Sardin roll dengan cara gulungan yang unik tapi mudah dipelajari. Boleh buat banyak stok untuk frozen dan hanya goreng jika ingin makan.
SARDIN ROLL FROZEN
BAHAN PASTRY:
- 4 cawan tepung
- 1 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
*campur semua - 1/4 cawan minyak
- 2 sudu makan penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit - Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
- Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit dan bulatkan doh.
- Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna (wajib).
- Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila hendak guna doh akan jadi lembut. Masa ini uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan cantik licin.
- Buat doh kecik bulat saiz yang di ingini.
- Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.
- Untuk bahagian hujung yang tirus itu nipiskan sedikit. Bila gulung nanti tidak perlu letak air sebab isi akan melekat.
*(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
BAHAN INTI
- 1 tin besar sardin
- 1/2 labu bwg besar-dadu
- 2 biji bwg putih-cincang
- Cili padi/besar-optional
- 2 sudu makan cili giling-optional
- Gula garam
- Perahan limau nipis
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
- Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
- Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
- Tambah garam gula dan akhir sekali perahkan limau.
- Masak sampai kering.
Hasil: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Kredit: Ellyna Abdul Aziz