Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!

Share

Sedapnya Puding Biskut Cream Cracker ni. Makan sejuk-sejuk masa cuaca panas memang layan. Rasa kongsikan resipi mudah perkongsian saudari Siti Aishah Hussin yang boleh anda dicuba. Istimewanya resipi ni hanya guna tiga bahan. Sangat simple. Cubalah, pasti puas hati.

 

CARA BUAT PUDING BISKUT CREAM CRACKER

BAHAN-BAHAN:

  • 24 keping biskut cream cracker – beli online DISINI
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis – beli online DISINI
  • Pewarna kegemaran – beli online DISINI

CARA MEMASAK:
1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang. Toskan.
2. Masukkan biskut, telur dan susu pekat manis ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu ikut warna kegemaran.
4. Tuang sedikit adunan warna pertama ke dalam loyang. Kukus 5 minit.


5. Tuang lapisan kedua. Kukus lagi lagi 5 minit. Ulang langkah sama hingga adunan habis.


6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit.


7. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Aishah Hussin

 

Dapatkan PERIUK KUKUSAN pelbagai saiz secara ONLINE. Macam-macam menu boleh masak.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur