Memang banyak sekarang ini churos dijual. Malah di food truck pun ada. Boleh dapat dengan mudah. Makan panas-panas. Kan?
Tapi cuba anda buat sendiri churos di rumah. Bukannya susah. Bahan pun tak banyak yang diperlukan. Kalau anda memang peminat churos, mesti puas makan. Tak percaya? Cubalah buat sendiri.
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 sudu besar gula halus
15 gram mentega
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 biji telur ayam
1 camca teh esen vanila
BAHAN SALUTAN
Sedikit gula halus
1 camca teh serbuk kayu manis
CARA MEMASAK
1.Masukkan air, gula halus dan mentega ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Masukkan tepung gandum dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sampai habis sambil dikacau. Masukkan baking powder.
3.Pastikan adunan lembut dan tidak bergentel.
4.Masukkan telur ayam dan esen vanila. Kacau sampai adunan likat.
5.Panaskan minyak masak. Guna paip nozel bintang. Paipkan ke dalam minyak masak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
6.Salutkan dengan bahan salutan.
BAHAN SOS
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin
CARA MEMASAK
1.Masukkan semua bahan dalam periuk.
2.Masak atas dapur dengan api kecil.
3.Sentiasa kacau sehingga pekat.
Tip untuk anda buat churos lebih sedap
Untuk lebih sedap boleh juga gantikan marjerin dengan mentega.