Resipi Kentang Gorengsedap ala restoran K Fry perkongsian saudari MasAyu Legacy ini nampak sangat membuka selera. Menurut beliau, tak puas menikmati hidangan ini di restoran, jadi beliau cuba menghasilkannya sendiri. Memang puas hati dan sangat berbaloi untuk dicuba kerana rasanya memang sangat enak! Cara membuatnya pun sangat mudah. Jadi, jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
CARA MEMASAK: 1. Goreng daging sekejap. Kemudian buang minyak. (Empunya resipi tidak ada stok daging cincang, jadi beliau gantikan dengan daging burger sahaja.)
Ads
2. Hancurkan daging tadi menjadi ketulan-ketulan kecil. Bila sudah siap, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang dengan secukupnya, hingga masak.
4. Pada masa yang sama, boleh buat sos. Satukan mayones, madu dan jus lemon. Sukatannya ikut selera masing-masing. Jika suka rasa sos yang tajam (masam), boleh lebihkan lemon. Gaul rata.
5. Ubi kentang yang telah siap digoreng.
6. Letak campuran mayones tadi di atas kentang. Tinggalkan sedikit sos untuk digaul bersama daging.
7. Tabur hirisan bawang yang telah dipotong dadu.
Ads
8. Kemudian taburkan juga daun bawang dengan secukupnya.
9. Ambil daging yang dimasak tadi. Gaulkan dengan lebihan sos mayones.
10. Masukkan juga bawang dan daun bawang. Gaul rata.
11. Tuang ke atas ubi kentang tadi. Siap untuk dinikmati.
Sedapnya Ikan Siakap Stim ni. Bagi yang kurang berselera makan atau tak tahu nak masak apa, menu yang dikongsi oleh saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah, sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah. Malah penggunaan sos tiram juga memberikan rasa yang lebih enak hinggakan anak-anak pun suka akan rasanya. Jom cuba masak.
RESIPI SIAKAP STIM CAMPAK-CAMPAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap sederhana besar – dibersihkan 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 3 sudu makan sos ikan – beli online disini 6 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini 2 inci halia – dipotong halus 1/2 biji bawang holland – dipotong dadu – beli online disini 1 biji tomato – dipotong dadu 1 batang serai – dihiris nipis 4-5 biji cili padi – dipotong halus 2 biji limau nipis Sedikit daun ketumbar Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Lumurkan garam dan gula pada ikan hingga rata.
2. Kemudian letakkan sos tiram. Sapu hingga rata di semua tempat termasuklah dalam perut ikan.
3. Hiris semua bahan rencah mengikut citarasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Perah jus limau dan curahkan sos ikan.
5. Sedia untuk dikukus selama 30 minit. Dah siap!
6. Siakap Stim paling senang sedia untuk dinikmati.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sedap dan mengekalkan cita rasa asli dan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Lebih sedao sebab dihidangkan panas-panas dari dapur. Anda penggemar masakan Cina, berikut Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam berbesar hati berkongsi lima menu masakan Cina boleh anda cuba.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Bahang Hari Raya semakin terasa, pasti anda sibuk membilang balang biskut raya yang telah ditempah. Kalau tak cukup, tempahan pula sudah ditutup. Jangan risau, berikut RASA kongsikan lima resipi biskut raya yang boleh buat sendiri tanpa acuan pun. Lebih senang. Mudah dan gerenti sedap.
BISKUT CHOCOLATE CRINKLES
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula Kastor
1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kopi(serbuk nescafee)
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula aising
CARA MEMASAK:
Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
Susun ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.
BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm mentega
300gm tepung serbaguna
150gm gula icing
100gm buahan-buahan campuran
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
1/4sudu teh parutan lemon
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
Gaul sehingga sebati.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C
Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT BEBOLA COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
1 cawan tepung naik sendiri
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1 1/2 sudu teh serbuk koko
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
250gm coklat masakan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati
Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
Biarkan coklat mengeras baru sedia dihidangkan atau simpan.
BISKUT NESTUM MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
1 1/2 cawan tepung serbaguna
4 cawan nestum
2 cawan coklat urai
1 biji telur
2 sudu makan madu
1 cawan gula perang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
Masukkan telur. Pukul lagi
Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
Gaul sebati.
Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
3 cawan cornflakes
1/2 cawan madu
1/2 cawan gula castor
½ cawan peanut butter
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!