
Selain patin tempoyak, sambal hitam ini antara hidangan dari negeri Pahang. Menggunakan belimbing buluh, ia perlu direbus berjam-jam sebelum dijadikan sambal. Tujuannya supaya sambal ini tahan lama.
Tapi jika nak menyediakannya untuk sekali makan ada cara pantas untuk menghidangkan sambal hitam ini tanpa perlu merebus lama belimbing buluh. Caranya dikongsi oleh Habib Izzah
Cara buat sambal hitam tanpa perlu rebus belimbing
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili ikut kepadasan masing-masing
Belimbing buluh
Minyak masak

Cara penyediaan:
- Kisar bawang dan ikan bilis dulu, kemudian tumis.
- Bila tumisan agak kering baru kisar cili dan belimbing. Kemudian tuang dalam kuali menumis bawang tadi.

4. Kacau-kacau sebati.
5. Bila tumisan masak dan pecah minyak perasakan dengan garam

6. Kacau lagi hingga kering. Bila dah kering, siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas

Sumber : Habib Izzah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Step By Step Buat Ikan Sardin Homemade. Lebih Sedap, Bersih & Diyakini Halal.

Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi anda pernah tak terfikir untuk buat sendiri secara homemade sardin seperti yang dijual dalam tin tu? Serius memang tak susah kalau nak buat. Anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. Sekali cuba, pasti anda akan jarang beli sardin tin dah lepas ni.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
CARA BUAT IKAN SARDIN TIN SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 ekor ikan sardin segar (bersihkan buang kepala & ekor)
- 2 biji tomato ranum
- 2 labu bawang besar merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 cawan tomato purée
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 cawan air + secukupnya
- Garam & gula secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Bawang besar, bawang putih dan tomato dikisar halus.

2. Dalam periuk, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan kisar beberapa minit.

3. Masukkan tomato purée dan sos tomato. Tambah air dalam secawan.

4. Masukkan ikan dan tenggelamkan dalam kuah.

5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF:
- Jika selepas 60 minit ikan belum cukup lembut, boleh tambah masak 30 minit lagi. Tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat.
- Kalau guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
- Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
- Kalau simpan dalam freezer, letakkan dalam bekas yang kecik (portion untuk sekali masak).
Kredit gambar & resipi sepenuhnya : Chef Sue M. Arukin
Resepi Sos Siakap Mangga Homemade Paling Power, Mudah & Padu!

Sajian Thailand sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya, Siakap Mangga ni. Memang sedap dan ramai yang suka. Satu hidangan ni kalau makan di restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata, anda cuba masak sendiri. Saudari Mariana Zainal ada kongsikan resipinya. Sangat ringkas dan pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SIAKAP MANGGA STAIL SIAM

BAHAN-BAHAN:
- Ikan siakap
- Tepung jagung
- Garam
BAHAN SOS:
1 botol sos pencicah Thai (Maepranom sweet chilli sauce)
1/2 botol sos cili Thai Life
2 rencis kicap masin
1 cawan air
5 biji cili merah – untuk rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi siam
5 ulas bawang putih
4-5 akar ketumbar
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mangga muda – diparut atau dicincang
Bawang besar – hiris nipis
Cili padi – hiris
Cili merah – hiris
Daun salad
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan siakap dan bersihkan dengan asam jawa. Kemudian lumurkan dengan garam serta tepung jagung dengan secukupnya.
2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Untuk membuat sos, tumbuk cili merah, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan juga sos pencicah Thai, sos cili thai, kicap masin dan air. Masak hingga mendidih dan padamkan api.

5. Untuk menghidang Siakap Mangga ini, letak ikan dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad.

6. Taburkan hirisan mangga, bawang besar, cili padi dan cili merah.
7. Akhir sekali, tuangkan sos yang dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak
Kak Ros Kongsi Resipi Sotong Tumis Pedas Warisan Mertua. Anak-Anak Memang Suka!
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Tambah Cili Solok. Ini Rahsia Masak Sayur Lemak Ikan Rebus Jadi Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!

Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam.

Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.
1. PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai – hiris nipis
- Sedikit belacan
- Kunyit hidup
- Daun kunyit – hiris
- Air asam jawa secukupnya
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus.
- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
- Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
2. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- BAwang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Gula melaka/ gula putih
- Air asam jawa secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
- Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan garamdan perisa. Tutup api.
3. PES GULAI IKAN
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah – hiris halus
- Bawang putih – hiris halus
- Halba campur
- Daun kari
- Air asam jawa
- Garam
BAHAN KISAR:
- Rempah kari ikan
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit cili kering
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
- Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
- Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.
4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar
- Ubi kentang
- Mentega
- Sos lada hitam
- Sos tiram
- Kicap
- Serbuk lada putih
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.
CARA MEMASAK:
- Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
- Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega.
- Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi.
- Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
- Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
- Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
- Masak hingga pekat dan naik bau.
- Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.
5. PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis – dibuang tulang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Segenggam cili padi
- Kiub pati ikan bilis
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
- Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
- Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.
6. PES ASAM PEDAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- 1 biji tomato- dibuang biji
- Sedikit belacan
- Serai – diketuk
- Gula, garam dan perasa secukupnya
- Air asam jawa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
- Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
- Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.
NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang anda guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Sapina Shahabudin

