Siapa rindu dengan kuih tepung gomak ni? Kuih ni jarang dijual dan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Rasa kenyal dengan inti kelapa manis di dalamnya memang sungguh nikmat.Buat yang ingin mencuba, boleh ikut step by step membuatnya. Selamat mencuba
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Bahan inti:
½ biji kelapa parut muda
3 sudu makan gula merah / gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2-3 helai daun pandan disimpul
Ads
1 cawan air
1-2 sudu makan tepung gandum
(Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara membuat:
Didihkan air bersama daun pandan.
Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika.
Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.
Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan.
Bulat-bulatkan besar ikut cita rasa.
Bahan doh:(untuk hasilkan 20biji kuih)
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan membukit tepung gandum
1½ cawan air
Sedikit garam
(Cawan 250ml)
Cara membuat:
Larutkan garam bersama air.
Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.
Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
Didihkan air dalam periuk.
Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Untuk salut:
Kacang hijau
Ads
Cara membuat:
Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
Sangai tepung kacang hijau lagi sekali.
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
ATAU CARA PALING MUDAH
Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual.
Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Hasilnya not bad!
Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih KOLE KACANG, BATANG BURUK & PUTU KACANG !
Kuih koci antara kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kalau di Malaysia kuih ini popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Sangat sedap dinikmati ketika minum petang!
RESIPI KUIH KOCI LEMAK LELEH
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan air (bancuh masukkn air sikit2 dulu)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Masukkan air sikit2 dulu tengok tahap kelembutan tepung tu.
P/s : nak senang inti tu bolat bolat kan dulu dan simpan dlm peti ais. Nak buat senang inti da bolat tinggal masuk dalam tepung.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK:
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila da nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti tu kering.
BAHAN SANTAN:
2 cawan santan
3 sudu makan tepung beras
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kacau atas api hingga pekat. Tutup api.
CARA-CARA BUAT KUIH KOCI
– ambil adunan agak agak la macam guli tapi lebihkan sikit. Leperkan dan boleh masukkan inti kemudian bulatkan. Buat sampai habis.
– didihkan air. Bila air da didih, masukkan kuih tadi dan biarkan sampai ia timbul (mcm buat onde2).
– bila da masak angkat dan masukkan dalam santan yang da masak tadi.
– ambil daun pisang, letakkn minyak sedikit dan bungkuskn kuih koci tadi.
– kukuskan 5 minit. Siap!
Kuih yang di balut dengan kulit seakan lempeng nipis dan inti manis parutan kelapa campur gula Melaka.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN KULIT:
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 biji telur (buang pusat)
secubit garam
6@8 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Kisar daun pandan dengan air kemudian tapis ambik airnya sahaja.
Campur dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sebati
Tapis guna penapis kalau berketul.
Guna kuali biasa yang kita selalu guna atau non stick pan.
Kalau guna kuali biasa sapu minyak atas kuali, sapu minyak nipis sahaj boleh guna tisu dapur. Ambik adunan satu senduk tuang dan lenggangkan kuali untuk ratakan.
Sapu minyak setiap kali nak lenggang.
Tunggu sampai masak semua kulit ketayap.
Bila sudah siap semua kulit baru boleh letak inti gulung.
BAHAN INTI:
Sebiji kelapa parut (putih saja)
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih
Sedikit air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung gandum
CARA MEMASAK:
Masak gula merah, gula putih dgn air sampai hancur bersama daun pandan
Selepas itu masukkan kelapa parut.
Masak sampai kering. Bila sudah agak kering masukkan 2 sudu tepung gandum.
Kacau lagi sampai kering dan berkilat (kalau suka lembab jangan masak kering sangat)
Tahukah anda bahawa ubi keledek yang enak dikukus, direbus dan dipanggang kerana rasanya yang manis. Keledek juga terdapat dalam pelbagai jenis, ada yang warna kuning, ungu dan putih namun khasiatnya adalah sama.Keledek kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan ia dikatakan antara yang terbaik berbanding keluarga ubi yang lain. Kandungan karbohidrat,Vitamin A, B6, C, Kalium, yang ada dalam sebiji keledek dikatakan mampu menghalang penyebaran toksin dan radikal bebas di dalam tubuh.
Jika ingin berdiet, jangan takut untuk memasukkan keledek dalam menu harian, selain mengadungi karbohidrat yang baik keledek juga mengandungi banyak air banyak. Secara tidak langsung, ia menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tahan lebih lama. Oleh itu, RASA membawakan kepada anda empat resipi manisanberasaskan keledek yang boleh anda cuba dan mendapat khasiatnya,
KUIH KERIA KELEDEK SIRA GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek kuning
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 keping gula melaka
1 sudu gula pasir
1/2 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Kupas keledek kemudian kukus hingga empuk.
Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam.
Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh keria.
Bulat-bulatkan doh keria, kemudian leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya.
Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
Sementara itu, campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati.
Tutup api, dan terus gaul hingga gula melekat dan menyaluti semua bahagian kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
TALAM KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
500gm keledek ungu | kukus
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1 liter santan
1 sudu teh garam halus
LAPISAN ATAS:
100gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1 liter santan dari sebiji kelapa
2sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
Tapiskan ke dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan keledek yang telah direbus
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka | potong dadu kecil
2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Tambah sedikit air jika perlu.
Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
Onde-onde sedia dihidangkan.
BUBUR KELEDEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
500 ml santan
150ml susu cair
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.