Resipi Pizza Mini homemade resipi perkongsian saudari Natasha Jeffrey ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya ringkas sahaja seakan pizza bajet yang biasa dibeli di kedai-kedai roti. Anak-anak memang suka pizza begini. Jom belajar buat sendiri. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan di waktu minum petang di musim PKP ni.
1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. 2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit. 4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
CARA MEMASAK: 1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing. 3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.
Jom cuba buat cili jeruk homemade. Hidangan sampingan ni yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap dan tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noriffah Mohd Hassanni.
CARA BUAT CILI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
Balang kaca – basuh & lap kering-kering
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka makan
CARA MEMBUAT:
1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.
5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
INFO RASA:
Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.
Selepas pelbagai resipi nasi kita buat untuk berbuka puasa, apa kata kita cuba pula masak mi dan mihun untuk hidangan utama keluarga. RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Anda boleh cuba salah satu kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan.
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning
40 gram bawang merah kisar
30 gram bawang putih kisar
20 gram cili boh
30 gram kuah kacang segera
100 gram bebola ikan hiris
100gm fish cake | hiris
100 gram isi ayam potong dadu
50 gram udang
1 keping tauhu | goreng hiris nipis
3 biji telur
50 gram tauge
50 sawi | potong
Minyak masak secukupnya
BAHAN KUAH KACANG
300 gram kacang tanah
500 gram bawang merah kisar
300 gram bawang putih kisar
30 gram udang kering
500 gram cili boh
3 liter air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
Untuk memasak kuah kacang, kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
MI SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
1 liter air 2gm bunga lawang
5 helai daun limau purut |kisar
2 gram biji pelaga
2 gram kulit kayu manis
50 gram bawang merah | kisar
30 gram bawang putih | kisar
5 gram halia
1/2 peket rempah sup
1 batang serai | titik
5 gram jintan manis
5 gram jintan putih
5 gram serbuk lada hitam
50 gram isi ayam
20 gram serbuk ketumbar
10 ml minyak masak
400 gram nasi impit | rebus
100 gram bawang goreng | hiasan
30 gram tauge | hiasan
Sedikit hirisan cili merah | hirisan
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN SAMBAL KICAP CILI PADI:
20 gram cili padi merah/cili api
5 gram bawang putih
150 ml kicap lemak manis
5 ml air limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | rendam dan tos
10 ml minyak masak
50 gram bawang merah kisar
30 gram bawang putih kisar
5 gram lada putih
5 gram lada hitam
100 gram isi ayam potong dadu
100 gram udang
100 gram sotong
50 gram lobakmerah hiris panjang
10 gram daun bawang hiris panjang
1 biji telur
10 gram cili merah hiris
Sedikit daun kucai | hiris
Sedikit tauge
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
MI LADNA
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
10 gram halia kisar
30 gram bawang putih kisar
100 gram isi ayam
50 sotong
50 gram udang
50 gram sawi
5 biji cili padi | belah dua
50 gram lobak | hiris
50 gram bunga kobis | potong
4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
500 liter air
30 ml sos tiram
5 ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK
1. Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
MIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | celur
Minyak masak secukupnya
BAHAN PES:
30 gram bawang merah
20 gram bawang putih
20 gram cili merah
30 gram cili kering
10 gram lengkuas
2 batang serai | ketuk
8 gram udang kering
5 helai daun limau purut
10 gram belacan | bakar
30 ml air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
5 liter air
BAHAN SUP
100 gram ayam
100 gram udang
50 gram sotong
15 gram bawang besar hiris
10 gram bawang putih hiris
10 gram lengkuas
1 biji buah tomato | belah empat
10 ml sos ikan
5 ml limau nipis
10 biji cili padi | belah dua
15 gram daun ketumbar | racik
50 gram bunga kubis | potong
50 gram lobak | potong
5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Semua bahan pes tomyam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga menjadi pes tomyam.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tomyam. Biarkan mendidih.
7. Tuang kuah tomyam ke atas mihun yang siap dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
20 gram bawang putih | kisar
30 gram bawang merah | kisar
100 gram isi ayam
100 gram udang
50 ml kicap pekat
5 gram lada hitam
30 ml sos tomato
30 ml sos tiram
500 ml air
10 gram cili merah | hiris nipis
40 gram bawang goreng
1 biji telur
50 gram bunga kubis | potong
30 gram sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
MI BAKSO
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
Colek ada pelbagai jenis. Salah satunya adalah jenis serbuk yang sedap yang dinamakan serbuk colek ala Thai. Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Sememangnya sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.