Dah lama rasanya tak buat bubur jagung ni. Paling sedap kalau waktu bulan puasa, bubur manis begini memang jadi rebutan. Eloklah tu puasa pun dah tak lama lagi, bolehlah buat nanti. Rasa lemak manis memang tak boleh bawa bincang.
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
Ads
1 tongkol gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
CARA MEMBUAT:
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama satu cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
Ads
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama dua cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula Melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Kuih muih tradisional seperti Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat KuihNagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan yang anda boleh cuba. Malah ia juga tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembuatannya.
KUIH NAGASARI JAGUNG TANPA KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung (jenis kernel) – ditoskan airnya dan tak perlu basuh
6. Sudukan 2 sudu makan adunan ke atas daun pisang. Bungkus dengan kemas. Jika tiada daun pisang, boleh guna plastik kuih atau letak dalam loyang/acuan/bekas bersesuaian.
7. Biar hingga sejuk dan kuih jadi kental kemudian bolehlah dinikmati.
INFO: Kuih Nagasari Jagung ini boleh bertahan selama 2 hari jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika simpan diluar, tahan sehari sahaja.
Sebut pasal pencuci mulut, memang sedap kalau dapat makan durian crepe kan. Ada pelbagai jenis crepe yang dijual di pasaran, antara yang popular durian crepe.
Resipi yang dikongsikan Faradilah Nor ini, senang untuk dihasilkan dan puas hati bila buat sendiri.
1. Satukan semua bahan dan kisar lebih kurang 5 minit. 2. Kemudian biarkan adunan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih pada adunan hilang. 3. Panaskan kuali tak lekat (non-stick pan) dan oles sedikit minyak menggunakan tisu. 4. Tuang satu senduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kualiu hingga dapat bentuk bulat. Pastikan betul-betul nipis. Jika tidak crepe tidak menjadi sebaliknya jadi lempeng durian. 5. Semasa masak crepe, pastikan guna api kecil. Jika guna api besar, crepe akan ada lubang-lubang halus. 6. Bahagian atas crepe / yang tak kena api akan menjadi bahagian luar kulit. 7. Crepe ini juga tidak perlu diterbalikkan sewaktu dimasak. Anggaran masak crepe ini adalah selama 2 minit. 7. Buat hingga adunan habis.
1. Mix whipping cream sehingga fluffy atau bertanduk. 2. Mix whipping cream yang sejuk sehingga mengembang, jangan terlalu lama nanti whipping cream akan cair semula. 3. Resipi ini menghasilkan anggaran 15-20 biji durian crepe. 4. Letakkan kulit crepe di atas permukaan yang rata. Letakkan whipping cream. 5. Kemudian, letakkan kastard durian di tengah. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit, sedang-sedang saja. 6. Lipat kulit crepe seperti biasa dan kemaskan. Sejukkan dalam peti sejuk.
1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis. Kacau rata.
2. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahaha. ( Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.)
3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Nota:
1. Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.