Ada yang teringin nak makan Murtabak Daging mini panas-panas? Biasanya kalau nak makan, kena beli di pasar malam atau kedai. Dengan adanya resipi perkongsian saudari CikPuan SitiMasitah ini, anda tak perlu lagi beli. Buat sahaja di rumah. Resipinya sangat mudah malah tak perlu uli tepung. Hanya guna kulit popia sahaja. Mudah kan? Inti dagingnya memang enak. Malah resipi ini juga sesuai untuk di ‘frozen’. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI MURTABAK DAGING MINI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Daging cincang/ kisar secukupnya Bawang merah – hiris – beli online disini Bawang putih – hiris – beli online disini Serbuk kari secukupnya – beli online disini Ubi kentang secukupnya – beli online disini 1-2 tangkai daun kari Sedikit air Garam & gula secukup rasa Kulit popia secukupnya 1-2 biji telur Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK: 1.Pertama sekali sediakan inti. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2.Masukkan serbuk kari, kentang, daging cincang, daun kari dan sedikit air. Masak hingga inti empuk. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Sejukkan. Sukatan bahan inti bergantung pada selera masing-masing.
3. Pecahkan telur 1-2 biji (bergantung pada inti). Nak tambah bawang atau daun sup pun boleh. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Inti yang sudah dicampur telur.
Ads
5. Letak inti di tengah-tengah kulit popia dengan secukupnya.
6. Lipat kulit popia empat segi sebegini.Tip supaya kulit popia melekat ialah letak sedikit bancuhan tepung gandum.
7. Ulang proses yang sama untuk kepingan murtabak yang lain. Lakukan hingga habis.
8. Untuk menggoreng, masak murtabak menggunakan kuli non-stick. Kalau nak goreng murtabak guna minyak yang sedikit pun boleh.
9. Murtabak Daging mini yang sangat sedap siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Ads
10. Murtabak ni nak buat inti tebal mana pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Sedapnya kalau dapat makan Cendol Santan Gula Melaka sejuk-sejuk. Terasa nak buat sendiri di rumah? Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Lagi berbaloi buat sendiri berbanding beli di kedai. Memang puas makan. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Anda pasti puas hati dengan rasa dan hasilnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Ramai yang tahu oat boleh bantu turunkan berat badan. Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan. Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh bantu turunkan berat badan.
Jom ikuti kisah Kak Long Faizah.
Bila facebook throwback gambar Kak Faie sebelum bermula bertukar gaya hidup sihat dan pemakanan sihat ni. Mulalah nak throwback jugak macam mana tekad nya diriku ini. Tiga bulan on off MC aka cuti sakit sebab pergelangan kaki membengkak. Hampir menangis bila nak berjalan pun seksa yang amat tau.
Bila pi satu klinik ni doktor suh buat check darah sebab dia suspek Gout. dah keluar results rupanya daku ada penyakit Rheumatoid Athiritis. Lebih kurang 2 bulan sementara nak hilang sakit selepas dapat ubat yang betul memang seksa sangat. Lepas pergelangan kaki dia serang sendi-sendi di tangan. Nak buat susu, nak tepuk baby twin tidur semua menangis tau. Sakittt.
Alhamdulillah akhirnya amik keputusan nak ubah berat badan nak susut kan badan supaya darah dalam badan jadi elok semula. Agak lama jugak nak sampai ke tahap ni hampir 2 tahun dari berat 91.6 kg kepada 67 kg. Perghhh.
Jom try buat Bubur Oat Lambuk.
BUBUR OAT LAMBUK
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 keping dada ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
3 sudu besar rolled oat (rendam sekejap)
2 cawan air
2 biji buah pelaga
Lada hitam
Garam
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam dan lobak merah. Tunggu hingga ayam masak.
2. Masukkan rolled oat, 2 cawan air, buah pelaga, lada hitam dan garam. Biar sehingga oat kembang dan masak.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)