Resipi apa pula nak dimasak yang boleh menaikkan selera sekeluarga? Nah resipi berasaskan udang sangat digemari ramai. Hati-hati dengan masakan udang kerana kalau terlalu banyak menjamahnya boleh buat tinggi kolesterol anda. Jika suka berkuah anda boleh memasak gulai kari atau masak lemak. Boleh juga hidangkan menu bergoreng yang tidak kurang enaknya. RASA kongsi resipi yang boleh anda cuba dengan menggunakan udang. Moga berselera nanti ye..

Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang

Sup Udang Nanas

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
2. Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
4. Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
5. Sedia untuk dinikmati.

Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang

Udang Sos Oren

Ads

Bahan Udang Goreng:

  • 500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
  • 100 gm tepung jagung
  • 2 biji telur | kacau sebati
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:

  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu makan pati oren
  • 1/2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
  2. Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
  3. Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
  5. Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
  6. Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
  7. Kacau seketika atas api sederhana.
  8. Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi

 

Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang

Sambal Berlado Udang Galah

BAHAN-BAHAN:

12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Siap untuk dihidangkan.

Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang

Sambal Udang Goreng Kacang Botol

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200gm udang
  • 5 batang kacang botol |hiris tebal
  • 1/2 biji perahan jus limau nipis
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • ½ sudu teh belacan
  • 1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak  dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

2. Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata.

3. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

4. Sedia dinikmati.

Ads

Buka Selera Dengan Aneka Masakan Udang

Udang Goreng Bersama Telur Dan Daun Bawang

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:

  • 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Hirisan:

  • 4 ulas bawang putih ] cincang
  • 1 biji bawang besar ] cincang
  • 3cm halia muda ] hiris halus memanjang

Lain-Lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang ] potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
  6. Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI