untuk setiap unit doh 6. Bentukkan memanjang seperti rod dan biarkan doh kembang selama 45 minit atau sekali ganda dari saiz asal. 7. Bakar doh 25 minit pada suhu 200C 8. Sejukkan roti dan potong roti setebal ½ inci 9. Hiaskan dengan krim pastri dan susunkan buah strawberi, bluberi serta pic.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Makanan sihat roti berserat yang dimakan bersama buah-buahan. Jenis masakan : Roti Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF :Pastry krim segera tidak perlu dimasak. Hanya gaul dan larutkan
RESIPI : MOHD NOOR ALFAHIZAM BERAHIM, MOHD FAIRUZ A. GHAFFAR 7 AZAENN MOHD AZIZ TERIMA KASIH : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor. MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR ELEKTRIK, JOM LAYARI SHOPEE DI SINI.
Roti canai memang menjadi kegemaran semua. Tidak kira untuk dinikmati sama ada semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Kalau ada yang nak cuba buat sendiri boleh cuba buat menggunakan resipi ini.
Roti canai
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air -ni anggaran.Tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh
Cara membuat:
1.Satukan susu,telur,garam dan air,kacau sampai larut.
2.Masukkan tepung dan minyak dalam bekas.Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
3.Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.
4.Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas.Tuang sedikit minyak masak.Perap adunan 6-7 jam atau semalaman.Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tebar.
Roti John adalah antara street food popular di kalangan rakyat Malaysia. Bila bulan puasa, ia ibarat menu wajib ada di waktu berbuka. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!